Zahiruddin Zabidi, Author at SOLIDARITAS

Masih Relevankah Monarki Feudal Di…
Bagusnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab r.h. adalah apabila beliau bergabung dengan Ibnu Saud yang kemudian menyatukan seluruh kabilah Arab di Jazirah Arab dan melakukan pembersihan terhadap unsur-unsur khurafat yang banyak berlaku pada zaman tersebut seperti pemujaan di kubur-kuburan syeikh tariqat sufi seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan lain-lain.

Tanpa menafikan di sana tiada masalah bagi aliran tasawuf atau sufi yang bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah serta para sahabat, tabien dan tabi tabien seperti Junaid al-Baghdadi, Ibrahim bin Adham, Sufyan al-Tsauri dan lain-lain diamalkan namun pada waktu tersebut kepincangan dalam amalan sufi, tariqat tasawuf sangat ketara dan banyak terkeluar daripada pedoman al-Quran dan Sunnah itu sendiri maka ia tertolak. Di sini Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab serta Ibnu Saud selaku kafilah Arab terbesar dan paling berpengaruh bergabung dan melakukan dakwah dan penentangan terhadap golongan tersebut khususnya di Jazirah Arab selepas mereka berkuasa.

Namun dari sudut sejarah dan politik, penggabungan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibnu Saud yang kemudian melancarkan pemberontakan terhadap pemerintahan khilafah Uthmaniyah di Turki (yang sangat mesra sufi, tariqat dan tasawuf) juga perlu dibincangkan secara telus. Gabungan ini dikatakan berjaya meniupkan semangat Asabiyah Arab sehingga berlaku Revolusi Arab yang memberontak kepada khilafah Uthamiyah yang sudah sedia lemah dan di ambang kejatuhan (selepas tahun 1900). Antara penentangan yang dilakukan adalah dengan memusnahkan landasan kereta api yang dibina oleh khalifah yang menghubungkan negara-negara Islam dengan Haramain bagi memudahkan urusan pentadbiran dan juga urusan ibadah haji umat Islam khususnya.

Dikatakan juga pemberontakan yang berjaya menjadi revolusi ini mendapat bantuan dan sokongan Barat (British) yang kemudian berlakunya perjanjian yakni Ibnu Saud dilantik menjadi pemerintah (raja monarki feudal dan boleh dikatakan satu-satunya negara dalam dunia sempena nama pemerintahnya adalah Arab SAUDI) dengan imbalannya segala hasil mahsul minyak Arab Saudi perlu diserahkan dan diusahakan oleh pihak Amerika (benarkah tidak begitu sekarang ini di sana?). Dalam masa yang sama, Amerika juga dibenarkan membina dua buah pengkalan tentera di kawasan Laut Merah atas sebab-sebab tertentu.

Justeru, di sebalik jasa dan kejayaan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam dakwahnya memurnikan akidah kepada akidah salaf, ijtihad politik beliau telah memberikan implikasi yang lebih besar pada hari ini yang mana pemerintahan feudal monarki keturunan Ibnu Saud menggunakan kekayaan hasil mahsul tanah Makkah dengan sewenang-wenangnya (tanpa menafikan sumbangan mereka juga seperti universiti di sana semua percuma dan ditanggung) namun ia dilihat sudah tidak menepati apa yang dikehendaki oleh al-Quran dan Sunnah yang sebenarnya.

Monarki feudal di sana menjadi sangat kebal yang mana meskipun hudud dilaksanakan, namun ia hanya tegas dilaksanakan kepada rakyat marhaen biasa sahaja sedangkan penyelewengan, kemaksiatan dan kebobrokan yang dilakukan oleh keluarga diraja (boleh rujuk Youtube kelakuan anak-anak raja di kelab malam penari gelek dan menghabiskan berbilion riyal untuk tujuan itu – taip sahaja Prince of Saudi) akan dibiarkan begitu sahaja.

Para ulama juga seakan tiada kuasa dan peluang untuk menegur (Dr Aidh Abdullah al-Qarni segera dipenjara selama lima tahun selepas menegur secara umum dalam televisyen mengapa ‘kita’ hanya berdiam diri melihat saudara kita di Palestin tertindas sedangkan kita punya duit yang banyak), meskipun Arab Saudi paling banyak mengeluarkan ulama khususnya beraliran ahlul hadith namun dalam bab politik dan pemerintahan boleh kata tidak ada yang mengarang kitab mengenainya kecuali kitab mengenai kewajipan mentaati pemimpin sahaja (tidak seperti Ibnu Taimiyah r.h. – rujukan utama dalam aliran mereka di sana yang banyak mengarang kitab mengenai siasah dan pemerintahan seperti Siyasah Syar’iyyah fi Islahi Ra’yi wa al-Ra’iyyah dan banyak lagi).

Ini adalah ketidakadilan sosial dan bertentangan dengan firman Allah seperti ‘Inna Allaha yakmurukum bil ‘adl wal ihsan’, ‘idilu huwa akrabbu li at-taqwa’ dan banyak hadis mengenai kepimpinan yang adil demi kemasalahatan ummah. Sesungguhnya Haramain adalah milik umat Islam seluruh dunia dan perlu dipulangkan kepada mereka bukan hanya kepada kerabat Ibnu Saud. Kekayaan yang melampau menyebabkan mereka sangat selesa dan keterikatan mereka dengan Amerikalah antara yang menyebabkan umat Islam hari ini tidak boleh bersatu.

Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi menulis sebuah kitab yang berjudul Ummul Qura dan memberikan cadangan bahawa setiap kali musim haji adalah sebagai perhimpunan agung umat Islam seluruh dunia dan para pemimpin dunia Islam membincangkan mengenai kemaslahatan umat Islam sejagat. Bagaimana mungkin ia akan terjadi selagi mana kerabat Ibnu Saud menguasai Jazirah Arab dan hasil mahsulnya kebanyakan digunakan untuk kepentingan peribadi mereka (pembaziran yang melampau dalam banyak hal).

Sedangkan umat Islam yang juga mengucap dua kalimah syahadah seluruh dunia menghadapi krisis kemanusiaan seperti kebuluran dan hanya makan pasir di belah Afrika sehingga sekarang tidak selesai kerana tiada suntikan kewangan daripada pihak berwajib, isu etnik Rohingya di Arakan yang dibantai dan isu Palestin yang tidak berkesudahan dibantai Zionis laknatullah, isu di Selatan Thailand, isu di Filiphina dan banyak lagi yang asasnya tiada tekanan kuasa besar yang bersatu sesama umat Islam (PBB dan OIC tidak boleh diharap dalam isu ini) kerana tiadanya kuasa ekonomi.

Tertanya kita di manakah suara kerabat Ibnu Saud dan ulama-ulama di sana dalam isu-isu ini? Mungkin saya tidak tahu kerana tiada akses maklumat ke sana. Cuma kita juga tertanya sudah berapa banyak jumlah dana sumbangan daripada Arab Saudi kepada umat Islam dan negara mereka yang saya nyatakan di atas? Sedangkan mereka menjana bilion dolar setahun hasil kutipan daripada berjuta umat Islam melaksanakan haji di sana saban tahun (terfikir kita, apakah itu bukan satu daripada hikmah Allah mewajibkan haji bagi mereka yang mampu hanya di Makkah bukan di tempat lain?).

Monarki feudal hanya dilaksanakan dalam Islam setelah era Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin berlalu. Sebelumnya pemilihan secara syura yang lebih telus dan demokratik diamalkan. Haramain adalah harapan penyatuan umat Islam dan sumber dana yang sangat besar dan utama. Selagi mana kerabat Ibnu Saud (yang merupakan boneka Amerika) memerintah, pasti hal ini tidak akan berlaku.

Kesimpulan

Perjuangan Aqidah Tahawiyah gagasan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam menyambung perjuangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah r.h. dan Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah r.h. yang bermazhab Hambali adalah murni dan berjaya dilaksanakan khususnya di Jazirah Arab dan dunia Islam amnya.

Namun dalam urusan dan ijtihad politik telah berlaku sesuatu di luar duga beliau sendiri mungkin, betapa feudal monarki adalah liabiliti kepada seluruh umat Islam di dunia pada hari ini.

Satu revolusi baru perlu dilakukan di sana agar Haramain kembali menjadi milik seluruh umat Islam di dunia dan bukan hanya milik kerabat Ibnu Saud. Bukan OIC namun satu pakatan baru yang akan diamanahkan bagi mengurus kelola untuk jangka masa tertentu sebagaimana yang dilaksanakan dalam sistem demokratik pada hari ini, pemilihan setiap lima tahun bagi sesiapa yang menguruskan haramain dan melaksanakan tugasnya menggunakan segala sumber mahsulnya untuk kemaslahatan umat Islam seluruh dunia bukan untuk mereka dan keluarga mereka sebagaimana sepanjang abad lalu.

(Artikel ini adalah petikan dari buku La Adri)

Zahiruddin Zabidi

Zahiruddin Zabidi adalah penulis buku La Adri terbitan DuBook Press dan Daulat Tuhanku terbitan Thukul Cetak. Beliau kini merupakan penolong pengarah di IIUM Press.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Masih Relevankah Monarki Feudal Di… appeared first on SOLIDARITAS.

Kemuliaan Manusia Adalah Pada Ilmunya
Memperolehi ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.

Secara asasnya Islam meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu yang pertama iaitu sebuah arahan, ‘Bacalah!’.

Ibnu Kathir menerangkan, ayat-ayat tersebut merupakan rahmat Allah kepada hamba-Nya sekali gus merupakan nikmat yang pertama diberikan kepada manusia. Dalam ayat-ayat tersebut juga termuat peringatan mengenai kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah.

Antara kemurahan Allah juga adalah manusia diajarkan ilmu-ilmu yang tidak diketahui oleh mereka. Dengan demikian, Allah telah memuliakan hamba-hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Inilah antara sebab mengapa Nabi Adam a.s. lebih mulia daripada para malaikat.

Kadang-kadang ilmu itu berada dalam fikiran, kadang pula ada pada lisan dan kadang pula terdapat pada penulisan-penulisan. Memperolehi ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.

Oleh kerana itu Allah berfirman bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu.” (Surah al-Alaq, ayat 3-5)

Dalam Sunan A-Darimi, bab Min Rukhsatil Kitabil Ilm. dinyatakan, dalam atsar ada menyebut: “Ikatlah ilmu itu dengan tulisan.” Kemudian disebut juga: “Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan apa yang mereka tidak tahu sebelumnya.”

Justeru boleh disifatkan juga bahawa apa sahaja pembelajaran ilmu yang tidak membawa kepada pengesaan dan kemuliaan Allah taala tidak layak dipanggil ilmu, sekalipun ilmu tersebut bukan ilmu agama dan melibatkan sains dan sebagainya.

Selain daripada itu, banyak hadis yang direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW mengenai kepentingan dan keutamaan ilmu. Antaranya mengenai kewajipan umat Islam dalam menuntut ilmu. Daripada Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” (Ibnu Majah dan lain-lainnya)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah berpesan yang bermaksud: “Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 4867)

Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti dengan hadis ini apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang tersebut.

Begitu juga dengan jelas Rasulullah menerangkan betapa penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dijalankan dengan merujuk kepada pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna.” (Hadis Hasan, Sahih Al-Tarhib wal

Targhib, no: 86)

Selain daripada belajar ilmu sebagaimana yang disarankan oleh Allah dan Rasul, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apabila sudah cukup syaratnya.

Hal ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud: “Dari Ibnu Mas’ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; – pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur’an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tidak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu” (Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

(Artikel ini adalah petikan dari buku La Adri)

Zahiruddin Zabidi

Zahiruddin Zabidi adalah penulis buku La Adri terbitan DuBook Press dan Daulat Tuhanku terbitan Thukul Cetak. Beliau kini merupakan penolong pengarah di IIUM Press.

<svg aria-hidden="true" class="sab-facebook" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 264 512"><path fill="currentColor" d="M76.7 512V283H0v-91h76.7v-71.7C76.7 42.4 124.3 0 193.8 0c33.3 0 61.9 2.5 70.2 3.6V85h-48.2c-37.8 0-45.1 18-45.1 44.3V192H256l-11.7 91h-73.6v229"></path></svg>

The post Kemuliaan Manusia Adalah Pada Ilmunya appeared first on SOLIDARITAS.