Inisiatif AI Untuk Rakyat: Bagaimana MOSTI Memacu Masa Depan Malaysia

Pada 30 Januari 2024 yang lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan 5 Fokus Utama Hala Tuju MOSTI 2024 melalui Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang telah disampaikan oleh Menterinya iaitu YB Tuan Chang Lih Kang.

Salah satu daripada 5 fokus utama tersebut adalah Artificial Intelligence (AI) atau yang disebut kecerdasan buatan. Ini menunjukkan di tengah arus revolusi digital yang melanda dunia, Malaysia memperlihatkan komitmen yang teguh untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam mendorong kemajuan negara dan kesejahteraan rakyatnya.

Peluncuran inisiatif ‘AI untuk Rakyat’ misalnya adalah bukti bagaimana Kerajaan Madani pimpinan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim serius untuk mengintegrasikan teknologi canggih ini ke dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Transformasi Digital dalam Pembangunan Malaysia

Inisiatif AI Untuk Rakyat merupakan visi Kerajaan Malaysia untuk memastikan bahawa kemajuan teknologi tidak hanya dinikmati oleh segelintir orang sahaja, tetapi juga oleh seluruh lapisan masyarakat. Melalui program ini, komitmen MOSTI adalah untuk memperluas akses dan memanfaatkan teknologi AI kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buktinya, Inisiatif AI Untuk Rakyat memfokus kepada beberapa keberhasilan bidang seperti; (i) Pendidikan, iaitu sebuah usaha berterusan untuk meningkatkan literasi digital dan memperkenalkan AI di kalangan rakyat Malaysia, baik melalui kurikulum formal maupun latihan yang diselenggarakan secara non formal; (ii) Kesihatan dan Akses, melibatkan implementasi teknologi AI dalam sistem kesihatan dan akses yang lebih baik bertujuan untuk meningkatkan ketepatan diagnostik medikal agar aspek penyampaian kepada masyarakat diperbaiki.

Seterusnya melalui (iii) Ekonomi dan Industri, di mana dukungan diberikan kepada penggiat industri terutama usahawan kecil menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi mereka. Terakhir adalah Pengembangan Ekosistem AI di mana usaha berterusan MOSTI untuk membangun ekosistem yang inklusif bagi para pengusaha dan saintis AI, dengan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk seperti fasiliti, akses ke pangkalan data dan insentif untuk kajian pembangunan.

Masa Depan Malaysia Era Digital

Inisiatif AI Untuk Rakyat boleh menjadi langkah yang sangat positif bagi masa depan Malaysia kerana melalui inisiatif ini, AI pada hari ini ‘Inklusif dan Merata’. Dengan memperluas akses dan manfaat teknologi AI kepada seluruh masyarakat, inisiatif ini membantu mengurangi kesenjangan digital dan memastikan bahwa tidak ada yang tertinggal dalam era digital.

Seterusnya, inisiatif ini juga ‘Meningkatkan Kualiti Hidup’. Melalui penerapan AI dalam berbagai sektor, masyarakat dapat menikmati khidmat awam yang lebih efisien dan berkualiti, serta memiliki akses yang lebih baik terhadap informasi. Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga ‘Mendorong Inovasi dan Ekonomi Kreatif’. Dengan memberikan sokongan kepada pengusaha dan penggiat ekonomi lokal, inisiatif ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi dan memacu inovasi di berbagai sektor lainnya.

Inisiatif AI untuk rakyat juga ‘Meningkatkan Daya Saing Global’ dengan meningkatkan kualiti daya sumber manusia dan mendorong penggunaan teknologi canggih. Ini menjadikan Malaysia memperkuat posisinya dalam persaingan global dan menjadi pusat inovasi di rantau Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, beberapa cabaran besar inisiatif ini juga perlu diambil kira seperti keterbatasan infrastruktur, kerangka undang-undang yang belum jelas, kapasiti sumber daya manusia yang masih kurang serta peluang kolaborasi antara swasta dan kerajaan yang belum terjamin pasti akan membina halangan kepada semua inisiatif di atas.

Dengan meluncurkan inisiatif AI untuk Rakyat,  Malaysia telah menunjukkan keseriusannya dalam memimpin negara menuju masa depan yang berinovasi dan inklusif. Langkah ini tidak hanya akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, tetapi juga memperkuat posisi negara dalam menghadapi cabaran global di era digital. Mungkin dalam jangka masa lima tahun ke hadapan Malaysia boleh memetakan namanya di dalam kedudukan AI tersohor seperti Global AI Index oleh Tortoise Media ataupun AI Index oleh Stanford University.

Komen