Frontliners Perlukan Sokongan, Bukan Hukuman

Dalam pengurusan bencana, benar kita perlu kawal media dan informasi yang didedahkan kepada masyarakat.

Benar, pernah ada garis panduan tahap ekstrim di mana telefon bimbit peribadi milik staf patut dimatikan dan dikutip pihak atasan ketika satu-satu bencana berlaku kerana tidak mahu ada kebocoran maklumat tidak tepat kepada media.

Benar, penjawat awam tertakluk kepada akta kerahsiaan dan mereka tidak sepatutnya mendedahkan maklumat mengenai keadaan semasa di hospital kepada umum.

Benar, kebocoran maklumat boleh menyebabkan berlaku beberapa isu seperti panik dalam kalangan masyarakat, memberi mesej negatif tentang kemampuan negara menghadapi bencana atau krisis dan ia boleh memberi impak negatif terhadap pengurusan bencana.

Tapi, kita kena tengok apa root cause yang menyebabkan berlakunya penyebaran footage situasi Covid-19 di hospital.

Persoalannya, adakah pihak pimpinan serius untuk menangani root cause masalah ini berbanding menjejak staf perubatan dan mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka?

Sebab pertama, frontliner terpaksa bekerja dalam keadaan kesihatan mental yang membimbangkan. Mereka di ambang kejatuhan. Moral mereka telah jatuh. Hal ini ditambah dengan suasana di tempat kerja di mana mereka terpaksa bekerja dalam keadaan tiada kelengkapan mencukupi bagi merawat pesakit, rasa keselamatan mereka terancam dan rasa tidak berdaya.

Jika kuasa viral tidak digunakan, adalah pihak atasan akan sedar how shitty the situasion is? Kerana kita dibesarkan dengan budaya bahawa meminta pertolongan itu menonjolkan kelemahan. Selagi boleh sapu sampah bawah karpet, kita kena sembunyikan kelemahan biarpun kita memang sudah tidak mampu menguruskan perkara tersebut.

Pihak pimpinan tidak boleh nafikan isu kebajikan frontliner dalam keadaan begini. Pengalaman ini menakutkan buat mereka dan mendatangkan trauma. Majoriti pengamal perubatan telah dilatih untuk mementingkan nyawa pesakit.

Bahawa mereka mesti cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan pesakit walau bagaimana teruknya situasi di hadapan mereka. Kematian begitu ramai pesakit ketika mereka bertugas bukan satu perkara normal dan kematian ini ada yang boleh dicegah. Perkara ini membuatkan frontliner diselubungi perasaan bersalah dan trauma yang memakan diri.

Ketiadaan peralatan sesuai dan tempat merawat pesakit adalah faktor yang nyata. Demi menutup kekurangan institusi, mereka boleh sahaja membuka wad-wad baru termasuklah di kawasan parkir kereta. Persoalannya, bagaimana pula dengan pengagihan staf, peralatan perubatan dan kemudahan untuk pesakit? Salah satu solusi mudah adalah dengan mengutip derma kilat bagi mengatasi kekurangan ini. Tapi, ia ditegah oleh undang-undang sedia ada dan dihalang oleh pihak pentadbiran.

Kesemua masalah ini merupakan kitaran maut yang sentiasa berulang tetapi gagal difahami oleh pihak pimpinan.

Menghukum petugas kesihatan di atas kesalahan mengedarkan gambar bukan jalan penyelesaian terhadap punca masalah. Memberi ugutan kepada staf yang sememangnya sudah sedia berada dalam situasi breaking point hanya akan mengeruhkan keadaan.

A great leader stands for the welfare of their team member. A leader is tested during the time of crisis.

Orang atasan KKM dan hospital, please be awake and do your function. Be a leader that your people need you to be!

Instead of punishing, give more encouragement and support to them. Bersolidariti bersama-sama mereka. Selesaikan punca isu dan bukan fokus pada perkara yang boleh melemahkan lagi semangat anak-anak buah.

Komen