Sejarah

‘Langkah Rembau’ 1951: Bila UMNO Cabar Adat Negeri Sembilan
Pada tahun 1951, berlaku satu insiden di Negeri Sembilan. Terdapat perbalahan besar antara kelompok adat, dan reformis. Pada 14 Februari tahun tersebut, Barisan Ugama untuk cawangan UMNO Rembau melancarkan kempen untuk mengubah undang-undang adat berkaitan harta pusaka, satu komponen paling sensitif dalam undang-undang Adat Perpatih.

Badan agama ini menerbitkan satu “surat peringatan”. Pamflet ini diedarkan di seluruh Rembau, mengingatkan masyarakat di situ kedudukan Islam sebagai agama yang sempurna, dan terdapatnya adat yang bertentangan dengan Islam. Sasaran Badan Ugama ini adalah untuk mengubah pewarisan dan pemilikan tanah pusaka agar tidak lagi mengikut adat perpatih. Memang aneh bin ajaib kerana langkah ini dilancar oleh UMNO.

Dalam satu pertemuan dengan 600 penghuni Rembau untuk menyatakan sokongan kepada perancangan UMNO ini, dua tokoh iaitu Lembaga suku Anak Acheh dan wakil Kaum Ibu UMNO menyokong gerakan ini. Tindakan ini menjadi satu yang sangat sensasi memandangkan secara lojiknya, seorang Lembaga sepatutnya berpihak kepada undang-undang adat. Manakala undang-undang bawah adat perpatih ini pula melebihkan wanita, maka sikap Kaum Ibu UMNO itu juga dikira aneh.

Resolusi pertemuan ini adalah untuk memperjuangkan perubahan undang-undang pusaka, dan menggunakan elemen kerajaan negeri untuk melakukannya. Undang Rembau ketika itu yang tersepit, menyatakan sokongan secara belakang iaitu menyokong pengangkatan hukum syarak, tetapi haruslah melalui pendekatan lunak iaitu dengan mendapatkan sokongan Lembaga.

Mesyuarat seterusnya dilakukan di Singapura (ya Singapura!) dan 67 undi berbanding 15 menolak, menyokong perubahan ini untuk dilakukan. Antara penentang usaha UMNO ini adalah PMS/PMU (Persatuan Melayu Semenanjung) yang merupakan musuh politik UMNO tatkala itu.

Pada 6 April 1951, Lembaga Rembau berhimpun dan menolak usaha penggantian undang-undang pusaka ini. ‘Perang saudara’ iaitu perbalahan mulut dilancar dan persengketaan merebak. Namun untuk seketika, ‘gencatan senjata’ diisytiharkan pada 25 Mei memandangkan Ramadan bermula. Meskipun ‘damai sementara’ dipersetujui, kedua-dua pihak bertelingkah tetap bergocoh. Kemuncaknya adalah pada 3 September apabila 15 Lembaga, 110 buapak, orang besar dan waris bergelar berkumpul di Rembau and menyatakan bantahan terhadap campur tangan UMNO dalam undang-undang adat Negeri Sembilan.

Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai hujah-hujah puak penyokong adat dan Umno. Memadai untuk dinyatakan di sini, dalam tahun 1950-an dan 1960-an nasib wanita Melayu di lain-lain negeri, khusus di Pantai Timur amat buruk kerana perkahwinan bawah umur yang mengakibatkan perceraian di usia muda membawa kepada berleluasanya pelacuran. Bahawa realiti sosial begini tidak berlaku di Negeri Sembilan, kerana wanita yang bercerai atau mati suami biasanya mereka berharta (lantaran dilindungi Adat Perpatih) dan ini memberi kelebihan besar kepada argumen penyokong adat.

Panik Selepas Kes Natrah

Soalnya, mengapa UMNO yang sekular tiba-tiba menyentuh soal ini, dan berani pula mencabar undang-undang adat di sebuah daerah paling tepu pengamalan adat?

Jawapannya adalah UMNO ketika itu mengalami kepanikan luar biasa kerana masyarakat Melayu-Islam sedang marah lantaran UMNO dilihat gagal membela akidah Natrah, seorang wanita Belanda yang dipelihara sebagai seorang Islam. Mahkamah memutuskan Maria Huberdina Hertogh harus dikembalikan kepada keluarganya, yang beragama Kristian di Belanda. Pertunangan Natrah dan Mansor Adabi yang berasal dari Kelantan diputuskan paksa oleh mahkamah pada tahun 1949-1950 dan kejadian ini mencetuskan kerusuhan besar. Golongan agama dan khusus dari parti PAS kelihatan menyerlah dalam usaha mengangkat isu ini. UMNO rasa ketinggalan dan Barisan Ugama berasa perlu untuk memperlihatkan UMNO juga harus juara dalam hal-hal keIslaman.

Profesor Josselin De Jong yang mengkaji insiden ini menulis hubungan insiden di Rembau dan Singapura itu:

“Considering the brief interval between the two dates: December 11th, with its outbreak of exasperated Muslim sentiment, and February 14th, 1951, the publication of UMNO-Rembau’s appeal to Muslim sentiment in its anti-adat pamphlet, some kind of causal connection seems extremely likely. On the one hand, the High Court’s judgment, and particularly its rejection of the validity of Bertha Hertogh’s Muslim marriage, was felt by Malayan Muslims as a humiliation inflicted on Islam; there may well have been a hope that Negri Sembilan could offer a victory to offset the defeat in Singapore.”

Pun nampaknya UMNO Rembau tersilap mengkudakan undang-undang adat untuk beroleh kelebihan politik. Ini kerana usaha tersebut dialahkan. Dua Lembaga dipecat. Seorang kembali kepada adat, dan Wanita UMNO mengisytiharkan kembali menyokong adat perpatih.

Membaca apa yang berlaku pada tahun 1951 dan melihat apa yang terjadi di Negeri Sembilan hari ini kita harus berhati-hati.

Kita harus kembali kepada maksud adat. Apakah adat? Ia bermaksud undang-undang. Akan tetapi undang-undang yang bagaimana? Dalam hal ini adat adalah sesuatu yang dilakukan secara ulangan, dan diterima generasi demi generasi oleh majoriti masyarakat sebagai satu panduan, acuan dan kerangka yang mesti diterima. Ini juga bermakna adat juga boleh mengalami perubahan. Adat atau ketetapan mengenai Undang misalnya telah berubah secara pesat di Minangkabau dan mengalami adaptasi menurut kerangka kolonial Belanda. Ini supaya adat istiadat sedia ada tidak dianggap berat sebelah dalam masyarakat moden tatkala memutuskan sesuatu persengketaan.

Justeru, masyarakat Negeri Sembilan mesti berusaha memahami teromba yang diputuskan sebagai tunjang adat itu:

Dari nenek turun ke mamak

Dari mamak ke kemanakan

Patah tumbuh hilang berganti

Pusaka lama begitu juga

Adat bersendi hukum

Hukum bersendi syara’

Syara’ mengata adat menurut.

‘Langkah Rembau’ pada tahun 1951 itu digagalkan kerana masyarakat jelas dengan prinsip adat di atas. Ini membawa kita kepada pertikaian yang berlaku hari ini.

Undang Bukan ‘Batang Tubuh Undang-undang’

Sebagai pengkaji budaya Melayu saya perlu mengingatkan semua tokoh masyarakat di Negeri Sembilan yang arwah Abdul Samad Idris (wakil rakyat dan menteri dari Negeri Sembilan yang jauh lebih berpengaruh dari sebarang tokoh perpatih hari ini) pernah menyentuh dalam bukunya Payung Terkembang (1990) bahawa Undang bukanlah bermaksud ‘batang tubuh undang-undang’. Undang bukan objek, tetapi subjek, makanya Undang itu adalah pemegang kuasa undang-undang, yakni seorang yang dianggap cerdik pandai dalam hal adat dan mentadbirkan pemerintahan negeri. Ini juga bermaksud ada kala seorang Undang boleh saja tersilap mentafsir, atau tersilap, bahkan dalam konteks Malaysia moden dapat dipertikai kecerdikannya.

Undang pula bukan maksum. Yang maksum dalam hukum syarak itu Rasulullah SAW sahaja. Memang Undang Berempat dalam adat perpatih boleh menurunkan Yang Dipertuan Besar. Tetapi jika kita mahu menegakkan adat, undang-undang atau adat menyatakan ia harus dilakukan dengan sebab musabab dan alasan yang jelas seperti berlakunya tidak siuman, dipenjarakan kerana jenayah, atau melakukan kesalahan syarak. Akan tetapi Undang pula adakah mereka itu kebal dan tidak boleh disingkirkan? Jika misalnya adat (hukum) bersendi syarak, dan syarak itu sampai dinodai adakah ia dibiarkan sahaja?

Sekiranya kita membaca buku Negeri Sembilan dan Sejarahnya (1968) oleh Abdul Samad Idris kita akan mendapati sejarah Undang di Negeri Sembilan banyak melakukan kecuaian termasuk bekerja dan membuat perjanjian dengan penjajah British, selain diketahui masyarakat ada Undang melakukan perbuatan menjolok mata seperti menghisap ganja. Jika Yang di-Pertuan Besar boleh dipecat, tidakkah Undang, Luak, Lembaga juga boleh disingkirkan jika melakukan hal-hal aneh menyalahi hukum agama? Jika adat disendikan syarak, tidakkah syarak juga perlu diperhitungkan?

Dalam sudut pandang orang perpatih terdapat bidalan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Ramai orang menyangka bidalan ini bermaksud orang Negeri Sembilan obses dan melampau dalam mempertahankan adat. Ini cara yang salah untuk membaca bidalan ini. Yang sebenarnya tafsiran bidalan ini adalah orang Negeri Sembilan menyatakan keadilan (iaitu adat, yang bermaksud undang-undang) harus ditegakkan walau apa pun terjadi.

Sikap Antirasuah Tuanku Muhriz

Dan kalau bertembung dengan anak kita sendiri melakukan kesalahan, undang-undang itu tetap didaulatkan. Bidalan ini bermaksud rule of law. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah seorang yang nampaknya membuktikan dirinya sebagai sanggup mati anak tidak mati adat. Baginda dikenali antirasuah dan korupsi. Sikap tegas dan keras baginda dalam tidak memberi ampun kepada mana-mana penjenayah rasuah dan koruptor memang diketahui umum. Siapa yang untung jika baginda tiada? Adakah rule of law ditegakkan jika baginda tiada? Atau adakah nanti rule of law diterbalikkan? Tidakkah pembanterasan rasuah itu satu yang dituntut syarak, dan baginda Tuanku Muhriz cemerlang dan penuh wibawa dalam melakukannya. Jika menteri besar Negeri Sembilan yang tandatangannya berharga itu dilengser, siapakah yang akan naik kelak dengan kiraan matematik kerusi di negeri tersebut.

Siapa atau parti mana yang menunggang keadaan ini untuk agenda dan kepentingan sendiri?

Masyarakat Negeri Sembilan jangan lupa, insiden 1951 inisiatif UMNO itu berjaya digagalkan bukan sangat kerana keinsafan dan keluhuran pembesar adat ketika itu. Selepas peristiwa 1951 itu, malah Undang Rembau melawan UMNO. Gugatan terhadap adat ini digagalkan kerana rakyat Rembau keluar beramai-ramai menyatakan sikap tidak mahu ada pihak memperkudakan adat, dan menyatakan penolakan terhadap usaha orang politik mengotorkan adat, dan memanipulasi Undang, dan Lembaga.

(Artikel tulisan saudara Faisal Tehrani ini asalnya diterbitkan di Malaysiakini dan ia diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin penulis)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post ‘Langkah Rembau’ 1951: Bila UMNO Cabar Adat Negeri Sembilan appeared first on SOLIDARITAS.

Tuntutan Kedah Ke Atas Pulau Pinang: Antara Nostalgia, Politik Dan Bahaya Perpecahan Persekutuan
Dalam politik Malaysia, kadang-kadang sejarah dijadikan bahan bakar kepada api yang sudah hampir padam. Begitulah yang sedang berlaku di Kedah apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang DUN baru-baru ini menzahirkan hasrat bahawa negeri itu mempunyai asas sejarah untuk “menuntut semula” Pulau Pinang. Katanya, penyelidikan lebih 20,000 helaian sudah hampir siap, kononnya membuktikan hubungan Kedah–Pulau Pinang yang tidak pernah terputus. Kedengarannya ilmiah, tapi dalam dunia politik Malaysia, setiap helaian sejarah sering disusun untuk satu tujuan yang lebih besar: kuasa.

Antara Nostalgia Dan Realiti Hari Ini

Hubungan Kedah dan Pulau Pinang bukan sekadar nostalgia, tetapi fakta sejarah. Sekitar tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah dari Kedah memberikan Pulau Pinang kepada Francis Light, seorang pegawai Syarikat Hindia Timur British, sebagai balasan kepada perlindungan daripada ancaman Siam dan Burma. Janji itu tidak pernah dipenuhi dan Pulau Pinang akhirnya dijajah sepenuhnya oleh British tanpa sebarang bayaran tetap yang setimpal. Dalam tempoh berikutnya, Kedah kehilangan lebih banyak wilayahnya termasuklah Seberang Perai (ketika itu Province Wellesley) dan kemudian Satun serta Phuket kepada Siam melalui Perjanjian Burney dan Perjanjian Bangkok.

Sejak itu, sejarah mencatatkan Kedah sebagai negeri yang mengecil kerana permainan kuasa antara penjajah dan kuasa serantau. Tetapi selepas kemerdekaan pada tahun1957, Kedah dan Pulau Pinang sama-sama menjadi sebahagian daripada satu entiti baharu iaitu Persekutuan Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia pada tahun 1963. Sejarah menjadi sejarah; yang tinggal hanyalah sempadan baharu, perlembagaan baharu dan rakyat baharu yang berkongsi nasib di bawah bendera Jalur Gemilang.

Realitinya, Kedah dan Pulau Pinang kini adalah dua negeri berbeza di bawah satu sistem persekutuan. Pulau Pinang mempunyai pentadbiran sendiri yang dipilih rakyatnya, sama seperti Kedah. Kedua-duanya diikat oleh Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan sempadan antara negeri. Segala bentuk perubahan sempadan atau penggabungan wilayah hanya boleh dilakukan melalui pindaan perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dengan kata lain, “tuntutan sejarah” tidak membawa sebarang implikasi undang-undang tanpa proses perlembagaan yang sah. Pulau Pinang bukan lagi tanah jajahan Kedah; ia kini negeri berdaulat dalam konteks persekutuan. Menuntutnya semula adalah sama seperti Johor atau Malaysia menuntut semula Singapura, suatu nostalgia yang mungkin manis di bibir, tetapi tidak berpijak di bumi nyata.

Kenapa Pulau Pinang (Dan Bukan Perlis)?

Namun satu persoalan menarik: jika benar ini soal sejarah, mengapa Kedah tidak menuntut Perlis sekali? Bukankah Perlis juga pernah menjadi sebahagian daripada Kedah sebelum 1843? Kenapa Pulau Pinang, negeri yang kebetulan diperintah parti berasaskan majoriti bukan Melayu, yang menjadi sasaran?

Persoalan ini tidak boleh dielak daripada tafsiran perkauman. Walau bagaimana sekalipun politikus cuba menutupnya dengan retorik sejarah, realitinya tuntutan ke atas Pulau Pinang mempunyai nilai politik yang tinggi dalam medan perkauman semasa. Ia mengusik sentimen Melayu di Kedah, yang mudah diadun dengan naratif “kita pernah besar, tapi dirampas bangsa lain.” Ia bukan lagi tuntutan sejarah, tetapi sudah menjadi satu alat emosi yang dimainkan demi survival politik sebuah kerajaan negeri yang gagal.

Jelas tuntutan ini hanyalah satu mainan politik. Sanusi bukan ahli sejarah, beliau ahli politik. Dalam lanskap Kedah hari ini, di mana kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional perlu terus menonjolkan keabsahan moral dan politiknya, isu tuntutan Pulau Pinang ini datang tepat pada masanya. Ia memberi imej “pahlawan negeri” kepada Sanusi, seorang pembela maruah Kedah yang kononnya dicuri sejarah.

Naratif ini berfungsi untuk mengalih perhatian daripada isu yang lebih dekat dengan rakyat seperti masalah air, ketiadaan peluang pekerjaan, kegagalan kerajaan negeri menarik pelaburan serta masalah kemiskinan khususnya di kalangan petani yang masih membelenggu. Ia juga menyatukan penyokong di bawah panji semangat kenegerian, satu strategi lama dalam politik Malaysia: apabila pentadbiran gagal, mainkan sentimen asal-usul. Ia tidak ubah seperti memetik lagu patriotik lama untuk menutup bunyi retak ekonomi di bawah pentadbiran sendiri.

Bahaya Perpecahan Persekutuan

Isu ini jika tidak dikawal, boleh membawa kesan domino yang berbahaya. Bayangkan jika negeri lain turut menggali sejarah lama untuk menuntut wilayah “asal” mereka. Johor mungkin mahu menuntut semula Singapura, Kelantan mungkin mengintai Besut, dan Negeri Sembilan pula mungkin mahu menuntut semula wilayah yang kini berada di bawah pentadbiran Johor, Melaka, Pahang dan Selangor. Jika logik sejarah digunakan sebagai asas tuntutan wilayah, maka Persekutuan Malaysia akan runtuh di atas nama nostalgia.

Dari segi perlembagaan, apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah itu hampir mustahil. Ia memerlukan pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dan peta sempadan yang diwartakan. Apa yang lebih parah — ia menimbulkan persoalan terhadap konsep federal integrity yang menjadi tunjang Malaysia sejak 1963. Dalam erti kata lain, bermain api sempadan ini bukan sekadar soal sejarah, ia juga menggugat kestabilan nasional.

Tambahan pula, apabila sebuah kerajaan negeri mula bertindak seolah-olah sempadan persekutuan boleh dipertikai, ia menanam benih ketidakpercayaan terhadap sistem negara. Ia memberi mesej bahawa kesetiaan kepada federasi boleh ditarik balik apabila tidak menguntungkan secara politik. Dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia, ini sangat berbahaya kerana ia membuka ruang kepada retorik kenegerian dan etnonasionalisme yang mampu menggugat perpaduan nasional yang sudah rapuh. Apa yang bermula sebagai isu “hak sejarah” boleh berakhir sebagai percikan kepada perpecahan identiti persekutuan.

Renungan Buat Semua

Negara ini tidak ketandusan politikus yang pandai bermain isu agama dan kaum. Nah, kini kita sudah ada seorang lagi politikus yang pandai pula bermain isu sejarah demi undi. Semuanya demi menutup kegagalan pentadbirannya sendiri, yang gagal menulis sejarah baharu tentang kemajuan, keadilan dan perpaduan.

Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang mungkin kedengaran patriotik di telinga penyokong Sanusi dan Perikatan Nasional, tetapi dari sudut realiti ia tidak lebih daripada percubaan menghidupkan nostalgia semangat kenegerian untuk kepentingan politik jangka pendek. Malaysia dibina di atas prinsip persekutuan, bukan nostalgia. Apabila semangat sejarah dijadikan senjata politik, kita sedang bermain dengan bara yang boleh membakar rumah sendiri.

Dan selagi api nostalgia itu disuapkan dengan minyak politik, Malaysia akan terus bergerak ke belakang sambil mendabik dada kononnya sedang mempertahankan maruah masa silam.

Lucius Maximus

Lucius Maximus adalah seorang penulis dengan tiga buku setakat ini, Cerita Piala Dunia 2010, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia dan Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua. Beliau aktif berkicau di Twitter dalam isu-isu yang mendesak.

www.facebook.com/luciusmaximus

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Tuntutan Kedah Ke Atas Pulau Pinang: Antara Nostalgia, Politik Dan Bahaya Perpecahan Persekutuan appeared first on SOLIDARITAS.

Apabila Raja Mengkhianati Rakyatnya – Pengajaran Apa Yang Diselitkan Oleh Sejarah Melayu
Putera Sri Rana Wikerma, iaitu Paduka Sri Maharaja, memerintah Temasik selama dua belas tahun dan enam bulan. Dalam tempoh tersebut, sekurang-kurangnya terdapat dua peristiwa yang boleh kita rujuk sebagai pengkhianatan terhadap rakyat.

Pertama, ia membabitkan seorang yang diberi nama Tun Jana Khatib.

Tun Jana Khatib berasal dari Pasai dan memiliki apa yang disebut sebagai ‘ilmu khayal lillah lagi tauhid dua belas alam’.

Tidak ada penjelasan dalam Sejarah Melayu mengenai ilmu khayal tauhid ini. Pun, kita diberitahu sewaktu Tun Jana berjalan di lorong hadapan istana, kebetulan isteri Paduka Sri Maharaja sedang menjenguk ke luar tingkap dan mereka saling bertentang mata. Tun Jana, dikatakan membelah sepohon pinang untuk menunjukkan kesaktiannya.

Mengapa dan bagaimana Tun Jana melakukan hal yang sangat magik tersebut memang tidak dijelaskan. Di dalam Sejarah Melayu, hal tersebut tidak begitu penting.

Malah, watak dan perwatakan Tun Jana juga tidak dihuraikan terperinci.

Pertumpahan Darah

Akan tetapi terdapat pengajaran lain yang ingin diserlahkan oleh kanun Melayu tersebut. Paduka Sri Maharaja menitahkan Tun Jana Khatib dihukum bunuh atas alasan Tun Jana Khatib dengan sengaja menunjuk-nunjuk bakat beliau, mungkin dengan tujuan menggoda.

Barangkali itu saja benar, kita tidak dapat menolak apa pun kemungkinan.

Tetapi menghukum bunuh seseorang kerana itu sungguh lah berlebihan.

Tun Jana Khatib pun dihukum di khalayak ramai. Pembunuhan kejam terhadap beliau itu dilakukan berhampiran sebuah kedai bikang, sejenis kuih tempatan yang masih boleh diperolehi sehingga hari ini.

Hukuman yang dilakukan berdekatan kedai itu merupakan satu tanda ia memang bertujuan untuk mempamerkan kengerian agar timbul kegerunan.

Ia juga bertujuan untuk mengaibkan Tun Jana. Harus diingat, tiada sebarang jenayah dilakukan.

Pembunuhan Tun Jana itu adalah pertumpahan darah yang tidak adil di mana darah beliau menitik di Singapura tetapi jenazahnya menjelma di Langkawi.

Ada sebuah pantun mengenai kejadian ini:

Telor itek dari Singgora

Pandan terletak dilangkahi

Darahnya titek di Singapura

Badannya terhantar di Langkawi.

Arahan Dungu

Mengapa Singapura (yang merupakan Temasik tatkala itu) dan mengapa pula Langkawi, saya pun tidak tahu. Apa pun diberitakan juga, peniaga bikang telah menutup tempat darah Tun Jana berlumur itu dengan kuali dan lama kemudian, ia bertukar menjadi batu.

Kejadian kedua yang penting adalah apabila Singapura diserang ikan todak. Sungguh saya tidak akan menghuraikan episod ini bertali-tali memandangkan kita semua telah menghafal adegan ini di luar kepala.

Pun, satu hal yang mesti disentuh adalah seorang budak (boleh jadi lelaki, atau perempuan) telah membantah perbuatan bodoh menahan serangan todak itu dengan paha.

Tentu arahan dungu tersebut datangnya daripada seorang raja yang tiada wawasan dan seperti terlihat dalam kes Tun Jana Khatib, boleh menjadi zalim.

Paduka Sri Maharaja tanpa memikir kemudian mendengar nasihat orang sekelilingnya. Baginda memutuskan untuk membunuh budak yang menyarankan agar batang pokok pisang digantikan untuk menahan pulau dari terus dilanggar todak.

Mengapa budak itu dibunuh, kita semua mengetahui perihalnya, ialah kerana raja tidak mahu anak tersebut membesar dewasa dan terlebih arif lalu satu hari kelak mencabar pula dirinya.

Undang-Undang Rimba

Inilah pertama kali mungkin, dalam sejarah raja-raja Melayu apa yang kita boleh namakan sebagai undang-undang rimba dipilih sebagai teras hukum.

Undang-undang rimba ini tentu sahaja bertentangan dengan undang-undang adat yang mempunyai akibat atau implikasi dari segi undang-undang.

Undang-undang rimba ini seperti terlihat dalam dua kes di atas diwarnai oleh kuasa tunggal seorang raja, sama ada rakyat bersetuju atau tidak.

Ia adalah gambaran ketidakadilan dari segi polisi, kegersangan dari sudut keadilan dan mempersetankan kemanusiaan.

Bahkan undang-undang rimba kemudian terserlah dalam kes pembunuhan puteri Sang Rajuna Tapa yang mana ia bukanlah berasaskan undang-undang adat, tetapi, adalah bertunjangkan kemarahan, emosi, hukuman, tanpa sebarang usul periksa.

Undang-undang rimba ini wujud dalam pelbagai peradaban, dan ia menjelaskan kenapa raja tergamak menyula anak Sang Rajuna Tapa, suatu hukuman yang sangat memalukan dan kejam.

Sejarah Sebagai Pelajaran

Siri diskriminasi inilah yang diturunkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu, untuk menceritakan perangai dan tingkah laku buruk raja-raja Melayu. Maka sederet setelah diplomasi dan kebijaksanaan Badang berurusan dengan Sri Rana Wikerma, kita ditonjolkan pula oleh dengan kejahatan raja Melayu.

Menurut saya, tidak syak lagi, episod ini dikarang (mungkin sebagai satu alegori) untuk menonjolkan kekejaman penguasa. Siri pembunuhan ini membawa kepada kejatuhan Temasek ke tangan Majapahit apabila Sang Rajuna Tapa tidak lagi merasakan perlu setia kepada Singapura.

Apa lagi yang ia perlu lakukan? Akur dengan kejahatan raja?

Oleh sebab itu, episod Badang dan Tun Jana Khatib harus dibacakan sekali. Bukan secara terpisah. Ia mengajar kita buruk baik dalam sejarah sebagai satu pelajaran, ia adalah ‘the boon and bane of the history’ yang mana kebaikan adalah apabila dialog, keterbukaan, perbincangan, dan kebebasan berbicara diberikan penekanan sementara yang buruk adalah jelas sekali mendorong kepada kekacauan, kegerunan, penderitaan, kemarahan seperti yang terlihat di bawah era Paduka Sri Maharaja.

Piawai Moral Melayu

Dalam konteks ini kita mendapati Temasik, Singapura pada zaman purba; merosot dari sebuah kerajaan yang bertolak ansur seperti di era Sri Rana Wikerna menjadi sebuah pemerintahan yang tirani di bawah telunjuk Paduka Sri Maharaja.

Sememangnya Undang-Undang Adat akan hanya dikodifikasi di Melaka kemudiannya, tetapi kita harus beringat, orang Melayu ketika itu sudah ada satu piawai moral yang dirujuk sebagai wa’ad atau suatu kovenan. Satu statut yang dimeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba atau wa’ad purba itu berbunyi:

‘Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’

Kesilapan Pilih Penasihat

Kejahatan raja hanya dapat berlaku apabila terdapat kelalaian dan kesilapan memilih orang kanan atau sang penasihat. Raja Sri Rana Wikerma sebagai contoh dikelilingi oleh ‘pemain institusi’ yang bijak, berdedikasi dan memandang ke depan.

Maka seperti yang saya ungkap dalam siri sebelumnya, Badang boleh berurusan dan bekerjasama dengan pihak istana demi mengangkat nama Singapura.

Terlihat juga bagaimana raja Perlak mendapat dorongan yang betul daripada menterinya Tun Perpateh Pandak agar tidak membodohkan diri meletakkan Benderang dan Badang dalam gelanggang kerana kekalahan hanya akan merumuskan jadi aib.

Dalam hal bertentangan, Paduka Sri Maharaja dinasihati oleh orang kanan yang jahat, sehingga membuatkan raja memutuskan hal yang buruk.

Ini terlihat apabila budak yang memberi rencana dan cadangan mulia telah dihukum tanpa sebab munasabah.

Ini adalah pelajaran yang sangat mustahak untuk orang Melayu, datang dari Singapura.

(Artikel tulisan saudara Faisal Tehrani ini asalnya diterbitkan di Berita Mediacorp dan diterbitkan kembali di Solidaritas dengan izin)

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Apabila Raja Mengkhianati Rakyatnya – Pengajaran Apa Yang Diselitkan Oleh Sejarah Melayu appeared first on SOLIDARITAS.

Rausyanfikir: Gemulah Ali Syari’ati
Ali Syari’ati adalah revolusioner yang menyantuni dan memahami sebenar-benar erti “kemiskinan” dan memberi pencerahan kepada kita betapa pentingnya memahami dasar kemanusiaan tanpa melalui mana-mana medium ciptaan manusia yang bersifat autoriti dan mengikat. Namun, ini bukanlah membawa maksud beliau cenderung kepada fahaman anarkisme. Ali dirujuk sebagai ahli akademik yang berfahaman Marxisme, seiring dengan keadaan dan suasana tempat beliau membesar di Khurasan.

Hujah dan saranan Barat dalam mengkaji isu moral dan kemiskinan di seluruh dunia dipatahkan Ali dengan prinsip dan tradisi Islam yang lebih ikhlas dalam melawan kemiskinan dan penindasan. Sudut pandang Ali bersama idea-ideanya tidak terkehadapan bersama cendekiawan muslim moden yang lain kerana bidang ilmu sosiologi tidak se-handsome sains.

Buktinya, penulis sendiri pernah tergoda dengan “Bucailisme”, fenomena di mana ilmuan Islam berwacana mengenai Al-Quran dan Sains. Masih ingat ketika di bangku sekolah, risalah-risalah dan buku bertemakan “Bucailisme” yang ditulis Harun Yahya, Achmad Baiquni dan beberapa penulis lain begitu popular sekali.

Mana tidaknya, remaja polos mana yang tidak tergoda dan berasa takjub dengan huraian teori saintifik yang disepadankan dengan baris ayat-ayat dalam Kitab Suci kita? Sedangkan amalan mengkaji kalam Tuhan dengan teori sains ini pada penulis adalah budaya ilmu yang merbahaya, kerana Al-Quran bersifat kekal dan tidak berubah, sedangkan sains berubah mengikut penemuan semasa.

Biarpun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai bermazhab “Syiah Merah”, pengaruh Ali dalam memulakan revolusi “Penolakan Barat” ini sememangnya memberi kesan dan merubah sedikit sebanyak wajah dunia, dan meninggalkan parut yang berbekas kepada orientalis Barat yang tidak pernah jemu menjadi batu api perpecahan umat Islam pasca perang dunia. Jadi, jika kamu yang membaca tulisan ini berasa jasa tokoh Islam yang tidak sealiran dengan mazhab Nusantara anutan kamu tidak perlu diangkat, berhentilah baca ulasan ini.

Ali menanggapi dogma agama yang melemahkan manusia dengan mendefinisikan semula hikmah amalan dan suruhan Tuhan kepada umat Islam, sebagaimana yang diterangkan beliau dalam “Relevansi Doa Terhadap Ketenangan Jiwa” yang diterbitkan semula melalui jurnal akademik di Fakultas Dakwah Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga-2006.

Katanya;

Do’a bukanlah kelemahan yang berkulitkan kekuatan, bukan suatu bentuk eskapisme, kekerdilan, mahupun opium bagi manusia. Menurutnya do’a orang-orang yang benar tidak boleh membunuh keberanian, kejantanan, perasaan, dan kesedaran. Doa digunakan bukan sekadar medium untuk mendapatkan benda yang dihajati, melainkan lebih merupakan manifestasi dari rasa cinta.

Doa membawa maksud proses penyempurnaan iman yang menundukkan jiwa kepada Allah S.W.T, memberi kekuatan tambahan kepada kekuatan yang sedia ada, dan membentuk jaringan batin di kalangan umat. Memetik kata-katanya yang terkenal;

“Jika kau mampu merasakan derita, bererti kau hidup. Jika kau mampu merasakan derita orang lain, bererti kau manusia.”

Dalam karyanya yang diberi judul ‘Manusia Moden & Penjara-penjaranya’, Ali mengulas dengan terperinci tentang filsafat manusia dari perspektif sosiologi tanpa berlepas dari dogma dan tatanan Islam; suatu perkara yang sukar dan gagal dilakukan pemikir-pemikir sebelumnya. Kali terakhir cendekiawan Muslim berjaya menyelesaikan perihal kemasyarakatan melalui disiplin ilmu sosiologi ini adalah melalui Ibn Khaldun yang berjaya meruntuhkan tali kebergantungan kepada Barat dalam hal mengkaji isu masyarakat dengan analisis yang kritis.

Menurut Ali, pemenjaraan manusia (bukan insan) adalah berpunca dari empat perkara, dan dengan disiplin yang tinggi manusia akan dapat membebaskan diri dari empat penjara dan mengubah dirinya dari tingkat makhluk biasa (being) ke manusia tingkat menjadi (becoming).

1) Belenggu Alam

Ali mengambil penulisan Ibn Khaldun yang mengatakan bahwa setiap kehidupan masyarakat didasarkan pada keadaan geografinya. Menjadi seorang pemburu atau petani ditentukan oleh keadaan alam, tidak ada yang mampu mengingkari peranan alam dalam membentuk seorang manusia. Manusia menunggu alam agar menurunkan hujan supaya boleh bercucuk tanam. Pendapat ini mungkin benar jika ditempatkan pada sejarahnya masa lalu, akan tetapi tidak pada masa sekarang. Apa yang menggantikan “Belenggu Alam” pada zaman moden ini adalah “Belenggu Kapitalisme”.

2) Sejarah

Aliran historisisme beranggapan bahwa manusia merupakan sebuah hasil dari sejarah. Historisisme beranggapan bahawa manusia zaman lepas yang akan menentukan manusia pada hari ini, apa yang harus ditempuh dan bagaimana manusia harus mengarah. Begitu pula alam membentuk warna kulit, sedangkan sejarah memilih membentuk warna jiwa. Pada kenyataannya, semua manusia dilahirkan dan dibesarkan di dalam masyarakat yang telah ditentukan dan dipandu oleh sejarah.

3) Masyarakat

Aliran sosiologis menolak adanya peranan individu dalam membentuk nasibnya. Sosiologisme memiliki prinsip yang kuat bahawasanya seorang individu dibentuk oleh sekelompok masyarakat, bukan oleh dirinya sendiri sebagai individu.

Manusia seringkali terumbang-ambing dalam melakukan pilihan, bahkan tidak dapat memilih untuk dirinya sendiri. Sosiologisme berpendirian bahawa dilema seperti ini yang dialami oleh manusia merupakan ciptaan masyarakat. Ketika manusia dihadapkan dengan dua isu sosial yang berbeza, ia mulai ragu-ragu dan dilema dalam kedua faktor tersebut.

Sosiologisme menyatakan bahwa seorang yang ragu-ragu, apakah ia harus beragama atau tidak, apakah ia harus teis atau ateis, bukan kerana ia dapat memilih salah satu, tetapi kerana kedua faktor berlainan itu terdapat di dalam masyarakatnya. Polarisasi masyarakat mampu mempengaruhi fikiran insan.

4) Ego

Walaupun manusia moden memiliki pengetahuan dan kemampuan yang jauh melebihi mana-mana garis masa sejarah ketamadunan, namun tidak ramai yang mengakui dengan telus bahawa dia tidak tahu apa-apa. Manusia moden telah menemukan berbagai macam apa yang harus ia lakukan untuk menghadapi berbagai persoalan kehidupanya, namun ia belum mengetahui bagaimana caranya keluar dari penjara gelap dalam dirinya sendiri.

Bayangkan sekiranya kita yang menghidupkan jiwa dengan peranan sebagai manusia, dapat membebaskan diri sepenuhnya dari empat hal di atas, Ali berpendapat itulah kunci tunggal untuk kita buka pintu menjadi insan.

Ali Syari’ati tidak meninggalkan kita dengan persoalan dan permasalahan ummat yang kompleks, beliau memberi pesan ringkas kepada seluruh umat Islam supaya memiliki naluri ketunggalan agar mampu berfikir dengan baik dan dalam keadaan sedar yang sebenar. Daya fikir yang tajam akan memberikan nilai kreativiti, kebebasan dan kawalan sepenuhnya kepada batang tubuh kita sendiri. Jika tidak, dengan deras arus teknologi pada hari ini, keyakinan dan kemampuan individu akan runtuh dan “kawalan kendiri” akan beralih ke “kawalan data algoritma”. Selamanya kita akan terpenjara dan mengharapkan Instagram untuk beri contoh kepada kita kehidupan kawan kita yang mana lebih baik.

(Artikel ini adalah siri pertama dari dua siri artikel oleh penulis tentang Ali Syari’ati. Artikel siri kedua boleh dicapai di pautan berikut)

Adam Mukhriz

Adam Mukhriz lahir dan membesar di ceruk Pulau Langkawi. Pentaksub dunia sosiologi yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar impian menjadi pemuzik Grindcore.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Rausyanfikir: Gemulah Ali Syari’ati appeared first on SOLIDARITAS.

Falsafah Haji Dan Ziarah Yang Hilang
Pendahuluan

Merujuk karya sastera kita, ritual haji telah pun dilaksanakan sejak lama dahulu. Jika benar Hang Tuah itu ada, maka legenda Melayu ini antara contoh yang sempat dicungkil dan menjadi bukti haji telah menjadi buruan orang Melayu sekian lama.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Laksamana Hang Tuah dan Maharaja Setia menunaikan haji seperti digambarkan dalam perenggan ini:

“Setelah sudah maka datanglah pada sembilan haribulan Zulhijjah. Maka berhimpunlah berjalan sekalian orang Mekah itu pergi dengan Syarif Ahmad itu masing-masing dengan takhta kebesarannya, beberapa ratus tunggul panji-panji daripada sakhlat, dewangga, beledu dan kimkha berkibaran seperti kota cemara, pergi Haji ke Bukit Arafah. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun pergilah bersama-sama dengan orang Mekah sekalian itu mengerjakan seperti rukun haji itu. Setelah sudah habislah dikerjakannya lalu turun ke Mina pula melontar batu yang bernama Jamratul Aqabah dan Jamratul Wusta dan Jamratul Ula itu. Setelah sudah, lalu mengorban, maka Laksamana dan Maharaja Setia pun bercukurlah. Maka habislah rata seperti syarat perintah Haji, Ziarah dan Haji Umrah semuanya dikerjakan. Maka Laksamana dan Maharaja Setia pun kembalilah ke Mekah dengan sekalian orang banyak itu lalu ziarah pula pada Maqam Ibrahim. Maka sampai pada sepuluh haribulan, tirai Ka’abatul Lah pun disalin oranglah. Maka Laksamana pun membelilah tirai itu barang sedapatnya. Setelah keesokan harinya maka Laksamana pun masuklah ke dalam Ka’batul Lah, sembahyang lalu mencium batu yang bernama Hajarul Aswad itu. Setelah sudah lalu keluar bersama-sama dengan orang banyak lalu Tawaf pula ia akan Tawaf rukun. Telah selesailah habis dikerjakan maka Laksamana dan Maharaja Setia pun mengambil air pada telaga zamzam itu lalu berjalan ke Madinah bersam-sama dengan qafilah yang banyak itu.”

Meskipun ada acara haji dalam manasik haji Hang Tuah ini dilangkau pencatatnya, seperti bermalam di Mudzalifah, dan acara sa’ei; tetapi tertib haji yang kemas tergambar serba sedikit padanya.

Haji Hari Ini

Pengalaman mengerjakan haji pada tahun 2008, saya berpendapat penganjur telah keletihan menganjurkan acara haji ini. Mereka juga nampaknya tidak begitu memahami, dan menghayati falsafah ibadah haji sehingga ibadah yang sepatutnya menjadi kongres tahunan umat Islam itu terasa kering kontang dari segi semangat. Bahkan, di Masjidil Haram pada 11 dan 12 Zulhijjah, pihak berkuasa wahabi sebagai penakluk Mekah menghantar askar untuk mengawal keadaan. Mereka berkasut di dalam masjid. Dan, ada banyak kesalahan yang dilakukan oleh jemaah haji tidak dibetulkan. Pada mereka contohnya, yang penting dapat menyelesaikan tugas harian dengan menghalau jemaah haji yang menyesakkan jalanan atau ruang. Ke mana hujjaj dihalau sehingga kesesatan dan terkeluar dari padang Arafah misalnya bukanlah tugas mereka. Begitulah halnya jika urusan haji kita, diserahkan kepada orang-orang yang tidak ikhlas (muhlisin).

Belum lagi kita bicarakan soal sains perbandaran bagaimana pelupusan sampah, sistem perkumuhan, lalu lintas trafik, pembangunan sewenang-wenang; dan segala macam pencemaran yang dapat mengancam mata air agung zamzam dan kaabah yang mulia, tidak diperhatikan semuanya sehingga persekitaran Mekah yang suci menjadi amat tidak sihat.

Pembangunan Mekah dan Madinah juga menghampiri komersialisme di mana ia sangat bertentangan dengan falsafah pemilihan Mekah sebagai kota suci yang disengajakan berada di lembah gersang. Hari ini Burj al Zam-Zam yang tersergam indah di samping Masjidil Haram menyesakkan pandangan. Bukan itu sahaja pusat membeli belah dan apartmen mewah tersebut mengisi sekian banyak jenama asing untuk diperagakan dan diperdagangkan di kota ini. Ia amat menakutkan kerana jika Abrahah digagalkan dari menakluk Mekah dan merubahnya menjadi kota dagang yang penuh keuntungan; maka hari ini, kita membiarkan tanpa rasa bersalah Mekah dan Madinah dijual atas nama wakaf.

Sesungguhnya Mekah dan Madinah bukan milik mana-mana puak dan, ia harus dipulangkan kepada umat Islam, dalam konteks hari ini ialah OIC.

Kerosakan Haji

Dokumen sejarah mengenai urusan haji seperti yang tercatat dalam The Conduct of the Haj From Malaya and the First Malaya Pilgrimage Officer misalnya melaporkan, pada Ogos tahun 1924 setelah selesai musim Haji, Ibnu Suud telah menawan Taif, mengganas di sana dan masuk ke kota Mekah pada tahun 1925 lalu mengusir Syarif Ali.

Orang Melayu yang berada di tanah suci baik sebagai pelajar agama, atau jemaah haji melarikan diri ketakutan sehingga pada tahun 1925 itu, Kerajaan Negeri-negeri Selat menangguhkan pengutusan Haji Abdul Majid bin Zainuddin (menurut Royal Asiatic Society Journal Malayan Branch tahun 1926, beliau ialah Pesuruhjaya Haji pertama ke tanah suci) ke Hijaz, ekoran keadaan yang tidak aman tersebut.

Tatkala tentera Wahabi masuk ke kota Rasulullah saw Madinah Munawwarah pada 10 Syawal tahun tersebut, mereka malah meruntuhkan pemakaman suci di Baqe, dan melancarkan kempen agresif anti bid’ah. Terjadilah satu gerakan ”reformasi” agama yang paling ganas dicatat dalam sejarah umat Islam di zaman moden.

Hari ini roh keganasan yang disangka reformasi suci ini dihembus kembali oleh Osama Bin Laden, ISIS, dan disahut oleh anak-anak Nusantara seperti Amrozi, Imam Samudera dan lain-lain. Di negara kita tidak terkecuali, anak-anak muda yang darahnya menggelegak seronok mengkafir, menyesat dan membid’ahkan acara, tokoh dan amalan tertentu. Pesta kafir ini akan berleluasa menjelang Pilihan Raya Negeri.

Falsafah Selawat

Adapun, peraturan demi peraturan sulit yang terlaksana hari ini untuk mengerjakan haji malah telah dicatat lama dahulu oleh pegawai khas James Brooke, iaitu David Chale yang baharu memeluk Islam. Beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah visa, pengesahan sudah menganut Islam bahkan beliau turut mencatat kekacauan yang timbul ekoran undang-undang yang sulit sehingga menyebabkan ada pergaduhan antara hujjaj Afghanistan dan pihak berkuasa Saudi yang mengakibatkan pertumpahan darah (lihat Triumphant Pilgrimage: An English Muslim’s Journey from Sarawak to Mekah).

Ibadah haji dan umrah kebiasaannya dilengkapkan dengan ibadah ziarah di Madinah. Sebelum ke Madinah, jemaah haji digalakkan berselawat. Dalam selawat yang dilafaz dalam solat kita iaitu Allahumma Shollia ala Muhammad wa ali Muhammad, kama shollaita ala Ibrahim wa ali Ibrahim terdapat inti pati kandungan yang perlu diperhatikan dan dititikberatkan. Bahawa perhatian dan tuntutan selawat tersebut adalah kepada Nabi Muhammad dan ali Muhammad atau keluarga Rasulullah saw. Justeru, kunjungan jemaah haji ke Madinah tidak lain tidak bukan kerana mendambakan jalan yang lurus dan itu tidak lain tidak bukan terentang antara jasad Rasulullah saw yang mulia di bawah kubah hijau, merangkumi raudhah yang dipercayai merupakan tempat atau makam Saidatina Fatimah Zahra (kerana makam beliau dirahsiakan oleh Saidina Ali ekoran wasiat Fatimah yang tidak mahu majlis pengkebumiannya dihadiri oleh golongan munafik), meliputi taman Baqe’ yang menyimpan antara lain zuriat Rasulullah saw termasuklah Saidina Hasan al Mujtaba, Imam Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad al Baqir dan Imam Jaafar as-Sadiq di mana ke semua mereka adalah cicit Rasulullah saw (ali Muhammad atau ahlul bait Nabi).

Kesimpulan

Adalah wajar kita kembali kepada falsafah haji yang kian memudar. Umat Islam dituntut menunaikan haji sebagai menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di tanah gersang, memahami resah dan munajat Rasulullah memanjat bukit dan gunung menanti wahyu Ilahi, memahami pengorbanan Siti Hajar mencari air sehingga diingati sebagai saei, memahami pengorbanan Ismail yang sanggup disembelih sehingga dikenang dan dirai sebagai hari raya korban, memahami pengampunan dan harapan Adam dan Siti Hawa kerana meninggalkan keutamaan yang diperintah Allah, memahami pengorbanan bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad saw di Uhud, memahami pengorbanan keturunan Rasulullah saw yang dilanyak ribuan tahun lamanya; hanya dengan memahami semua itu bahawa pengorbanan, air mata dan darah telah menegakkan agama ini, baharulah jemaah haji dapat ditanggapi pulang membawa haji yang mabrur.

Sayang, haji hari ini adalah perlumbaan membeli tamar, sejadah, tasbih dan sekian jubah. Falsafah haji terpadam, dan penguasa di tanah suci adalah antara sebab yang menjadikan ibadah suci ini semakin hilang sengat dan manisnya. Jika tidak, masakan ummah dengan lebih satu billion manusia dapat terpaku memeluk tubuh melihat Gaza dibantai sekian rupa?

Faisal Tehrani

Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyelidik Bersekutu di sebuah tim penyelidikan di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Kajian beliau menganjur dari Sastera Bandingan sehingga Hak Asasi Manusia dengan penekanan terhadap kumpulan minoriti agama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Falsafah Haji Dan Ziarah Yang Hilang appeared first on SOLIDARITAS.