Buku

Rampasan Buku Pihak KDN
BARU-BARU ini, terjadi satu insiden rampasan buku yang dibuat oleh pihak penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah kedai buku di Ibu Kota sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya peminat-peminat buku.

Kejadian yang berlaku di Toko Buku Rakyat, Kuala Lumpur tersebut ditularkan di media sosial oleh pemilik kedai buku tersebut, Benz Ali yang mendakwa pihak penguatkuasa KDN tersebut merampas atau dalam bahasa sopannya “meminjam” beberapa buah buku tanpa membeli buku terbabit yang dilihat memberi ancaman keselamatan kepada negara walhal buku-buku yang dirampas bukan berada di dalam senarai buku-buku yang dilarang untuk dijual.

Antara buku-buku yang dirampas oleh pihak penguasa KDN adalah Marx: Sang Pendidik Revolusioner tulisan Robin Small dan Koleksi Puisi Masturbasi hasil tulisan saudara Benz sendiri. Jadi adakah kerajaan rampas buku-buku terbabit semata-mata oleh kerana adanya perkataan “Marx” di situ? Seolah-olah namanya itu menjadi “taboo” bagi masyarakat di sini.

Mungkin kerana Marx merupakan seorang tokoh yang mengasaskan fahaman komunisme yang merupakan satu lagi perkara yang menakutkan bagi masyarakat di Malaysia kerana sejarah lampau negara ini yang terlibat pada zaman darurat, oleh sebab itulah pihak penguasa merampas buku terbabit.

Namun yang pasti, perkara ini dilihat sedikit sebanyak mendatangkan kekecewaan kepada ramai orang terutamanya kepada pencinta-pencinta buku bahawa insiden rampasan buku ini masih lagi berlaku di Malaysia dan itu seharusnya tidak berlaku lagi pada tahun 2023 ini.

Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan dan setiap masyarakat diberi kebebasan untuk bersuara, dan itu termasuk dalam kebebasan untuk berkarya. Ini bermakna setiap daripada rakyat diberikan hak untuk bebas berucap, memberi pendapat bahkan diberikan kebebasan untuk bersuara di pelbagai medium seperti medium buku atau karya sebagai tempat untuk mereka meluahkan pendapat mereka.

Cuma yang kesalnya adalah ada sesetengah pihak terutama sekali pihak berkuasa menggunakan agensi kerajaan seperti pihak penguatkuasa KDN untuk datang ke kedai buku, melihat buku yang mana pada pandangan mereka berpotensi untuk memberi unsur subversif kepada negara, dan kemudian merampas buku-buku terbabit meskipun buku-buku tersebut tidak tersenarai pun dalam senarai buku-buku yang dilarang untuk dijual.

Tambah malu lagi ialah insiden rampasan buku ini dilakukan pada zaman PMX iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh reformasi yang mana kita ketahui sendiri merupakan seorang yang suka membaca buku dan selalu memetik nama tokoh-tokoh besar di dalam ucapannya.

Jadi persoalannya sekarang adakah kita mahu kembali kepada zaman tahun 80-an yang mana kerajaan ketika itu bertindak agak represif, bertindak menutup beberapa syarikat akhbar dan penerbitan atas alasan tidak menyokong kerajaan dan sebagainya. Jadi adakah kerajaan sekarang melihat buku-buku ini sebagai suatu unsur untuk menentang kepimpinan negara?

Sepatutnya insiden-insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi pada era digitalisasi ini. Bahan ilmiah seperti buku-buku, karya-karya merupakan khazanah ilmu pengetahuan yang cukup bernilai yang seharusnya dibaca, ditelaah dan dihayati oleh setiap rakyat di negara ini.

Namun agak malangnya apabila masyarakat mendambakan ilmu pengetahuan tetapi bahan-bahan yang ingin dibaca tidak dapat diakses kerana bahan tersebut dirampas oleh pihak penguasa atas alasan “memberi ancaman keselamatan kepada negara”, atau “tidak menepati akta penerbitan 1984”.

Pada Jun lepas, kerajaan melalui Menteri Komunikasinya, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan setakat sekarang ini tidak berhasrat untuk memansuhkan Akta Penerbitan 1984 lagi. Ini dilihat bertentangan dengan apa yang mereka janjikan semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu di mana mereka berjanji akan memansuhkan “Akta-akta zalim yang boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara”.

Namun kerajaan sekarang ini dilihat menggunakan akta ini untuk menggeledah atau istilah bahasa Indonesianya dipanggil “membredel “karya-karya yang dilihat agak kritis dan kritikal dan kita dapat lihat dengan insiden yang terjadi ini terbukti benar. Jadi tidak ada beza pun antara kerajaan “Madani” dengan kerajaan BN sebelum ini.

Penulis ingin cadangkan memandangkan penulis telah menyentuh soal akta ini, apa kata Akta Penerbitan 1984 ini disemak semula ataupun dalam erti kata lain digubal semula supaya akta penerbitan ini dilihat lebih efisien dan bersesuaian pada zaman sekarang ini, jika dibandingkan dengan sebelum ini dimana akta tersebut hanya terpakai pada era tahun 80-an tersebut dan tidak bersesuaian lagi pada tahun 2023 ini.

Kesimpulannya, penulis berharap agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Jadi tidak ada guna pun kalau pihak penguasa merampas buku-buku kritis sebegini kerana masyarakat kita sekarang ini sudah mula kembali cintakan ilmu pengetahuan dan berminat untuk membaca kembali karya-karya yang kritis dan kritikal yang menyentuh mengenai persoalan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan menjadi warganegara Malaysia yang berfikiran kritis dan bernilai moral.

(Artikel ini adalah hasil tulisan saudara Naufal Durokhman dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Rampasan Buku Pihak KDN appeared first on SOLIDARITAS.

Penghinaan Terhadap Pramoedya Ananta Toer
LAMA sudah saya sudah tidak mendengar soksek-soksek terbaru mengenai penerbitan oren ini. Kejap, mungkin ada, tapi soksek-soksek yang lama, tak menyeronokkan, tidak mengghairahkan dan tidak menghairankan.

Kali terakhir soksek-soksek yang paling epik mengenai kedai oren itu rasanya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022. Nanti di bawah saya lanjutkan lagi.

Seminggu dua ini, saya sangat sibuk dengan kerja. Berulang alik dari rumah-pejabat-parlimen. Sibuk sampai kadang-kadang tertidur selepas waktu maghrib dan terjaga apabila mendekati lewat malam.

Balik dari parlimen pada Selasa lalu, selepas maghrib, pun saya tertidur lagi. Apabila terjaga, jam lebih kurang 10 malam. Bila tatal telefon, ada 38 pesanan WhatsApp masuk. Apa jadah semua ini?

Rupanya ada soksek-soksek baru—kali ini sama hampir sama levelnya dengan kesnya di PBAKL 2022. Sumber saya menyatakan bahawa penerbit oren itu buat perangai lagi.

Rasanya dalam bulan Februari—atau setidaknya hujung Januari—saya perasan penerbitan oren itu mengumumkan buku terjemahan baru. Novel Bumi Manusia, tulisan Pramoedya Ananta Toer.

Bodohlah saya kalau saya nak perkenalkan lagi novel ini. Bodohlah saya kalau saya nak cerita siapakah Pram. Novelnya dan susuknya tidak perlu bersusah payah untuk dibuat copywriting bagi jualan, cukup sekadar dengan tepek namanya sahaja di depan buku. Gitulah kehebatannya.

Kata pemilik penerbit oren itu, karya ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Inilah tindakan yang saya kata tadi, “tidak menghairankan” kerana memang menjadi kebiasaannya membuat keputusan yang tidak cerdik.

Bahasa Indonesia sangat mendekati bahasa Melayu kerana kita berada dalam rumpun yang sama. Dalam perbincangan panjang bersama teman-teman sealiran (dan yang tidak sealiran), apabila sampai kepada penterjemahan bahasa Indonesia-Melayu, ia akan jadi lebih kritikal berbanding nak terjemahkan bahasa Inggeris-Melayu. Perbincangan kami panjang. Memang tidak jumpa jawapan tuntas. Tapi akhirnya saya dan beberapa orang teman memilih satu keputusan—karya Indonesia tidak perlu diterjemah.

Kita boleh berbeza pendapat kalau mahu buka ruang perbincangan ini. Tetapi dalam fokus kali ini, ia terjurus kepada novel Pram yang satu ini. Novel ini tidak boleh, tidak sesuai, bahkan tidak layak diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Nuansa yang digunakan Pram sangat cantik. Hampir semua perkataan yang digunakannya sesuai dengan latar cerita itu. Apabila ia ditukar—konon-konon mahu pembaca di Malaysia faham—wajib terjemahan bahasa Melayu ini akan rosak.

Nah, novel baru beberapa hari terbit, sudah dapat kesan masalahnya. Saya boleh nyatakan berkajang-kajang masalah yang ada pada novel itu.

Siapa penterjemah novel ini? Adakah dia membaca Bumi Manusia dan ‘sparring’ bersama pemegang taruh untuk menterjemah novel ini? Bagaimana latar pendidikannya dan bahan bacaannya untuk memahami gaya bahasa Pram?

Buka halaman pertama, ayat pertama sahaja sudah bermasalah. Macam mana tajuk bab satu boleh jadi “Orang Memanggilku Sebagai Minke”? Bab dalam Bumi Manusia menggunakan nombor, bukan tajuk. Adakah penterjemah baca keseluruhan novel ini? Macam mana boleh culas dan mengubah sampai ke tahap ini?

Saya rasa kita tidak perlu lanjutkan lagi kesalahannya pada halaman seterusnya. Nampaknya memang penerbit oren ini tiada adab dengan karya besar sebegini.

Oh, ya! Sebelum saya terlupa, penerbit ini juga pernah hilang adab dengan Ibnu Khaldun. Inilah yang saya nak ceritakan tadi. Tragedi epik ini berlaku di PBAKL 2022. Satu pagi yang hening—ketika saya sedang menyusup masuk ke reruai rakan untuk jenguk-jenguk mana tahu rakan saya ini membawa donut atau kuih untuk menjamu pelanggan yang datang bertandang—rakan saya menegur, “Suka la Naim pagi ni, ya.”

Saya pelik. Padahal saya tak suka pagi itu sebab saya lapar. Selepas terpinga-pinga, barulah dia membuka mulut; ada isu buku Mukadimah di reruai yang penuh belon itu.

Persis seorang penyelidik profesional, saya sempat mendapatkan satu naskhah buku yang kontroversi disebabkan salah cetak itu. Buku itu hanya satu fungsinya di dunia ini—sebagai buku latihan bacaan pruf.

Dipendekkan cerita, itulah tragedi saya anggap paling ultimate kebodohannya dalam pengurusan industri ini.

Buku Ibnu Khaldun tidak layak dicetak sebegitu. Walaupun apa sekali pun alasannya, buku itu tidak layak dicetak sebegitu. Setiap buku ada adab untuk kita kendalikannya. Ibnu Khaldun dengan Mukadimahnya dipandang tinggi di seluruh dunia. Kitab itu menjadi rujukan sarjana-sarjana timur dan barat. Sepatutnya material buku itu dibelai dengan nilai yang tinggi, dikendalikan dengan ketinggian dan adab. Reka letak, rupa taip, jenis kertas, saiz; itu semua menandakan sesebuah buku telah diuji oleh hal-hal tertentu.

Ini juga yang berlaku kepada Bumi Manusia. Apabila keluar sahaja pemilihan sampul hadapan novel itu, saya pelik kenapa ketiga-tiga pilihan itu menggambarkan masyarakat di sawah padi. Apa kaitan dengan sawah padi? Adakah Annelies itu pesawah? Nyai Ontosoroh pesawah? Atau watak utamanya Minke itu pesawah?

Sampulnya, bagi saya cantik dan reka letak hadapannya kemas. Tapi ia tidak padan dengan cerita yang terkandung di dalamnya. Saya ingat-ingat lupa, penerbit itu pernah beritahu lukisan itu mahu menandakan perbezaan kelas kaya dan miskin. Pesawah seperti kelas rendah, begitulah kiranya ayatnya dalam satu kenyataan.

Pun, saya pelik. Tanpa ragu-ragu, tanpa membuang masa, saya terus isytiharkan, “Kau bodoh.” Simple esfak.

Ternyata pemilik kedai oren itu tidak membaca buku itu. Bahkan dia tidak menonton filem Bumi Manusia (yang saya anggap filem ini gagal mempamerkan cerita sebenar) sekurang-kurangnya ketika itu.

Annelies, Minke, bahkan Nyai Ontosoroh itu semuanya mentereng dalam lautan emas. Mana ada kemiskinan digambarkan dalam itu. Dan lagi, mana datang sawah padi tu?

Saya tepuk dahi bila lihat tajuk bab pertama sahaja sudah salah. Tapi, kita tutup matalah dengan tajuk bab tadi, mungkin penterjemah atau penyunting nak buat avant-garde, kita layankan.

Saya gagahkan membaca lagi, hingga terjumpa nota kaki, juga di halaman pertama. Dalam novel asal—bukan terbitan oren, bahkan saya yakin dalam lebih 30 bahasa terjemahan Bumi Manusia—tidak ada nota kaki semengarut itu!

Jelas tertulis, “Sejenis ikan paus spesis terancam dari kumpulan ikan paus Baleen. Habitatnya adalah kawasan hemisfera sebelah selatan.”

Ya Rabbi! Mengucap panjang saya membacanya. Dah la masa tu baru sahaja bangun tidur, dengan 38 pesanan WhatsApp tadi, terbeliak mata saya membaca semua chat yang diterima bercerita hal yang sama. Sikit saja lagi saya nak hubungi pemilik penerbit oren ini untuk sama-sama mengajaknya mengucap bersama saya.

Penerbit, penterjemah, penyunting, dan segala pe lagi, sebenarnya baca habis atau tidak novel ini? Bagaimana kalian semua mahu menjawab di mahsyar kelak? Kalau Pak Pram tanya, “Bro, datang mana pula ikan paus ni?”

Saya buat telahan awal, walaupun dinyatakan penterjemahnya seorang sahaja, tapi dia tidak memahami apa yang diterjemahkannya. Dia tidak membaca buku itu dari kulit ke kulit sebelum proses menterjemah. Saya dapat tebak caranya; dia buka dokumen Bumi Manusia dalam laptopnya dan tanpa membaca, terus dia sunting.

Kenapa saya buat telahan macam tu? Sebabnya “Minke” ada diterangkan di tengah-tengah novel. Paling tidak, dalam filemnya sudah digambarkan. Takkan tak faham bahasa Indonesia? Subtitle di Netflix tu pun boleh pilih bahasa Inggeris.

Tak sanggup nak selak lagi halaman lain, takut-takut terjumpa kesalahan yang lagi berat.

Inilah yang saya maksudkan dengan penghinaan terhadap karya. Sumber saya kata, kesalahan itu telah ‘ditutup’ oleh pelekat. Katanya petang Rabu mereka bergotong-royong bermain sticker untuk ditepekkan pada kesalahan fatal itu. Bukan tak pernah mereka ini guna pelekat—dulu pun pernah dibuat pada buku seorang penulis perempuan yang namanya salah eja. Kali ini pula, dibuat pada nota kaki.

Kalau betul-betul kenal siapakah Pram, jasa, pengalaman, kisah dan karyanya, mustahil untuk mengendalikan novel ini secara semberono. Adab dengan Ibnu Khaldun pun ke laut. Tak pelik bro seorang ini tak ada adab dengan Pram.

Pemilik kedai buku oren itu dalam satu kenyataannya berkata pemain industri ini perlu menjaga sesama sendiri. Dia juga berharap agar industri terjemahan subur dan mampu berdaya saing dengan negara Indonesia.

Adakah perlu menjaga pemain industri yang biadab dengan karya-karya besar? Kes ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali ditegur, dipesan, hasilnya sama juga.

Penerbit macam inilah yang akan merosakkan industri. Tak terliur saya nak dengki kepadanya. Tak terliur saya nak cemburu kepada penerbit yang berkali-kali ditegur, tidak ada perubahan. Saya tak dengki kepada perbuatan yang hina.

Tutuplah penerbitan tu. Cukuplah dengan jual kopi sahaja, bersaing dengan kedai seberang jalan itu. Sambil-sambil seduh kopi, eloklah juga belajar bahasa Melayu.

Naim Al-Kalantani

Naim Al-Kalantani, graduan ijazah sarjana muda dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang penulisan kreatif di bawah Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem. Kini menyambung pengajian di peringkat sarjana seni di universiti yang sama.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Penghinaan Terhadap Pramoedya Ananta Toer appeared first on SOLIDARITAS.

175 Tahun The Communist Manifesto
175 tahun yang lalu pada 21 Februari 1848, The Communist Manifesto telah diterbitkan. Ia adalah hasil tulisan bersama Karl Marx dan Friedrich Engels, dua ahli falsafah Jerman. The Communist Manifesto adalah merupakan dokumen yang diterbitkan sebagai asas kepada Communist League dan kelahirannya menggemparkan dunia borjuis ketika itu. Buat pertama kalinya satu kritikan analitikal dibentangkan terhadap kapitalisme dan idea perjuangan kelas dicetuskan. Manifesto ini akhirnya menyeru kepada revolusi komunis di seluruh dunia.

Manifesto ini boleh dipecahkan kepada pendahuluan dan empat bahagian lain. Bahagian pendahuluannya mengungkap frasa “satu momokan sedang menghantui Eropah – momokan komunisme”, merujuk kepada bagaimana pihak penguasa dan parti politik lain sewenangnya melabel pihak lawan mereka sebagai komunis. Komunisme menjadi momokan tetapi Marx dan Engels mendesak melalui manifesto mereka agar komunisme diakui sebagai satu kuasa politik yang baharu.

Tawaran Manifesto

Empat bahagian lain dalam manifesto ini menggariskan dengan jelas hala tuju komunisme. Bahagian pertama iaitu ‘Borjuis dan Proletariat’ membicarakan tentang bagaimana perjuangan yang pernah berlaku dalam sejarah adalah perjuangan kelas, antara majoriti yang dieksploitasi oleh minoriti yang menindas. Bahagian kedua pula menyentuh ‘Proletariat dan Komunis’ dalam membicarakan hubungan komunis dan kelas pekerja. Ia juga turut menggariskan idea-idea tentang cukai pendapatan, penghapusan hak milik peribadi dan harta pusaka, pendidikan percuma, nasionalisasi pengangkutan awam dan utiliti lainnya serta meluaskan tanah milikan awam.

Bahagian ketiga manifesto itu pula mengulas tentang ‘Sastera Komunis dan Sosialis’ dan cuba membezakan antara sosialisme dan komunisme pada era tersebut, dengan sosialisme dilihat lebih bersifat reformis sedang komunisme mendorong ke arah revolusionis. Bahagian keempat dan terakhir membicarakan ‘Kedudukan Komunis berhubung kait dengan Parti Oposisi Lain’. Bahagian ini mengulas tentang perjuangan melawan borjuis yang sedang berlaku di beberapa negara Eropah dan meramal bahawa revolusi sedunia bakal meletus.

Reaksi Dunia

Justeru tidaklah menghairankan penerimaan pihak penguasa, golongan pemodal dan kelas pekerja pada ketika itu adalah satu kejutan budaya. Manifesto ini menyeru kepada penggulingan semua kondisi sosial melalui revolusi sedunia, seperti yang dicetak jelas dalam perenggan akhir manifesto itu.

Komunis di setiap negara dilabel sebagai penjenayah dan diberkas. Revolusi Jun 1848 di Perancis yang gagal menjadi titik tolak kepada terbubarnya Communist League. Beberapa siri revolusi lain pada tahun yang sama di Jerman, Itali, Hungary, Denmark, Poland dan lain-lain menjadi alasan untuk penguasa menangkap seramai mungkin komunis.

Momokan komunisme dan penangkapan berskala besar para aktivis komunis mengakibatkan dua puluh tahun selepas ia diterbitkan, The Communist Manifesto hampir sahaj terkubur. Tiada lagi cetakan manifesto yang tersebar dan buat seketika dunia menanggapi bahawa komunisme sudah menemui ajalnya.

Ia berubah pada tahun 1917 apabila Revolusi Oktober melanda Rusia dan Bolshevik di bawah pimpinan Vladimir Ilyich Lenin berjaya menubuhkan negara komunis pertama dengan nama Kesatuan Soviet. The Communist Manifesto kembali dicetak dan disebarkan ke serata dunia dalam usaha Kesatuan Soviet meluaskan perjuangan komunisme mereka di peringkat global.

Sejauh manakah Kesatuan Soviet boleh dinobatkan sebagai negara komunis tulen dan selari dengan landasan dalam The Communist Manifesto adalah satu perbincangan yang mungkin boleh kita ulas dalam penulisan yang lain.

Idea Yang Mendahului Zaman

Lontaran idea dalam The Communist Manifesto mungkin boleh dilihat agak terkehadapan apabila ia kali pertama diterbitkan 175 tahun yang lalu. Tetapi para era moden kini, kita mungkin dapat melihat bagaimana pemikiran Marx dan Engels sebenarnya telah menjangka semua yang akan berlaku dalam dunia dikongkong kapitalisme.

The Communist Manifesto ditulis dan diterbitkan pada tahun 1848 ketika kapitalisme masih lagi di peringkat awal kelahirannya. Revolusi Industri baru sahaja mencapai kemuncaknya sejak bermula pada tahun 1760 dan ekonomi dunia sedang menyaksikan permulaan perdagangan dan perindustrian yang berpaksikan modal. Hanya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara Eropah barat yang telah mencapai status negara perindustrian dimana kaum pemodal menguasai pasaran dan monopoli tenaga buruh berlaku secara meluas.

Tetapi ketika kapitalisme masih baru setahun jagung inilah Marx dan Engels telah menjangka sebuah dunia dengan ekonomi yang dimonopoli oleh kumpulan kecil minoriti dan kerajaan yang tunduk pada desakan kaum pemodal. Jangkaan Marx dan Engels terbukti benar kerana kita melihat sendiri dunia hari ini yang dikuasai oleh syarikat multinasional dan kerajaan yang lebih mengutamakan syarikat berbanding rakyatnya sendiri.

Seruan dalam The Communist Manifesto agar kelas pekerja merampas kembali hak mereka masih relevan sehingga kini. Di serata dunia dalam setiap masa, kita masih lagi melihat pertentangan antara pekerja dan majikan, eksploitasi buruh serta usaha dan perjuangan untuk hak-hak pekerja yang lebih adil dan saksama.

The Communist Manifesto ketika kali pertama diterbitkan 175 tahun yang lalu mencadangkan beberapa dasar yang memihak kepada golongan proletariat. Cukai pendapatan yang progresif, nasionalisasi pengangkutan awam, utiliti dan komunikasi, pemansuhan hartanah peribadi, pemansuhan harta pusaka, pendidikan percuma dan penghapusan buruh kanak-kanak serta pemilikan awam tanah atau kilang adalah antara tuntutan dasar yang terkandung dalam The Communist Manifesto. Ia sesuatu yang pelik dan luar biasa pada tahun 1848, tetapi hari ini 175 tahun kemudian kita melihat bagaimana kesemua tuntutan dasar ini diguna pakai di sesetengah negara atau menjadi antara agenda perjuangan utama rakyat di negara yang belum melaksanakannya.

Membaca atau menulis tentang The Communist Manifesto mungkin sesuatu yang agak sensitif kerana kita mudah sahaja dilabel sebagai komunis. Tetapi hakikatnya kita tidak perlu menjadi seorang komunis untuk mengakui bahawa lontaran idea dalam manifesto itu adalah satu catatan mendahului zaman yang masih kekal relevan hingga kini.

Maka tidak menghairankan bagaimana The Communist Manifesto menjadi salah satu dokumen yang tersenarai dalam Warisan Ingatan Dunia oleh UNESCO. Bahkan manifesto itu diiktiraf ramai sebagai antara dokumen terpenting abad ke-19 dan masih berperanan besar hingga kini walaupun pada satu masa dunia komunisme hampir lenyap dengan tumbangnya Kesatuan Soviet dan blok komunis yang lain.

Terima kasih Marx dan Engels atas manifesto yang kekal relevan dan terus menjadi panduan perjuangan kelas pekerja hingga ke hari ini.

Pekerja sedunia, bersatulah!

Muhammad Najib

Demokrat sosial. Pengerusi DAP Taman Kemuncak dan Pengerusi Pertubuhan Solidaritas. Sudah berkahwin.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post 175 Tahun The Communist Manifesto appeared first on SOLIDARITAS.

Selain Bangsa, Mengapa Penguasa Takut Wanita Menjadi Terlalu Bijaksana?
BARU-baru ini saya baca tanpa sengaja akan sebuah novel biografi dari Indonesia berjudul, Perempuan Yang Mendahului Zaman. Pada awalnya, saya membeli buku ini untuk mencukupkan kuota untuk mendapatkan promosi sahaja. Namun, buku inilah yang pertama saya baca dan tidak sangka, setiap patah kata memberikan rasa keterujaan yang luar biasa.

Perempuan Yang Mendahului Zaman menceritakan perjalanan hidup seorang tokoh pendidikan dari tanah Minangkabau, Syekhah Rahmah El-Yunusiyyah. Nama betulnya hanyalah Rahmah dan gelaran Syekhah diberikan oleh Universiti Al-Azhar kepada wanita ini kerana perjuangannya dalam menuntut pendidikan buat kaum hawa.

Sepanjang bacaan ini, saya dibawa menyelusuri kehidupan tokoh ini bermula dari tahun 1900 ketika zaman pemerintahan Belanda. Kemudian, saya juga digambarkan perjuangan tokoh ini menentang penjajahan Jepun dan beberapa penjajah yang lain. Sejujurnya juga, keterujaan dan kekagumaan saya semakin bertambah seiring penambahan muka surat buku ini. Apa yang terlalu diterujakan? Cerita apa yang terlalu dikagumkan?

Wanita Penentang Arus Demi Pendidikan

Umum mengetahui tanah adat Minangkabau menyantuni wanita sebagai ‘orang rumah’. Semenjak kecil, mereka telah diajar untuk menguruskan rumah tangga. Malah, ada dalam kalangan mereka yang telah ditentukan jodoh mereka semenjak awal usia. Perkara ini membuatkan kaum wanita tanah adat itu tidak berpeluang untuk menuntut ilmu.

Atas dasar ini lah, Rahmah bangkit dan melawan arus. Rahmah telah bertekad untuk menubuhkan sebuah sekolah bukan sahaja buat wanita tetapi khas wanita sahaja. Ketika berusia 23 tahun, Rahmah telah meminta izin daripada abangnya yang merupakan pengurus sebuah sekolah untuk mendirikan sekolah semua wanita.

Pada awalnya, si abang kurang pasti dengan usaha adiknya. Namun, setelah diyakinkan dan melihat api-api semangat si adik dalam memperjuangkan pendidikan, si abang bersetuju. Berdasarkan catatan novel ini, pada 1 November 1923, Rahmah mendirikan sebuah sekolah yang dinamakan Diniyyah Puteri Padang Panjang.

Perjalanan membentuk sekolah ini bukanlah satu cerita yang indah. Setiap masa, pasti sahaja ada perkara yang terjadi. Lebih memeritkan, perkara-perkara itu terhasil daripada tentangan orang dalam sendiri.

Namun, asa Rahmah tidak menemui penghujungnya. Semakin dilanda ujian, semakin kuat beliau bangkit. Semakin teruk dikeji, semakin galak dia melawan kembali. Rahmah membuktikan menjadi wanita itu harus dua kali ganda kuat berbanding lelaki jika mahu menuntut hak yang sama diperoleh kaum lelaki.

Mengapa Penguasa Takut Wanita Menjadi Bijaksana?

Selain lelaki, penguasa juga takut sekiranya menjadi bijaksana. Sepanjang membaca kisah hebat ini, berkali-kali saya bertanya, mengapa penguasa takut untuk memberikan wanita pendidikan selayaknya.

Melihat kepada keadaan semasa, wanita sering dimomokkan bahawa setinggi mana pun pendidikan yang mereka ada, akhirnya, mereka akan berada di dapur jua. Lebih mengharukan apabila konsep ini diamalkan oleh negara-negara yang penguasanya adalah Islam. Walhal, ayat pertama Al-Quran yang menjadi pegangan orang Islam adalah berkenaan membaca.

Dalam biografi ini, sekolah Rahmah pernah ditentang oleh penguasa dan penjajah ketika itu. Sekolah ini sering menjadi perhatian dan dihantar ‘spy’ oleh mereka yang tidak suka akan wanita menerima pendidikan. Pernah juga beberapa tenaga pengajar sekolah ini ditangkap atas alasan menyebarkan dakyah yang boleh mencetuskan perbalahan. Walhal, mereka takut seandainya kaum ini menjadi pandai dan akhirnya boleh memerintah tanah mereka sendiri.

Tidak sangka, isu ini rupanya telah wujud sekian lama. Namun, biarpun hampir seabad, masih lagi tidak diselesaikan. Pemikiran dan doktrin bahawa wanita tidak layak memimpin dan menjadi ketua masih mendominasi mereka yang mahu kekal sebagai ketua dan penguasa.

Pendidikan Boleh Mendiamkan Penguasa Yang Pengecut

Ingin melakukan perubahan, kita harus berani. Sekuat mana pun tenaga, tidak mampu dikalahkan dengan ilmu dan bijaksana. Rahmah, figura yang membuktikan melalui pendidikan, mulut penguasa pengecut dapat didiamkan.

Rahmah melihat hanya pendidikan sahaja dapat mengubah bangsa dan kaumnya. Disebabkan oleh itu, beliau berjuang habis-habisan demi sekolahnya. Ketika sekolah yang dibina menggunakan wangnya sendiri tidak mencukupi dana, beliau keluar dari tanah Minangkabau dan menuju ke tanah Semenanjung. Di sana, beliau bergerak menjadi pengajar Al-Quran di istana-istana dan rumah orang besar. Hasil upah, beliau salurkan kepada sekolahnya agar terus tumbuh dan bertahan.

Rahmah melihat hanya dengan kepandaian dan ilmu, seseorang itu boleh mencambah menjadi insan dan manusia. Ilmu juga lah yang menjadikan Rahmah seorang ulamak wanita yang disegani di seantero dunia. Ilmu jugalah yang menjadikan Rahmah seorang komandan pasukan yang berjuang melawan penjajah. Ilmu jugalah yang menjadikan Rahmah menjadi salah seorang ahli dewan dalam menentukan undang-undang buat wanita. Ilmu jugalah yang menjadikan Rahmah berani menentang soldadu tentera dan memerintahkan merek untuk memulangkan perawan-perawan Minangkabau.

Atas dasar ini jugalah, pada pandangan saya, Rahmah terus menerus berusaha untuk mencerdikkan kaumnya. Dalam novel ini, Rahmah pernah menyatakan bahawa negara hanya akan hebat apabila kaum perempuannya diberi peluang pendidikan.

Pada akhirnya, ilmu dan hak untuk menjadi pandai tidak seharusnya diberi kepada satu kaum sahaja. Setiap manusia wajib diberikan peluang untuk belajar dan mencari ilmu. Hanya melalui ilmu, sesuatu tamadun akan menjadi sebuah peradaban yang baik dan mulia. Tanpa ilmu, bangsa itu akan terus hanyut dalam rasa ketakutan dan akhirnya mati dalam kerugian.

Sebagai pengakhiran, perkara yang paling dan akan saya sentiasa kagum akan Syekhah Rahmah ini adalah gelaran Syekhah yang diterimanya. Gelaran tersebut bukan sekadar panggilan semata-mata. Namun, gelaran itu adalah sejarah perubahan yang telah Rahmah lakukan terhadap dunia pendidikan.

Usahanya dalam mendirikan sebuah madrasah untuk kaum wanita sahaja mendapat perhatian ulamak dan pentadbiran Al-Azhar. Selepas melawati sekolah Rahmah di Padang Panjang, Al-Azhar telah membuat keputusan untuk membuka kuliah khas wanita di universiti tertua di dunia itu. Semuanya kerana usaha Syekhah Rahmah El-Yunusiyyah.

Azwar Kamaruzaman

Azwar Kamaruzaman merupakan seorang penulis alternatif yang telah menerbitkan beberapa buah novel. Cerpen pertama tulisannya telah diterbitkan oleh Harakah pada usia 10 tahun. Kini, dia berkhidmat sebagai content producer di salah sebuah syarikat kapitalis.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Selain Bangsa,  Mengapa Penguasa Takut Wanita Menjadi Terlalu Bijaksana? appeared first on SOLIDARITAS.

Hati Malaya Yang Sebenar Ialah 10 Tahun Sebelum Merdeka
Selepas menonton filem bajet besar Shuhaimi Baba, aku mengulang kembali doku-filem Fahmi Reza, Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka. Sekadar mahu melihat perbezaan antara dua peristiwa sejarah yang mencorak negara kita hari ini.

Langit dan bumi. Mungkin itu perumpamaan yang paling tepat untuk membezakan antara kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan percubaan untuk merdeka 10 tahun lebih awal sebelum itu. Satu ialah perjuangan sayap kanan yang dipelopori golongan bangsawan dan berasaskan nasionalisme. Yang satu lagi ialah perjuangan sayap kiri yang dipelopori golongan pekerja buruh atau tani dan berasaskan sosialisme.

Seperti yang termaktub dalam buku teks sejarah yang kita semua pelajari, kemerdekaan dicapai oleh golongan bangsawan dalam sayap kanan. Kemerdekaan Malaya hasil dari perbincangan dan rundingan antara UMNO-MCA dan pihak penjajah British.

Kita digembar-gemburkan tentang hebatnya kemerdekaan kita yang dicapai tanpa pertumpahan darah.

Bohong. Dua belas tahun Darurat atau nama Inggerisnya Emergency adalah testimoni tentang pertumpahan darah benar-benar berlaku dalam usaha mencapai kemerdekaan. Dua belas tahun peperangan yang dinamakan Emergency oleh pihak kolonialis British kerana desakan pemilik-pemilik estet getah dan lombong bijih timah hanya kerana insuran mereka tidak melindungi kerosakan aset akibat peperangan atau tiadanya klausa perang.

Doku-filem dari Fahmi Reza menulusuri hari-hari yang membawa kepada berlakunya Hartal pada 20 Oktober 1947 hasil usaha Pakatan PUTERA-AMCJA yang terbentuk dari gabungan pertubuhan pelbagai kaum di Malaya ketika itu dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British.

Idea melaksanakan hartal tercetus hasil dari penggunaanya di India dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang dikepalai oleh Mahatma Ghandi. Hartal adalah satu protes besar-besaran tanpa keganasan. Tiada perhimpunan atau tunjuk perasaan, yang dilakukan hanyalah penutupan kedai, kilang, pejabat, ladang, sekolah dan apa saja premis serta pemberhentian sebarang aktiviti-aktiviti harian, terutama sekali yang bersangkut-paut dengan ekonomi.

Matlamat hartal secara keseluruhan ialah mencetuskan civil disobedience. Simbol protes dan mesej tentang rasa tidak puas hati rakyat. Dan hartal pada 20 Oktober 1947 berlangsung dengan jayanya seperti apa yang kita boleh lihat dalam doku-filem dari Fahmi Reza.

Yang membuatkan penjajah British pada masa itu naik angin. Masakan tidak, mereka kerugian 4 juta Pound Sterling, bukannya satu nilai yang kecil pada tahun 1947, hanya kerana hartal untuk satu hari. Ladang-ladang getah dan lombong bijih timah tidak beroperasi, dua sumber pendapatan utama Empayar British yang pada masa itu berada di ambang bankrapsi akibat Perang Dunia Ke-2.

Pakatan PUTERA-AMCJA bukan sahaja menganjurkan hartal sebagai protes, tetapi turut mengusulkan idea pembentukan sebuah negara Malaya yang merdeka, memperkenalkan Perlembagaan Rakyat yang menerima semua bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa Melayu dan pemberian hak yang sama rata untuk semua.

Dan di atas kertas idea Perlembagaan Rakyat tajaan PUTERA-AMCJA jauh lebih baik dan adil berbanding dengan Perlembagaan Persekutuan yang dirangka isinya oleh penjajah British dan UMNO.

Tetapi Pakatan PUTERA-AMCJA tidak dilayan dan diiktiraf oleh penjajah British. Semuanya kerana pakatan ini terbentuk dari pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri yang memperjuangkan idea-idea sosialisme dan komunisme. Dan sebagai balasan protes hartal yang aman dan tidak ganas itu, penahanan besar-besaran dilaksanakan oleh penjajah British untuk menangkap para pemimpin berhaluan kiri.

Kempen membasmi dan membunuh pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri secara besar-besaran bermula dari tarikh 20 Oktober 1947. Apa sahaja yang berhaluan kiri, bercirikan sosialisme dan komunisme adalah salah di sisi undang-undang. Mereka yang berhaluan kiri ditangkap dan dipenjarakan, segolongan yang lain pula berjaya meloloskan diri, memilih untuk mengangkat senjata dan memulakan perjuangan gerila.

Dan semua ini memuncak pada Jun 1948 apabila Darurat atau Emergency diisytiharkan, mencetus pada perang saudara yang berlanjutan selama 12 tahun lamanya. Penjajah British membawa masuk puluhan ribu askar-askar Komanwel dalam kempen membasmi anasir-anasir komunis yang menjangkiti Malaya. Penahanan tanpa bicara, sekatan jalanraya, sabotaj, pembunuhan, kem tahanan dan perintah berkurung, semuanya menjadi lumrah selama 12 tahun.

Dalam tempoh Darurat atau Emergency inilah penjajah British menyedari hakikat bahawa mereka tidak boleh selamanya kekal di Malaya hanya untuk memastikan semenanjung emas ini tidak menjadi negara sosialis atau komunis. Langkah yang terbaik pada masa itu ialah memberi kemerdekaan pada Malaya dengan mewasiatkannya kepada pihak yang mereka senangi.

Siapa lagi jika bukan kem nasionalis yang dipelopori golongan bangsawan berlatar belakangkan pendidikan British? Siapa lagi jika bukan mereka yang pro pada institusi raja-raja Melayu? Siapa lagi jika bukan mereka yang akan memastikan kesinambungan British akan kekal di Malaya dengan sistem ekonomi kapitalis dan pemerintahan demokrasi Barat?

Parti nasionalis Melayu bernama UMNO dan persatuan kapitalis Cina bernama MCA adalah pewaris Malaya yang paling layak pada kaca mata British.

Dan inilah hasilnya seperti apa yang kita lihat hari ini. Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka tetapi masih berpecah-belah, yang masih lagi belum dapat menghasilkan bangsa Malaysia sejati, yang kerakyatannya masih terdiri dari dua kelas, Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Tetapi kita sudah wujud selama 50 tahun (kini 65 tahun) sebagai sebuah negara.

Doku-filem Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka dari Fahmi Reza pastinya tidak se gah filem bajet besar Shuhaimi Baba. Dengar khabar wang peruntukan yang diberikan pun hanya RM5000 sahaja. Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka juga tiada nama-nama besar sebagai pelakon. Malahan tokoh-tokoh lama yang ditemubual juga pada hari ini hanyalah warga veteran biasa tanpa sebarang pangkat seperti Datuk atau Tan Sri.

Walaupun 60 tahun dulu, mereka bukannya calang-calang manusia. Nama-nama mereka ialah senarai hitam Empayar British yang gah itu.

Menonton Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka membuka mata kita tentang satu episod sejarah negara yang dilupakan atas kehendak pihak-pihak tertentu. Ia juga adalah penghargaan ke atas perjuangan mereka yang bangun mencipta sejarah tetapi sayangnya tidak diiktiraf dalam catatan sejarah. Ia adalah kisah Hati Malaya yang jauh lebih dekat dengan kita semua tetapi diabaikan.

Kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka ialah hadiah terbaik untuk kita semua sempena 50 tahun kemerdekaan.

(Artikel ini asalnya diterbitkan di dalam buku Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua. Ia diterbitkan kembali sempena Hari Kemerdekaan ke-65. Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka boleh ditonton di pautan Youtube ini)

Lucius Maximus

Lucius Maximus adalah seorang penulis dengan tiga buku setakat ini, Cerita Piala Dunia 2010, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia dan Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua. Beliau aktif berkicau di Twitter dalam isu-isu yang mendesak.

www.facebook.com/luciusmaximus

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg><svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Hati Malaya Yang Sebenar Ialah 10 Tahun Sebelum Merdeka appeared first on SOLIDARITAS.