Perihal Pendakwah

Baru sekarang tuan-puan liar mendengus perihal pendakwah?

Baru sekarang tuan-puan nak cakap mereka ini tak boleh dipercayai, kena berhati-hati, kena itu dan kena ini?

Ada yang terasa malu terhadap penganut agama lain. Itu buatkan saya berasa cukup pelik. Sebabnya, saya peduli hapa ada serban sebesar sarang tebuan atas kepala ke, jubah kaler oren paling mahal ke, pakai salib sebesar alam ke, kalau buat salah tetap salah. Saya bukanlah manusia bangang yang senang-senang terpengaruh dengan pesona bintang ketujuh kealiman seseorang.

Itu sebabnya sekiranya kes-kes luar biasa berlaku, mulalah sebagai penganut agama terpaling benar di seluruh galaksi bima sakti, kita, kononnya jadi segan.

Saya bukan bermaksud membuka cerita yang diheboh-hebohkan sekarang. Ada terlalu banyak perkara yang kalian mesti perhati dan selami dari terus melompat ke kisah yang masih dalam siasatan.

Di sini, biar saya jelaskan buat kali kelima ratus. Biar seribu tahun lagi, saya akan tetap jelaskan. Saya tiada masalah untuk ini.

Supaya yang tidak jelas akan terang-menerang. Supaya yang degil akan perlahan-lahan menerima. Supaya yang menentang hari ini bagai seorang syuhada, akan kembali menggunakan akal untuk berfikir.

Dengar sini elok – elok,

Kata-kata, pesan-pesanan, motivasi berbau agama yang keluar dari mulut mereka adalah perkara terakhir yang kamu mahu dengar disepanjang hidup.

Pesan mereka bukanlah titah teragung yang tidak teragukan.

Tuan-puan,

Ketika kelas pekerja berpenat lelah, membanting tulang, bertaruh jiwa dan raga mencari rezeki demi survival anak dan isteri, apa yang pendakwah katakan?

“Walau gaji seribu, sekiranya bekerja dengan jujur, nescaya, rezeki kalian terasa nikmat seperti menyamai gaji 10 ribu”

Celah mana gaji seribu boleh menyamai gaji 10 ribu tuan-puan? Dia yang cakap macam ni pernah makan Meggi hari-hari dengan anak-anak kecil yang patutnya terima makanan sihat? Apa dia ingat kejujuran semata boleh menghidangkan lauk pauk sihat macam anak Syed Bukhari? Apa dia fikir kejujuran semata boleh melawan takdir bahawa dunia ini siapa yang ada duit dia yang punya?

Bagaimana kalau malapetaka, bencana alam tiba-tiba mencium ganas rumah si miskin? Apa yang mereka pesankan?

“Ini ujian Tuhan. Kita perlu lebih konsisten dalam mentadbir berdasarkan hukum-hakam Tuhan.”

Ya. Orang miskin sentiasa dihujani ujian. Orang miskin layak diuji. Iman si miskin kena diuji supaya dia tak lari masuk gereja.

Tetapi Istana raja tetap kukuh. Harta orang kaya terpelihara.

Oh, ujian untuk si raja dan si kaya lain bentuknya. Tak sama. Baik-baik. Saya paham. Lagipun bukankah pendakwah selalu cakap, si miskin akan masuk syurga dahulu?

Manakala ketika seorang perempuan yang dizalimi suami tak guna, yang curang, yang perangainya macam cilake, bagaimana mereka mengambil hati?

“Kembalilah kepada Tuhan. Beri kemaafanmu. Kerana memberi kemaafaan ternyata Tuhan akan lebih menyayangimu. Ini masanya kamu juga perlu sedar akan sikapmu. Suamimu takkan curang kalau bukan kerana ada sedikit sifatmu yang menjengkelkannya.”

Saya bersyukur diberi akal yang elok kerana tidak mudah percaya, terpesona dengan golongan begini. Kalau ahli politik senang-senang saya gagalkan kepercayaan, apatah lagi depa-depa ni semua.

Kerana menurut saya, di setiap kesenjangan yang berlaku, sepatutnya kita menyingkap jendela yang lebih luas.
Apabila masalah kemiskinan tak berkunjung selesai, kita mesti mengkaji semula aturannya. Apakah sistemnya berat sebelah? Apakah adil apabila si kaya dapat menyimpan wang 40 peratus dari jumlah pendapatannya sedangkan si miskin terkincit-kincit berbelanjakan 96 peratus dari keseluruhan wang gajinya demi untuk terus hidup keesokan hari?

Atau apakah yang sebenarnya menyebabkan bala bencana? Kerana misteriusnya hukum alam yang tersendiri atau kerana dasar-dasar manusia yang membuatkan alam mengerang kesakitan?

Atau apa kejadahnya bila seorang perempuan disakiti, kita jual nama Tuhan untuk melembutkan hati seseorang yang dikecewakan? Kenapa pula kita nak suruh orang tu semayang tengah malam buta cari jawapan, sedangkan kita nampak bukti jelas betapa faknya si lelaki tak guna sekupang pun?

Di akhirnya, masalah terus kekal abadi. Tiada yang selesai. Yang ada – candu. Tenang dihisap hari ini. Dan dihisap di hari seterusnya.

Dosa teragung kita ialah membenarkan pesan-pesan, ayat-ayat motivasi serupa babi berkeliaran meresapi tanpa memanjangkan ajaran agama untuk melawan segala nista dan membina hari yang lebih bahagia.

Saya kenal mereka-mereka yang bergelar pendakwah, ustaz yang tidak bersifat asshole begini. Jumlahnya adalah dua dari berjuta kot. Dan saya hormati mereka.

Hormat yang saya berikan bukan kerana pangkat, nama dan gelaran. Anarkisme mengajar saya menghormati manusia kerana darjat ketinggian cinta mengatasi segala-galanya. Kalau anjing pun saya sayang, apalagi manusia?

Mahu mengherdik dan menerakakan saya kerana tulisan ini?

Silakan. Macam tabiasa pula.

Tapi hang perlu tahu, neraka saya lebih tinggi maqamnya dari syurga di bibir kalian.

Komen