KD07_15112020_BELANJAWAN_2021

ALOR SETAR, 15 Nov — Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjawab persoalan petugas media selepas membentangkan Belanjawan Negeri 2021 di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Kerajaan Kedah memfokuskan kepada empat teras utama dalam Belanjawan 2021 negeri, termasuk mencergaskan ekonomi serta meningkatkan pendapatan rakyat.
Muhammad Sanusi Md Nor berkata menerusi teras itu, kerajaan negeri komited untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang telah diluluskan sebelum ini.
Beliau berkata antaranya ialah Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), pembangunan di kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dan Projek Kedah Rubber City (KRC).
Katanya menerusi teras kedua pula iaitu mensejahterakan rakyat dan menambah baik kualiti hidup masyarakat, kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memperkenalkan program Beras Sejahtera, bagi memastikan tiada rakyat yang terputus bekalan makanan asas.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***