Berita pembukaan semula sekolah-sekolah Malaysia yang bermula minggu ini telah menarik reaksi bercampur dari ibu bapa dan pelajar, dengan beberapa kumpulan menyatakan rasa lega atas keputusan itu dan yang lain menyampaikan kebimbangan mengenai situasi Covid-19 sekarang.
Ada ibu bapa yang berkata jika diberi pilihan, mereka tidak akan menghantar anak mereka ke sekolah lagi sungguhpun ada yang dilindungi dengan lebih baik setelah menyelesaikan dua dos vaksin Covid-19 baru-baru ini.
Menghadiri kelas dalam talian di rumah adalah sukar bagi sesetengah keluarga kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan sebaik mungkin kerana sambungan Internet yang teruk. Oleh itu, mendapat peluang mengikuti kelas fizikal akan membolehkan murid dan pelajar belajar dengan lebih baik.
Tetapi masih ramai yang bimbang walaupun jumlah kes Covid-19 dicatatkan menurun.
Ibu bapa terutamanya tentu sekali mengingatkan anak mereka untuk selalu menjaga kebersihan diri dengan baik dan waspada terhadap lingkungannya, sambil menambah bahawa sekolah juga harus memastikan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat ketika kelas fizikal kembali dibuka.
Begitu juga di pihak anak-anak, ada yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah, kerana ramai berkata mereka dapat memahami mata pelajaran dengan lebih baik semasa pelajaran fizikal. Ramai juga yang berpendapat bahwa kelas dalam talian bukanlah pilihan mereka.
Kesukaran untuk menyerap pelajaran berbanding dengan pertemuan tatap muka, memberi peluang anak-anak untuk menghabiskan lebih banyak masa untuk mata pelajaran teras apabila sekolah disambung semula.
Ramai juga anak-anak tidak sabar untuk ke sekolah kerana mereka dapat belajar dengan lebih berkesan di kelas berbanding dengan kelas dalam talian.
Ramai yang sudah bersedia untuk bersekolah, di rumah kebanyakannya memaklumkan mengenai sambungan Internet yang kurang baik, tambahan ramai yang tidak dapat mengemukakan soalan dengan betul mengenai topik yang mereka tidak faham.
Kebanyakan ibu bapa juga tidak membantah dengan pelaksanaan untuk kembali ke sekolah tetapi mengingatkannya agar sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.
Bagi kumpulan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan awam turut memberi pandangan bercampur baur, dan ada yang masih memilih untuk melakukan persiapan dan persediaan dari rumah walaupun kelas fizikal akan disambung minggu ini.
Sungguh pun ada yang sudah diberi vaksin sepenuhnya tetapi masih ada yang lebih suka berada di rumah untuk belajar kerana masih bimbang dengan keadaan Covid-19.
Makluman oleh pihak sekolah dan guru memberitahu bahawa sekolah telah membuat semua persiapan yang diperlukan untuk pembukaan semula masih tidak meyakinkan sesetengah kumpulan pelajar.
Ada yang menyatakan akan hanya ke sekolah semasa peperiksaan, kerana pihak guru telah mengatakan bahawa mereka boleh terus belajar sendiri; tidak ada yang akan dipaksa untuk kembali ke sekolah.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan turut mengumumkan pembukaan kembali sekolah secara bertahap, sesuai dengan fasa-fasa yang terdapat di bawah Pelan Pemulihan Nasional. Walau bagaimanapun, saiz kelas akan terhad dan pelajar akan bergilir antara pelajaran fizikal kelas dan pembelajaran dalam talian.
Rasa gementar untuk kembali ke sekolah kerana kes Covid-19 di beberapa kawasan masih tinggi turut menjadikan situasi bercampur baur.
Suasana belajar dalam talian adalah menyukarkan namun kesihatan dan keselamatan anak-anak perlulah diberi perhatian.
Anak-anak Malaysia merasakan “agak sukar” untuk menyesuaikan diri kerana telah mengikuti kelas fizikal sejak Tahun Satu, dan bagi yang risau dan takut kelas dalam talian adalah kaedah paling selamat.
Beberapa pendapat pakar akademik juga mengatakan bahawa belajar secara bersemuka di sekolah jauh lebih mudah bagi pelajar untuk memahami pelajaran di persekitaran kelas. Mereka akan lebih yakin dan bersedia secara mental untuk menduduki peperiksaan yang akan datang.
Mereka yang mempunyai perasaan bercampur-campur tentang kembali ke sekolah turut meluahkan perasaan yakni ‘sebahagian daripada diri benar-benar mahu kembali ke kelas tetapi masih ragu-ragu.
Orang ramai masih dijangkiti Covid-19 walaupun mengambil semua langkah berjaga-jaga. Dan ini sangat menakutkan. Kita sendiri tidak pasti sejauh mana sekolah akan memastikan kebersihan dan sanitasi dilakukan setiap hari, terutama di atas meja dan kerusi.
Bagi mereka yang ‘memahami’, kelas tatap muka atau bersemuka adalah penyelesaian terbaik, terutama bagi calon tahun peperiksaan dan adalah mustahil untuk terus menjaga anak-anak di rumah dan jauh dari sekolah selamanya.
(Azizi Ahmad adalah mantan pendidik. Artikel tulisan beliau ini tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.