Dalam usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 dan belia, satu program telah diperkenalkan yang diberi nama MyLesen.
MyLesen adalah satu program dimana Kerajaan Perpaduan MADANI akan menanggung kos latihan dan ujian di institut memandu bagi membolehkan golongan B40 dan belia memperolehi lesen B2 secara percuma.
Manfaat dari Program MyLesen ini adalah untuk membuka peluang pekerjaan dan jana pendapatan melalui manfaat lesen dalam sektor ekonomi gig, pengangkutan awam dan pelancongan.
Bagi tujuan Program MyLesen ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4.7 juta untuk menampung kos mendapatkan lesen tersebut.
Dengan jumlah peruntukan tersebut, sasaran adalah untuk membantu 13,000 peserta program ini dari kumpulan sasar B40 dan belia kurang berkemampuan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook setakat 19 November 2023 seramai 9,994 peserta telah menyertai Program MyLesen yang disediakan.
Program MyLesen juga selain untuk mencipta peluang pekerjaa, ia juga berperanan untuk memberikan kesedaran mengenai peraturan dan aspek keselamatan jalan raya.
Selain membantu individu mendapatkan lesen B2 untuk motorsikal, dalam kes-kes tertentu bantuan juga turut diberikan untuk individu mendapatkan lesen GDL atau PSV dan sebagainya.
Kerajaan mensasarkan untuk memperbesarkan atau memperluaskan lagi kumpulan sasar program ini pada tahun hadapan agar lebih ramai individu mendapat peluang memperolehi lesen memandu.
Namun ini tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada dan keutamaan seharusnya diberikan kepada mereka dari kelompok B40 yang tidak berkemampuan.