MEMAHAMI BELANJA MENGURUS, BELANJA PEMBANGUNAN DAN SIMPANAN LUAR JANGKA DALAM BELANJAWAN 2024

Tahukah anda peruntukan keseluruhan Belanjawan 2024 adalah sebanyak 393.8 bilion dan ini tidak termasuk Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2 bilion.

Peruntukan keseluruhan ini boleh dipecahkan kepada dua kategori perbelanjaan iaitu Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan.

Belanja Mengurus adalah berjumlah RM303.3 bilion dan ia merupakan perbelanjaan terbesar dalam Belanjawan 2024 meliputi 77% dari jumlah keseluruhan.

Manakala Belanja Pembangunan pula berjumlah RM90 bilion atau 33% dari keseluruhan perbelanjaan yang diperuntukkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan?

Belanja Mengurus merupakan perbelanjaan pentadbiran yang berterusan dari tahun ke tahun untuk membiayai pengurusan dan pentadbiran negara.

Perbelanjaan dalam kategori ini termasuk emolumen, pencen, ganjaran dan gratuiti, hutang, caj perkhidmatan, bekalan dan perkhidmatan, subsidi dan perbelanjaan yang lain-lain.

Manakala Belanja Pembangunan pula adalah peruntukan yang akan digunakan bagi tujuan pelaburan pembangunan ekonomi dan sosial.

Belanja Mengurus bersifat jangka pendek iaitu dalam tempoh setahun dan tidak terikat pada pendapatan negara manakala Belanja Pembangunan pula bersifat pelaburan atau perbelanjaan modal untuk kesan jangka masa panjang.

Belanja Mengurus lazimnya jauh lebih tinggi dari Belanja Pembangunan, namun perbezaan ini perlu dikawal kerana Belanja Mengurus yang tinggi bermakna kos pentadbiran yang tidak terkawal sedangkan Belanja Pembangunan yang rendah akan menyebabkan perkembangan ekonomi yang perlahan.

Komen