Global

Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 3/3)
Negara Zionis Israel jauh daripada menjadi penjelmaan nasional bagi bangsa Yahudi.

Kepalsuan No. 4 – Negara Zionis Israel ialah lambang kebangsaan orang Yahudi dan mengkritik Zionisme serta Israel dianggap sebagai antisemitik

Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang terpisah daripada keseluruhan kemanusiaan. Setiap kaum adalah sebahagian daripada kemanusiaan sejagat. Setiap kaum mempunyai sejarahnya yang tertentu.

‘Holocaust’ secara umumnya digunakan untuk merujuk kepada penghapusan kaum Yahudi oleh Nazi.  Ia adalah antara malapetaka yang membentuk Kurun ke-20 dan menjadi titik mulanya ‘penghapusan kaum’ dilihat sebagai jenayah menurut undang-undang antarabangsa.

Hal ini membuatkan kita berfikir tentang holocaust-holocaust sebelumnya dalam sejarah kaum yang lain. Berabad-abad lamanya, berjuta-juta penduduk Asal merentasi Amerika, Afrika, Asia dan Oceana yang dirampas haknya oleh penjajah, dibunuh beramai-ramai dan, dalam banyak kejadian, dimusnahkan.  Kesengsaraan mereka tidak pula menerima pengiktirafan undang-undang, politik mahupun moral.

Sehinggalah apabila Holocaust Nazi ke atas Yahudi Eropah berlaku, barulah diwujudkan Persidangan Pencegahan dan Hukuman ke atas Jenayah Penghapusan Kaum (1948).

Institusi-institusi Zionis dan penyokong-penyokong negara Israel telah menggunakan kenangan Holocaust Nazi untuk kepentingan politik seperti yang digambarkan oleh Norman Finkelstein sebagai “industri Holocaust”.

Dalam nada yang sama, Pankaj Mishra merujuk dalam The World After Gaza kepada “penjajaan kekejaman”, di mana “kuasa dan prestij sebagai mangsa begitu besar sehingga golongan demagog berkuasa sekalipun… menampilkan diri mereka sebagai pihak yang terkepung…”

Dalam kerangka kerja ini, Holocaust Nazi menjadi selubung yang melindungi Israel daripada hukuman undang-undang atas kekejamannya terhadap warga Palestin dan lain-lain.

Di sinilah letaknya pemalsuan yang sangat besar: negara yang mendakwa ia bercakap tentang kesengsaraan Yahudi kini melakukan penghapusan kaum ke atas warga Palestin di Gaza, sambil terus-terusan berlagak sebagai mangsa sedangkan ia sebenarnyalah penindas.

Walau bagaimanapun, mari kita ukur Israel pada dakwaannya sendiri: ia mendakwa menjadi lambang kebangsaan orang Yahudi. Sekiranya saya diminta untuk berfikir menurut tradisi Yahudi yang beretika, adakah saya suka Israel membuat dakwaan sedemikian bagi pihak saya? Jawapannya adalah tidak.

Adakah saya akan mengakui tertegaknya perintah-perintah itu: kamu tidak boleh membunuh; kamu tidak boleh mencuri; kamu tidak boleh mengingini apa-apa yang dimiliki oleh jiran kamu?

Adakah saya akan menurut perintah untuk tidak menindas orang lain, kerana saya tahu jiwa mereka yang tertindas? Sebagaimana disebut dalam Exodus 23:9: “Janganlah kamu menindas orang asing kerana kamu tahu bagaimana perasaan menjadi orang asing, memandangkan kamu ialah orang asing di tanah Mesir.”

Adakah saya akan menghormati kesucian dan maruah nyawa manusia, berakar umbi pada kepercayaan bahawa setiap manusia diciptakan “dalam rupa Tuhan” (Genesis 1:26–27)?

Adakah saya akan mengambil berat terhadap para balu, anak-anak yatim dan mereka yang ditindas (Deuteronomy 10:18; Deuteronomy 24:17-22; Isaiah 1:17)?

Jawapan saya adalah iya untuk yang di atas. Sekalipun saya sekular, jawapan saya masih lagi iya kerana semuanya mempunyai akar yang dalam dan kuat dalam prinsip-prinsip Judaism yang penuh etika, teras kebanyakan warisan moral dan rohani Yahudi, dan prinspip-prinsip ini selari dengan kesedaran saya sebagai seorang manusia.

Namun, apakah keadaan yang sebenarnya?

Jangan membunuh? Israel telah melakukan penghapusan kaum menurut pandangan pakar-pakar PBB, organisasi-organisasi hak-hak kemanusiaan, organisasi-organisasi kemanusiaan dan para sarjana tentang penghapusan kaum selama hampir tiga tahun di Gaza.

Israel dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tuduhan melanggar Persidangan Penghapusan Kaum di Gaza.

Luar biasanya, dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas PBB pada Jun 2026 menyatakan bahawa kanak-kanak dijadikan sasaran dengan sengaja (pautan di atas).  Perkara ini membentuk “satu daripada elemen untama pembuktian niat melakukan penghapusan kaum oleh pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel untuk memusnahkan kumpulan Palestin, secara menyeluruh atau sebahagian daripadanya, di Gaza”.

Jadinya – daripada perintah Ilahi agar tidak membunuh, menjadi dengan sengaja menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran oleh pasukan Israel. Cuba fikirkan sejenak.

Jangan mencuri, jangan menginginkan hak orang lain? Penjajahan Israel telah menjadikan perkara biasa untuk merampas, membuat petempatan dan mengambil tanah dan rumah-rumah warga Palestin.

Perbezaannya adalah sangat ketara. Seorang Yahudi yang lahir di mana sahaja tanpa sebarang hubungan peribadi dengan Palestin boleh menetap atas tanah Palestin sedangkan penduduk asalnya dibuang negara, sehingga warga Palestin dan keturunan mereka terus menjadi pelarian.

Hasilnya disebut oleh Vijay Prasad sebagai aparteid yang bersifat luar wilayah.

Oleh sebab itu, istilah ‘perampasan tanah’ digunakan untuk menggambarkan kelakuan Israel.

Jangan menindas orang lain? Hormati kesucian dan maruah nyawa manusia?  Sudah kita sebut tentang penghapusan kaum di Gaza; pembersihan kaum dan penyesaran secara paksa penduduk asal Palestin selama lapan dekad.

Gaza sendiri ialah penjara terbuka yang terkepung. Keadaannya yang sangat teruk dan menyedihkan membuahkan rasa putus harapan dan marah berlapis-lapis generasi sehingga meledaknya serangan pada 7 Oktober 2023 yang dipimpin oleh Hamas.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga penggunaan kebuluran sebagai senjata perang dan sebagai satu bentuk hukuman kolektif terhadap orang awam, yang dengan sendirinya merupakan jenayah perang.

Kebuluran yang dikenakan ke atas Gaza sejak dua tahun lalu telah didokumenkan oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) – piawaian global yang digunakan oleh PBB dan kumpulan bantuan antarabangsa untuk mengukur serta mengelaskan tahap keterukan kebuluran dan malnutrisi – dan agensi PBB yang lain sebagai berada pada tahap tertinggi ketidakamanan makanan akut. Agensi-agensi PBB yang lain memberi amaran bahawa keadaan di Gaza telah melebihi ambang kebuluran.

Setiap orang, termasuk kanak-kanak, dibiarkan kelaparan dengan penuh sedar.  Perbuatan ini sahaja cukup dikatakan sebagai tindakan menghapuskan kaum.

Di manakah prinsip amalan Yahudi untuk menghormati kesucian dan maruah nyawa manusia?

Mengambil berat tentang orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang tertindas? Fikirkan fakta ini: lebih daripada 21,000 kanak-kanak telah dibunuh oleh kuasa-kuasa Israel di Gaza sejak dua setengah tahun yang lalu.  Beginilah hal yang sebenarnya di sebalik cakap besar Israel tentang ia mempunyai “tentera paling bermoral di dunia”. (Angka 21,000 kanak-kanak yang terbunuh oleh tentera pendudukan Israel tidak merangkumi sepenuhnya mereka yang mati secara tidak langsung akibat kebuluran, dehidrasi, kekurangan ubat-ubatan, luka yang tidak dirawat, penyakit, hospital yang runtuh, dan kemusnahan syarat asas kehidupan.)

Kematian-kematian ini tidak dikumpul dalam satu hari yang teruk. Kematian-kematian ini menunjukkan corak hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Ia berterusan, pembunuhan diteruskan dengan penuh sedar akan kesannya kerana bilangan orang awam dan kanak-kanak yang dibunuh terus meningkat.

Namun, mereka terus melakukannya. Penyakit apakah sehingga perlu berbuat demikian?

Daripada menjaga anak-anak yatim, Israel sebaliknya sedang menjadikan kanak-kanak di Palestin anak-anak yatim. Tentu sekali ini tidak dapat dijadikan contoh moral tradisi Yahudi. Perkataan ‘palsu’ tidak cukup untuk memperihalkan perbuatan mereka.

Lebih parah lagi adalah selepas Oktober 2025 apabila Presiden AS Donald Trump, dalang utama yang mengupayakan tidakan-tindakan melampau Israel, mengemukakan genjatan senjata, Israel masih lagi mencengkam dan membunuh di Gaza sehingga hari ini.

Ketumbuhan Yang Luar Biasa

Perkataan ketumbuhan ialah istilah rasmi perubatan untuk pertumbuhan yang luar biasa pada permukaan badan atau tisu.

Negara Zionis Israel jauh sekali daripada menjadi lambang kebangsaan orang Yahudi, jika yang dimaksudkan ialah menjelmakan cita-cita etika yang berakar mendalam dalam tradisi moral Yahudi.

Sebaliknya, Israel lebih tepat adalah seperti satu ketumbuhan luar biasa dalam sejarah Yahudi dan kesedaran manusia.

Jurangnya amat besar. Oleh sebab itulah menyuluh kesalahan dan bersikap kritis terhadap Zionism dan negara Israel tidak boleh disamakan dengan permusuhan terhadap Yahudi sebagai satu kaum.

Tong Veng Wye

Tong Veng Wye adalah anggota lama dan mantan naib setiausaha kehormat Aliran (1987-89). Seorang jurutera mengikut profesion, beliau kini mewakili Aliran dalam Palestine Solidaritas, cawangan Pulau Pinang.

The post Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 3/3) appeared first on SOLIDARITAS.

Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 2/3)
Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan penempatan, penaklukan wilayah, pemecahan, sekatan pergerakan, dan pemisahan Gaza dari Tebing Barat.

Kepalsuan No. 3 – Negara Israel adalah negara ahli PBB yang ditubuhkan dengan sah

Israel dimasukkan ke dalam PBB pada Mei 1949, setahun selepas ia mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara pada Mei 1948.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang memasukkan Israel ke dalam PBB ialah Resolusi 273  pada 11 Mei 1949.

Ada satu perenggan dalam resolusi tersebut yang mengingatkan kembali dua resolusi terdahulu. Kedua-dua resolusi ini disebut sebelum Israel diterima masuk:

Resolusi 181 pada November 1947 – rencana pembahagian PBB yang memecahkan negara asal Palestin kepada sebahagian negara Yahudi (56%) dan sebahagian untuk negara Arab yang diusulkan dalam Palestin (43%)

Resolusi 194 pada December 1948 – yang mengiktiraf hak pelarian-pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air dan rumah mereka (kebanyakan pelarian telah dibuang negara secara paksa oleh Yahudi Zionis atau melarikan diri semasa perang Arab-Israel pada tahun 1947-49), dan hak untuk menerima pampasan kepada mereka yang memilih untuk tidak kembali atas kehilangan atau kerosakan harta benda mereka.

Kedua-dua resolusi ini ‘disebut semula’ supaya Israel mengakui dan menghormatinya sebagai sebahagian proses kemasukannya ke dalam PBB sekalipun tidak dinyatakan sebagai syarat mengikut undang-undang.

Jaminan Israel untuk memberikan kerjasama berkaitan kedua-dua resolusi tersebut jelas sekali adalah penting untuk mendapatkan sokongan kemasukannya dalam PBB.

Boleh dikatakan tanpa jaminan yang cukup, kemasukan Israel ke dalam PBB akan menghadapi tentangan yang lebih besar, dengan besar kemungkinan Israel akan gagal mendapat undi majoriti yang diperlukan pada masa itu.

Apa yang berlaku sejak asal-usul ini dilupakan? Israel tidak pernah mengotakan jaminannya dari 1949 dan tidak pernah sekalipun menunjukkan bahawa ia mengambil serius saranan mewujudkan dua negara yang diiktiraf seawal Resolusi 181. (Di sini kita letak sebelah kelebihan atau kekurangan dua negara atau satu negara atau penyelesaian yang lain.)

Sebaliknya, sebaik sahaja selesai Resolusi 181 pada November 1947, sebelum Israel mengisytiharkan dirinya sebuah negara lagi, tentera awam dan separa tentera Zionis (baca: pengganas) telahpun memulakan langkah menghapuskan kaum di Palestin. Sehingga 1949, 750,000 penduduk asal Palestin telah dihalau dan inilah yang dikatakan Nakba atau malapetaka.

Melalui kuasa tentera, keganasan dan peperangan, Israel meluas melebihi 56% yang ditetapkan untuk negara Yahudi yang disarankan di bawah Resolusi 181, dan akhirnya menguasai hampir 78% Palestin bawah Mandat British.  Baki 22% ialah Tebing Barat dan Gaza di bawah kawalan Jordan dan Mesir.

Beginilah keadaan wilayah yang sebenar semasa Israel dimasukkan ke dalam PBB pada Mei 1949.

Dekad-dekad seterusnya telah menunjukkan bagaimana Israel bekerja secara sistematik untuk menghalang lahirnya sebuah negara Palestin yang berdaya maju untuk baki 22% itu.

Halangan ini dibuat melalui peluasan penempatan, pengilhakan (annexation), pemecahan, kawalan pergerakan dan pemisahan Gaza daripada Tebing Barat.

Hal ini bertentangan dengan rencana pembahagian Resolusi 181 dan harapan Resolusi 273 semasa Israel dimasukkan ke dalam PBB.

Satu lagi sebab mengapa Israel adalah palsu.

Resolusi 181 sudah cukup buruk kerana mempunyai sebahagian daripada langkah-langkah perampasan daripada warga Palestin. Angkuhnya Israel, ia langsung tidak peduli pada Resolusi 181, sekalipun Resolusi 181 ini teruk.

Acapkali terlepas daripada undang-undang, Israel terus menghalau penduduk asal Palestin secara paksa.

Pengambilan secara paksa ini berterusan ke hari ini di Tebing Barat, sebahagian daripada 22% yang tinggal, pada kadar yang diperihalkan oleh PBB dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pecutan besar-besaran.

Sila semak rujukan berikut:

OHCHR, “Israel ramps up settlement and annexation in West Bank with dire human rights consequences”, 18 Mac 2025

OHCHR, “Israel’s settlement expansion drives mass displacement in West Bank”, 17 Mac 2026

EU office of the EU representative, 2024 Report on Israeli settlements in the occupied West Bank, including East Jerusalem, 14 Ogos 2025

Pada masa yang sama, Israel terus membiarkan Gaza dalam sengsara.  Kesengsaraan mereka – ditunjukkan melalui 64,537 video dan 17,905 foto – dapat dilihat di sini. Namun, kuatkan diri anda dahulu.

Jelas sekali, Israel tidak endah pada Resolusi 194, terutamanya Klausa 11 tentang hak pelarian Palestin untuk kembali. Satu lagi sebab Israel adalah palsu.

Bukannya hendak bekerjasama melaksanakan Resolusi 194 yang menjadi sebahagian proses kemasukannya ke dalam PBB, Israel malah menjajah keseluruhan Palestin – Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Gaza – melalui Perang Enam Hari pada 1967.

Penjajahan ini diisytiharkan sebagai melanggar undang-undang dalam Perhimpunan Agung PBB, yang menuntut Israel untuk menamatkan “kehadiran haram”nya dari wilayah Palestin yang dijajah dan menarik semula kuasa-kuasa tenteranya, menurut pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai 2024.

Sebenarnya, penjajahan tentera ke atas wilayah-wilayah Palestin pada tahun 1967 sudah tidak dapat diterima pada tahun yang sama. Bantahan ini dibuat melalui Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB pada November 1967, yang menekankan “penguasaan wilayah melalui peperangan adalah tidak diterima”.

Resolusi itu juga menuntut “penarikan semula kuasa-kuasa bersenjata Israel dari wilayah-wilayah yang dijajah semasa konflik baru-baru ini [Perang Enam Hari 1967]”.

Sekali lagi, perkara tersebut tidak diendahkan oleh Israel. Selain daripada mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir pada tahun 1982, Israel meneruskan kehadirannya secara haram di semua wilayah yang dijajahnya melalui perang pada 1967.

Dan hari ini, Israel mengasak masuk ke Lubnan dengan alasan untuk mempertahankan dirinya dan membangkitkan perang dengan Iran.

Akhir sekali, Resolusi 273 yang memasukkan Israel ke dalam PBB mencatat pengisytiharan negara Israel bahawa ia “tanpa ragu-ragu, dengan sepenuhnya menerima kewajipan-kewajipan Piagam PBB dan berjanji untuk menunaikannya bermula pada hari ia menjadi Ahli PBB” [penegasan oleh penulis].

Namun, sejak negaranya diasaskan, Israel telah mengumpul rekod suka memaksa peperangan.

Berkali-kali Israel gagal menunjukkan keikhlasannya untuk menyelesaikan perbalahan melalui cara yang aman.

Seolah-olahnya, Israel berkembang maju dengan keganasan dan peperangan yang berterusan: menyerang dan membunuh perunding dari pihak lain, mengebom negara-negara lain semasa usaha-usaha diplomasi sedang berjalan, dan berulang-kali mencabul genjatan senjata yang dipersetujui.

Tidak satu pun tindakannya adalah selari dengan kewajipan-kewajipan menurut Piagam PBB yang Israel janji akan tunaikan pada hari ia menjadi ahli PBB.

Ada banyak lagi resolusi PBB dan tanggungjawab menurut undang-undang antarabangsa yang selalu diabaikan oleh Israel. Namun, contoh-contoh di atas cukup untuk menunjukkan bahawa corak permainan Israel ini telah ada sejak mula.

Begitulah palsunya entiti Israel.

Tong Veng Wye

Tong Veng Wye adalah anggota lama dan mantan naib setiausaha kehormat Aliran (1987-89). Seorang jurutera mengikut profesion, beliau kini mewakili Aliran dalam Palestine Solidaritas, cawangan Pulau Pinang.

The post Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 2/3) appeared first on SOLIDARITAS.

Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 1/3)
Satu populasi dari luar menduduki tanah penduduk asal dengan cara mendominasi, menyingkirkan dan menggantikan populasi asal.

Tidak lama dahulu, kakak ipar isteri saya menceritakan tentang komunikasi yang beliau lihat di media sosial antara seorang lelaki Israel dan dua orang perempuan dari China.

Lelaki Israel itu memomok China kerana terkenal mengeluarkan barangan tiruan.

Jawapan pedas daripada warga China itu adalah: “Awak cakap apa? Seluruh negara Israel awak tu palsu!”

Hebat bagaimana sejak Oktober 2023, pemikiran orang awam memahami rasa ketidaksahan negara Israel.

‘Eretz Israel’ yang bermaksud ‘Tanah Israel’ ialah slogan gerakan nasionalis Zionis di Eropah pada lewat Kurun ke-19. Dakwaannya adalah bahawa Palestin bersejarah ialah hak milik orang Yahudi, tanpa mengira orang Palestin peribumi yang tinggal di sana. Dan sesungguhnya Tuhan telah menjanjikan tanah itu kepada Yahudi sejak lebih daripada 3,000 tahun dahulu.

Dengan alasan Tuhan di sisi mereka, keganasan yang melampau digunakan untuk mengeluarkan penduduk asal Palestin sehinggalah termetrainya pengumuman negara Israel pada 1948.

Hal ini berlaku walaupun Zionisme bukan satu agama dan sebaliknya ialah gerakan nasionalis sekular yang mengaku bahawa Injil telah menyediakan “satu mitos tentang hak kita ke atas tanah Palestin” (lihat di bawah).

‘Ersatz’ bermaksud palsu, tidak asli. Hal di atas sudah berbau kepalsuannya.  Kita akan melihat mengapa Eretz Israel akan lebih tepat dibaca sebagai Ersatz Israel.

Kepalsuan No. 1 – “Sebuah tanah tanpa penduduk untuk satu bangsa tanpa tanah”

Pernyataan ini terang-terangan adalah dusta. Palestin bersejarah bukanlah tanah yang tidak berpenduduk.

Namun, propaganda Zionis dengan licik menggambarkannya sebagai kosong dan tersedia untuk diambil dan dijajah oleh Yahudi, terutamanya Yahudi dari Eropah.

Hakikatnya, Palestin bukan sahaja kawasan geografi di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan termasuk kawasan sekitarnya. Ia merupakan tanah berpenduduk orang Palestin asal yang mempunyai akar sejarah yang panjang – yang mempunyai identiti, bahasa dan budaya yang pelbagai yang subur sejak akhir Zaman Gangsa (sekitar 1200 SM) sehingga era moden.

Nama Palestin telah direkod sejak 3,200 tahun dahulu dan merupakan nama yang kerap digunakan sejak sekitar 450 SM (Rujuk karya agung Nur Masalha, Palestin – Sejarah Empat Ribu Tahun.)

Hal ini menyangkal dakwaan yang masih kita temui berulang kali bahawa Palestin atau rakyat Palestin itu tidak wujud seolah-olah Israel tidak merampas apa-apa daripada sesiapa pun.

Nampak sangat yang dakwaan itu masih hidup, sejak dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Israel, Golda Meir pada 1969 (“There was no such thing as Palestinians”) sehinggalah ke Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, pada tahun 2023 (Smotrich says there’s no Palestinian people, declares his family ‘real Palestinians – Times of Israel).

Faktanya, apabila penghijrahan pertama ke Palestin yang diatur oleh Zionis pada tahun 1882, sudah ada masyarakat Arab yang sudah lama hidup di Palestin; kebanyakan mereka adalah Islam, dengan komuniti Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang hidup bersama-sama.

Jauh daripada merupakan sebuah gurun yang tandus, Palestin mempunyai pelabuhan dan bandar pesisir yang hidup, hubungan perdagangan dengan Eropah, ekonomi pertanian yang kaya, tradisi budaya yang mendalam, dan kota-kota bersejarah.

Di sebalik propaganda kesat, terdapat satu lagi penjelasan mengapa para Zionis awal begitu mudah menggunakan kepalsuan bahawa Palestin ‘tidak berpenduduk’ – iaitu perkauman. Penduduk asal Palestin bukan orang kulit putih dari Eropah. Oleh sebab itu, mereka boleh dilayan sebagai makhluk yang kurang – direndahkan kemanusiaan mereka, diketepikan dan tidak dianggap sebagai orang yang menduduki tanah tersebut.

Logik merendahkan kemanusiaan orang Palestin berterusan sejak kurun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Para pemimpin dan pegawai Israel secara terbuka telah menggunakan istilah sperti ‘belalang’, ‘manusia binatang’, ‘binatang buas berkaki dua’, dan ‘lipas mabuk’ untuk menggambarkan penduduk Palestin. Boleh dikatakan kelakuan ini lebih menonjolkan hakikat orang Israel itu berbanding dengan penduduk asal Palestin yang sedang mereka halau.

Di Palestin, Zionisme adalah dalam bentuk penjajahan penempatan (settler colonialism). Satu populasi dari luar menduduki tanah penduduk asal dengan cara mendominasi, menyingkirkan dan menggantikan populasi asal.

Penjajahan ini berkongsi ciri utama penjajahan Eropah – rakus, bersifat genosid, mengamalkan penindasan, merampas hak. Ia juga melahirkan sikap perkauman yang selari dengan pandangan hidup penjajah Eropah.

Satu ironi timbul daripada keadaan itu. Theodor Herzl secara umumnya dianggap sebagai pengasas politik moden Zionisme pada akhir Kurun ke-19.  Dia ialah seorang Yahudi sekular yang diserap (diasimilasi) yang duduk di Vienna. Namun, sifat anti-Yahudi yang dia saksikan di Eropah mendorongnya untuk mengemukakan penyelesaian bersifat nasional dan politik dalam risalahnya pada tahun 1896, The Jewish State (Negara Yahudi).

Ironinya adalah apabila Herzl bertindakbalas terhadap sifat anti-Yahudi di Eropah dengan mendukung pandangan hidup penjajah Eropah yang bersifat perkauman dan menghalakannya kepada “Asia yang tidak bertamadun”.  Beliau menggambarkan sebuah negara Yahudi di Palestin sebagai berkhidmat kepada kepentingan imperial Eropah.

Dia menulis:

Untuk Eropah, kita akan menjadi sebahagian daripada tembok menentang Asia; kita akan menjadi kota kara (outpost) tamadun menentang ketidakbertamadunan [penegasan oleh penulis].

Hal ini ialah perkauman. Eropah dianggap sebagai bertamadun sementara Asia ialah orang gasar.

Faham perkauman yang sama terus membentuk budaya sosial dan politik Israel hari ini. Negara yang sering diuar-uarkan sebagai “satu-satunya yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah” hakikatnya, dalam dunia nyata, ialah sebuah negara yang dibentuk atas dasar aparteid dan perkauman.

Sila semak rujukan berikut:

Apartheid – B’Tselem

World Court Finds Israel Responsible for Apartheid – Human Rights Watch

Israel’s apartheid against Palestinians: Cruel system of domination and crime against humanity – Amnesty International

The Legal Architecture of Apartheid; Israeli Apartheid – Palestine Portal

Sehingga kini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengulang-ulang ungkapan bertamadun lawan tidak bertamadun (civilisation versus barbarism).Pendek kata, “satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah” ini adalah palsu.

Kepalsuan No. 2 – Israel dijanjikan Tuhan kepada orang Yahudi lebih daripada 3,000 tahun dahulu

Pernyataan di atas bukannya hujah yang munasabah yang dapat dibahaskan dengan bermakna.

Sebagaimana dilihat di atas, dakwaan bahawa Palestin “tidak mempunyai penduduk” adalah satu dusta untuk memberikan gambaran bahawa tanah itu tersedia untuk diambil.

Di sini, dakwaannya ialah satu janji Tuhan: bahawa tanah itu boleh diambil kerana telah dijanjikan kepada orang Yahudi lebih daripada 3,000 tahun dahulu – oleh Tuhan sendiri. Namun begitu, janji ini (jika iya) akan mengorbankan penduduk asal Palestin yang, agaknya juga, ialah ciptaan Tuhan.

Betapa ironinya kerana banyak pemimpin awal Zionis seperti Theodor Herzl, Chaim Weizmann, David Ben-Gurien dan Ze’ev Jabotinsky bukanlah mereka yang mengamalkan agama Yahudi.

Namun, tetap sahaja mereka memetik Tuhan kerana dengan melakukan yang demikian dapat menyokong ideologi sekular Zionism.

Sebagaimana yang ditulis oleh Ilan Pappé dalam Ten Myths About Israel[Sepuluh Mitos Tentang Israel], seorang sosialis Zionis menggambarkan Injil sebagai menyediakan “mitos untuk hak kita ke atas tanah itu”.  Lalu, sebagaimana yang dikatakan oleh Pappé, “sekalipun mereka tidak percaya pada Tuhan, Tuhan walau bagaimanapun telah menjanjikan Palestin kepada mereka.”

Kesannya, mangsa-mangsa Zionism terpaksa menanggung akibat daripada satu tuntutan agama sedangkan mereka tidak menganutnya. Dari sisi yang lain, satu kepercayaan agama dipaksakan ke atas mereka sebagai keadaan politik yang nyata.

Ada yang menganggapnya khurafat. Jika begitu, maka warga Palestin dirompak, dibunuh, dihalau secara paksa dan tanah mereka dijajah semata-mata kerana satu perkara khurafat.

Satu kepalsuan yang zalim.

Walau bagaimanapun negara berdaulat hari ini ditadbir mengikut peraturan antarabangsa, bukannya kelayakan al-kitabiah mahupun dakwaan agama kuno.

Sebuah janji dari sebuah kitab suci mungkin bermakna kepada penganut suatu agama, namun ia bukan hak milik kedaulatan di bawah undang-undang antarabangsa moden.

Kedaulatan negara hari ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti populasi, wilayah, kerajaan, keupayaan untuk menjaringkan hubungan antarabangsa, hak menentukan nasib sendiri, kesetaraan kedaulatan dan larangan daripada pemerolehan wilayah secara paksa – bukannya dakwaan kurniaan Ilahi dari zaman dahulu.

Banyak bangsa mempunyai hubungan purba dengan tanah air yang kini telah mereka tinggalkan atau leraikan. Sekiranya sejarah purba semata-mata memberikan hak mutlak kedaulatan sesebuah negara, sebahagian besar dunia moden akan hancur-lebur oleh perebutan berdasarkan dakwaan nenek-moyang masing-masing.

Tong Veng Wye

Tong Veng Wye adalah anggota lama dan mantan naib setiausaha kehormat Aliran (1987-89). Seorang jurutera mengikut profesion, beliau kini mewakili Aliran dalam Palestine Solidaritas, cawangan Pulau Pinang.

The post Negara Palsu – Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 1/3) appeared first on SOLIDARITAS.

Peperangan Hari Ini Adalah Peperangan Ekonomi
Segalanya yang berlaku di Asia Barat telah menjejaskan periuk nasi rakyat Malaysia

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Ekonomi Universiti Malaya, PEKUMA, kerana menjemput saya untuk berucap dalam forum bertajuk “Konflik Iran: Implikasi terhadap Ekonomi Malaysia” yang diadakan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

Ini merupakan satu wacana yang penting dan tepat pada masanya. Ia menghimpunkan pelajar, ahli akademik, ahli ekonomi, pemain industri dan pemerhati dasar untuk membincangkan kesan peperangan terhadap Malaysia: harga minyak, inflasi, gangguan rantaian bekalan, ruang fiskal, subsidi, perdagangan, keyakinan pelaburan dan kos sara hidup rakyat biasa.

Mesej utama saya kepada para pelajar adalah mudah: peperangan hari ini juga adalah peperangan ekonomi.

Konflik di Asia Barat bermula dengan peluru berpandu, dron dan kapal perang. Gelombang kejutannya daripada segala serangan itu bergerak seterusnya melalui pasaran minyak, laluan perkapalan, premium insurans, kos baja, rantaian logistik, harga makanan dan belanjawan negara. Akhirnya, konflik itu muncul sebagai bil runcit yang lebih mahal, kos perjalanan yang meningkat, dan keresahan yang semakin mendalam di meja makan keluarga biasa di Malaysia.

Dasar luar dan dasar perdagangan antarabangsa adalah dasar ekonomi. Jangan biarkan sesiapa mengatakan sebaliknya. Dalam dunia hari ini, hubungan antarabangsa secara langsung menentukan inflasi, keyakinan pelaburan, kestabilan perdagangan dan keselamatan ekonomi. Apa yang berlaku di Selat Hormuz, Laut Merah, Washington, Beijing, Brussels, Tehran atau Riyadh tidak kekal di sana. Kesannya tiba di pelabuhan Malaysia, stesen minyak, kilang, pasar raya dan rumah rakyat.

Semasa perbincangan berlangsung, banyak perhatian sewajarnya diberikan kepada krisis kos sara hidup, dan akhirnya kepada bil subsidi kerajaan serta ruang fiskal yang diperlukan untuk mengekalkannya. Salah satu cadangan yang dibangkitkan ialah Malaysia perlu memotong subsidi bahan api kerana negara tidak lagi mampu menanggungnya.

Saya menjelaskan bahawa walaupun rasionalisasi subsidi adalah perlu, pembatalan menyeluruh subsidi bahan api akan menjadi sesuatu yang berbahaya dari sudut ekonomi. Walaupun penghapusan itu dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh setahun, kesan berantai terhadap rakyat biasa akan menjadi amat buruk.

Harga minyak telah melonjak dengan ketara dalam tempoh konflik ini, dengan minyak mentah Brent meningkat sekitar 60 hingga 70 peratus berbanding paras sebelumnya bergantung kepada penanda aras dan tempoh rujukan yang digunakan. Ini bukan sekadar statistik yang diam di atas carta. Ia bergerak dalam ekonomi seperti haba mengalir melalui logam. Kos pengangkutan meningkat. Kos pengedaran makanan meningkat. Kos baja dan pengeluaran meningkat. PKS menghadapi margin keuntungan yang semakin tipis. Keluarga menghadapi kenaikan harga. Pelajar menghadapi kos sewa, pengangkutan dan makanan yang lebih tinggi, bahkan sebelum memasuki pasaran pekerjaan yang tidak menentu.

Beban itu tidak ditanggung secara sama rata. Golongan berpendapatan tinggi mungkin mampu menyerap inflasi buat sementara waktu. Mereka mungkin mengeluh, menyesuaikan diri, dan meneruskan kehidupan. Tetapi isi rumah berpendapatan rendah, peniaga kecil, PKS, pekerja gig, keluarga muda dan pelajar merasai tekanan itu hampir serta-merta. Bagi ramai rakyat Malaysia, inflasi bukan konsep akademik. Ia adalah perbezaan antara makan dengan baik dan makan ala kadar, antara meneruskan perniagaan dan menutup operasi, antara menamatkan pengajian dengan yakin dan belajar dalam bayangan keresahan kewangan.

Keupayaan untuk mencadangkan penghapusan sepenuhnya subsidi bahan api itu sendiri merupakan satu bentuk keistimewaan. Saya tidak menafikan bahawa pelajar Universiti Malaya merupakan antara golongan crème de la crème intelektual muda Malaysia. Mereka tajam pemikirannya, serius dan mampu membahaskan dasar awam pada tahap yang tinggi. Tetapi dasar tidak boleh dirangka hanya dari ketinggian teori. Ia mesti mampu bertahan apabila berhadapan dengan realiti kehidupan pemandu lori, petani, jururawat, pekerja kilang, peniaga kecil, penghantar makanan, pelajar dan keluarga yang belanjawan bulanan mereka sudah pun berada di tahap yang amat tertekan.

Menghapuskan subsidi bahan api sepenuhnya bukan sekadar “menjimatkan wang” kerajaan. Ia akan memindahkan kejutan daripada lembaran imbangan negara kepada lembaran imbangan isi rumah rakyat. Dasar yang kelihatan kemas di atas hamparan angka boleh menjadi sangat kejam di lapangan.

Sebab itulah Malaysia tidak boleh menganggap saat ini sebagai ribut sementara yang akan berlalu begitu sahaja. Kerajaan mesti lebih telus dan proaktif dalam mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang berpanjangan. Kita memerlukan strategi kesiapsiagaan ekonomi nasional yang lebih jelas untuk menghadapi ketidakstabilan geopolitik berpanjangan — meliputi keselamatan tenaga, keselamatan makanan, bekalan baja, pendedahan kepada kos penghantaran dan insurans, perancangan kontingensi fiskal, subsidi bersasar, simpanan strategik, dan perlindungan untuk golongan paling rentan dalam masyarakat.

Konflik global tidak lagi terhenti di sempadan negara. Ia kini memasuki rumah kita melalui harga barang dan kos sara hidup.

Saya amat terkesan melihat para pelajar Universiti Malaya terlibat secara serius dalam hal ehwal global dan tidak menganggap geopolitik sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan harian mereka. Inilah jenis kepimpinan intelektual yang Malaysia perlukan. Kita memerlukan anak muda Malaysia yang memahami bahawa ekonomi bukan hanya tentang angka, dan dasar luar bukan hanya tentang protokol. Kedua-duanya adalah tentang kuasa, kelangsungan hidup, keadilan, dan keupayaan sesebuah negara untuk melindungi rakyatnya dalam dunia yang tidak menentu.

Saya berharap lebih ramai pelajar akan terlibat secara kritikal dalam isu nasional dan global. Malaysia memerlukan golongan terbaik dan paling cemerlang bukan sahaja untuk berjaya dalam peperiksaan, tetapi juga untuk membantu negara berfikir, bersedia dan bertindak dengan jelas.

Saya juga mengalu-alukan lebih banyak perbincangan seperti ini. Saya bersedia untuk terlibat dalam lebih banyak sesi yang lebih intim dan mendalam secara berkala, termasuk bersama Ahli-Ahli Parlimen lain, khususnya ketika peperangan masih berlarutan dan kesan ekonominya masih terus berkembang.

Perbincangan ini tidak boleh kekal terhad kepada satu forum, satu fakulti atau satu pagi sahaja. Kegentingan situasi ini mesti difahami dengan lebih meluas. Kita memerlukan minda terbaik Malaysia — pelajar, ahli akademik, ahli ekonomi, pemain industri, penjawat awam dan wakil rakyat — untuk membantu menyebarkan kebenaran tentang bahaya ekonomi yang sedang menghampiri kita.

Kerana dalam zaman baharu ini, medan peperangan bukan lagi hanya tempat bom dijatuhkan.

Ia juga tempat harga barang meningkat.

Dan jika kita gagal membuat persiapan, kosnya akan dibayar bukan dalam bentuk teori, tetapi oleh rakyat Malaysia sendiri.

Howard Lee

Howard Lee adalah Ahli Parlimen Ipoh Timor (PO64). Beliau juga ialah ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selain menjadi ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, Majlis Perundingan Luar Negeri dan ahli Lembaga Eksekutif Perak Investment Management Centre. Howard juga merupakan mantan Ketua Pemuda Sosialis DAP serta mantan Presiden Kesatuan Pemuda Sosialis Antarabangsa (IUSY).

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Peperangan Hari Ini Adalah Peperangan Ekonomi appeared first on SOLIDARITAS.

Malaysia, Norway Dan Ujian Geopolitik Antarabangsa
Tindakan Norway membatalkan kontrak pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile atau NSM kepada Malaysia bukan sekadar pertikaian komersial antara kerajaan dengan pembekal pertahanan. Ia adalah isu besar yang menyentuh kepercayaan strategik, kesiapsiagaan pertahanan negara dan kedudukan Malaysia dalam dunia yang semakin terbahagi kepada blok-blok geopolitik.

Menurut laporan USNI News, Norway telah membatalkan kontrak antara Kongsberg dan kerajaan Malaysia bagi pembekalan NSM serta sistem pelancarnya selepas negara Nordic itu melaksanakan sekatan baharu ke atas eksport senjata. Malaysia sebelum ini dijadualkan memperoleh NSM dan peralatan berkaitan untuk enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas Maharaja Lela di bawah kontrak bernilai AS$145 juta yang ditandatangani pada 2018. Pada 2025 pula, Malaysia bersetuju dengan satu lagi kontrak bernilai AS$11.19 juta bagi pelancar NSM untuk dipasang pada dua frigat sedia ada kelas Lekiu milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Lebih penting, Malaysia telah membayar lebih 95% daripada nilai kontrak 2018 tersebut.

Di sinilah kekecewaan Malaysia. Ini bukan pembelian tergesa-gesa, bukan urus niaga sampingan dan bukan keputusan ad hoc. Ia sebahagian daripada perancangan jangka panjang pertahanan maritim negara, khususnya dalam usaha memodenkan armada TLDM melalui program LCS. NSM bukan sekadar “aksesori” kepada kapal perang tersebut, tetapi sebahagian daripada reka bentuk keupayaan tempur yang telah dirancang sejak awal lagi.

Lebih membimbangkan, USNI News turut melaporkan bahawa Malaysia mula dimaklumkan mengenai sekatan eksport Norway dan pembatalan kontrak itu ketika penganjuran Defence Services Asia Exhibition di Kuala Lumpur bulan lalu. Dalam pertemuan yang pada asalnya dianggap rutin antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan delegasi Norway, pegawai Malaysia dimaklumkan bahawa sekatan baharu eksport senjata Norway menyebabkan Kongsberg tidak lagi boleh membekalkan NSM kepada Malaysia kerana peluru berpandu itu hanya akan dieksport kepada negara NATO dan rakan NATO. Dan Malaysia bukan ahli NATO.

Malah, laporan sama menyebut Norway menggunakan klausa “force majeure” untuk membatalkan kontrak tersebut. Secara kontrak, force majeure biasanya merujuk keadaan luar biasa yang membebaskan pihak tertentu daripada tanggungjawab kerana faktor di luar kawalan.

Dalam keadaan ini, reaksi balas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dipuji. Beliau tidak bertindak dengan nada melulu atau emosional, tetapi cukup tegas dalam menyampaikan bantahan Malaysia kepada Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre. Ungkapan beliau bahawa “Signed contracts are solemn instruments. They are not confetti to be scattered in so capricious a manner” membawa mesej diplomatik yang keras tetapi elegan.

Bahasa itu penting. Ia bukan sekadar sindiran retorik. Ia menegaskan prinsip asas hubungan antarabangsa: kepercayaan terbina atas komitmen yang dihormati. Apabila sebuah negara telah menandatangani kontrak, menerima bayaran, membenarkan perancangan ketenteraan dibina di sekeliling sistem tersebut, kemudian ia ditarik balik kelulusan pada peringkat kritikal, ia bukan sahaja menjejaskan satu program pertahanan. Ia mencederakan kredibiliti negara pembekal itu sendiri.

Norway mungkin mempunyai alasan keselamatan sendiri. Laporan USNI News menyebut pembatalan itu mungkin berkait dengan komponen giroskop buatan Amerika Syarikat dalam NSM, yang kini dilaporkan tertakluk kepada sekatan eksport kepada pihak ketiga. Tetapi alasan ini tetap tidak menghapuskan persoalan moral dan strategik. Malaysia telah berurusan dengan Norway secara sah, terbuka dan berdasarkan kontrak yang diluluskan. Sekiranya dasar Barat berubah selepas perang Ukraine dan Iran, atau akibat kebimbangan teknologi, mengapa negara pembeli seperti Malaysia pula yang perlu menanggung akibatnya?

Isu ini juga mesti dibaca dalam konteks lebih luas. Dunia hari ini sedang bergerak semula ke arah geopolitik blok. Negara-negara NATO semakin berhati-hati dalam mengeksport teknologi pertahanan kepada negara yang tidak berada dalam lingkungan pakatan mereka. Dalam keadaan ini, dasar luar Malaysia yang selama ini bersifat berkecuali dan bebas mungkin semakin sukar dipertahankan tanpa kos strategik.

Malaysia berdagang dengan China, berdialog dengan Rusia, bekerjasama dengan Barat, dan pada masa sama mengekalkan pendirian lantang dalam isu Palestin dan Iran. Dari sudut Putrajaya, ini adalah kedaulatan geopolitik. Kita sebagai negara berdaulat seharusnya ada kebebasan untuk menjalin hubungan diplomatik atau perdagangan dengan mana-mana negara di dunia.

Tetapi malangnya dari sudut sesetengah kuasa Barat, neutraliti mungkin tidak lagi dilihat sebagai kebijaksanaan diplomatik, sebaliknya dianggap sebagai ketidakpastian mahu menyertai blok yang mana satu.

Realitinya, dunia kini sedang beralih ke situasi mirip era Perang Dingin dengan kuasa-kuasa besar menekan negara kecil untuk memilih pihak.

Maka tindakan Norway harus menjadi titik semak penting kepada Malaysia. Kita perlu menilai semula siapa sebenarnya rakan strategik yang jujur, dan siapa pula yang hanya mesra ketika ia menguntungkan mereka. Rakan sebenar bukan sekadar hadir dalam latihan bersama, menjual teknologi ketika pasaran menguntungkan, atau bercakap tentang nilai bersama. Rakan sebenar ialah pihak yang menghormati komitmen apabila keadaan geopolitik menjadi sukar.

Adleen Arleena

Adleen Arleena seorang penyelidik di sebuah agensi sosial serantau. Liberal, demokrat dan sekularis.

The post Malaysia, Norway Dan Ujian Geopolitik Antarabangsa appeared first on SOLIDARITAS.