LAPAN REFORMASI INSTITUSI DI BAWAH MALAYSIA MADANI

Dakwaan pembangkang bahawa reformasi sudah mati di bawah Malaysia Madani ternyata meleset, sebaliknya Kerajaan Perpaduan telah melakukan lapan reformasi institusi sehingga Jun 2023 iaitu:

Pindaan kepada Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 – Penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga denda maksimum RM50,000

Pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 – Menaikkan umur perlindungan saksi kanak-kanak dari 16 ke 18 tahun

Pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara sepanjang hayat – Tiada lagi hukuman mati mandatori kepada pesalah

Penggubalan Akta sementara iaitu Rang Undang-undang (RUU) Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 – Permohonan semakan semula untuk banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan penjara seumur hidup

Kewujudan peruntukan baharu bagi kesalahan menghendap (stalking) dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] – Menjadikan perbuatan menghendap (stalking) sebagai satu kesalahan jenayah

Pemansuhan peruntukan kesalahan cubaan membunuh diri Seksyen 309 dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] – Percubaan bunuh diri bukan lagi satu kesalahan

Kertas Dasar berkenaan Rang Undang-Undang berhubung dengan pendanaan politik – Kawal selia pendanaan politik

Cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597] – Memperluas tanggungjawab dan memperkasa autoriti SUHAKAM

Ternyata di bawah Malaysia Madani, NATO yang disebut oleh Syed Saddiq sebenarnya membawa maksud New Actions, Tremendous Outcomes!

Komen