Penulis Umum, Author at SOLIDARITAS

Nietzsche Dan Gagasan Ubermensch: Falsafah Yang Mengabsahkan Penjajahan
Falsafah sebagai Justifikasi Kuasa

Penjajahan bukan hanya merupakan tindakan ketenteraan dan ekonomi; ia juga melibatkan legitimasi moral dan intelektual. Dalam usaha kuasa-kuasa Barat menakluk dan menjarah dunia bukan Eropah, pelbagai gagasan telah digunakan untuk mengabsahkan tindakan mereka. Salah satu yang paling berpengaruh walaupun realitinya adalah disebabkan disalah tafsir adalah falsafah Friedrich Nietzsche, khususnya melalui konsep Ubermensch atau turut dikenali sebagai ‘superman’ dalam kesusasteraan Inggeris. Namun terjemahan dalam Bahasa Melayu tidak kurang meletakkan sebagai ‘manusia-yang-melepasi’ seperti dilakukan Dr Fauzi Naeim mahupun juga ‘adi-manusia’ oleh Dr Saiful Akram dan tidak kurang meletakkan sebagai ‘manusia unggul’. Kita ketepikan dahulu persoalan terjemahan dan harfiah kepada Ubermensch. Walaupun Nietzsche tidak pernah menyeru kepada penjajahan secara jelas dan nyata, pemikirannya tentang kekuasaan, moral dan keunggulan individu telah memberi ruang kepada penafsiran yang menguatkan naratif kolonial.

Konsep Ubermensch Dan Kuasa Moral Baharu

Dalam karya agungnya iaitu Also sprach Zarathustra: Ein Buch fur Alle und Keinen (Thus Spoke Zarathustra: A Book for Everyone and Nobdoy), Nietzsche memperkenalkan idea Ubermensch sebagai manusia yang melampaui nilai-nilai moral tradisional yang menurut beliau lahir daripada kelemahan terutamanya nilai Kristian seperti belas kasihan, kesamaan dan kerendahan hati. Nietzsche mengajak manusia untuk mencipta nilai-nilai baharu, yang berpaksikan keberanian, kekuatan dan penegasan terhadap kehidupan duniawi. Ubermensch ialah makhluk yang tidak tunduk kepada sistem moral lama dan sebaliknya mengarahkan hidupnya berdasarkan kehendak untuk berkuasa.

Dalam gagasan ini, nilai moral tidak lagi universal, tetapi relatif kepada kekuatan individu atau kelompok. Pandangan ini membuka ruang kepada justifikasi bahawa bangsa yang lebih kuat atau lebih tinggi tamadunnya berhak untuk menguasai bangsa lain seiring dengan semangat imperialisme abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Hubungan Gagasan Nietzsche Dengan Penjajahan

Walaupun Nietzsche secara langsung tidak menulis tentang penjajahan, ramai cendekiawan dan pemimpin politik menafsirkan Ubermensch sebagai gambaran bangsa Eropah yang unggul dan dominan. Contohnya, pemimpin kolonial Perancis dan British sering menyatakan bahawa mereka membawa tamadun kepada dunia yang “liar”. Satu naratif yang secara terang mencerminkan kepercayaan kepada keunggulan moral dan intelektual bangsa mereka. Pemikiran ini sejajar dengan ideologi Nietzsche yang menolak kesamaan manusia secara semula jadi.

Sejarawan Jerman, Johann Chapoutot, dalam kajian beliau mengenai hubungan antara falsafah Nietzsche dan Nazi Jerman, menjelaskan bahawa Ubermensch ditafsir oleh Nazi sebagai asas kepada keunggulan bangsa Aryan, bangsa yang kononnya ditakdirkan untuk memerintah dunia. Walaupun Nietzsche sendiri menolak antisemitisme dan nasionalisme, penulisannya tetap digunakan sebagai asas intelektual oleh para pemimpin Nazi, termasuk Adolf Hitler, yang menyimpan karya-karya Nietzsche dan menjadikan falsafahnya sebahagian daripada naratif ketuanan bangsa.

Contoh sejarah menunjukkan bagaimana gagasan keunggulan bangsa digunakan untuk menjustifikasi penjajahan: Projek Penjajahan Belgium ke atas Congo di bawah Raja Leopold II yang menyaksikan pembunuhan berjuta-juta rakyat Afrika, didorong oleh naratif bahawa mereka “belum bertamadun” dan perlu dikawal oleh bangsa Eropah yang lebih maju. Di sinilah ide Ubermensch menjadi sangat berbahaya apabila digunakan tanpa dianalisis sebaik mungkin kerana ia membenarkan kekuasaan melalui logik kekuatan yang bersifat dangkal.

Sokongan Terhadap Gagasan Nietzsche: Tokoh Dan Sarjana

Sesetengah sarjana mempertahankan Nietzsche dengan menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang penyokong penjajahan, tetapi seorang pengkritik moraliti konvensional dan dogma. Walter Kaufmann, seorang sarjana falsafah Nietzsche abad ke-20, menyatakan bahawa Nietzsche tidak pernah menyokong nasionalisme, rasisme atau imperialisme, malah sering mengecam patriotisme Jerman yang sempit. Kaufmann berhujah bahawa Ubermensch adalah ideal individu, bukan ras atau negara.

Dalam konteks ini, Nietzsche dilihat sebagai seorang pemikir yang ingin membebaskan manusia daripada struktur moral tradisional yang membelenggu potensi sebenar manusia. Beliau tidak membenarkan kezaliman, tetapi memperjuangkan kekuatan dalaman individu yang berani menentang arus. Oleh itu, jika dibaca dengan berhati-hati dan dalam konteks sebenar, idea Ubermensch bukanlah alat penjajahan, tetapi suatu cabaran kepada keadaan kerancuan moral yang dihadapi masyarakat Eropah era beliau.

Bahaya Penyelewengan Falsafah

Kesimpulannya, gagasan Ubermensch dan Will to Power oleh Friedrich Nietzsche adalah pemikiran falsafah yang dalam dan sangat kompleks. Ia memberi cabaran besar kepada sistem moral konvensional dan menuntut manusia untuk bertindak. Namun, apabila ditafsir secara selektif dan digunakan untuk mengabsahkan dominasi serta penjarahan, ia boleh menjadi senjata yang membenarkan kekuasaan zalim dan tidak bermoral.

Sejarah telah membuktikan bahawa idea falsafah boleh menjadi alat berbahaya apabila digunakan tanpa konteks, seperti yang berlaku dalam penjajahan, fasisme, dan ideologi fasis. Maka, dalam dunia yang masih bergelut dengan kesan kolonialisme, kita wajar membaca semula Nietzsche bukan sebagai alasan untuk menindas, tetapi sebagai peringatan bahawa kebebasan berfikir juga datang dengan tanggungjawab moral yang besar kerana diakhirnya persoalan moral sebenarnya belum pernah berakhir terutama dalam era pasca kebenaran ini.

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Nietzsche Dan Gagasan Ubermensch: Falsafah Yang Mengabsahkan Penjajahan appeared first on SOLIDARITAS.

Bahaya Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja
Menurut Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) 2023 prevalens penggunaan rokok elektronik dalam kalangan individu berusia 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 1.1% pada 2011 kepada 8.6% pada 2023. Fenomena ini didorong oleh kempen pemasaran yang menarik dan persepsi bahawa rokok elektronik ialah alternatif yang lebih selamat berbanding rokok tradisional walaupun bukti saintifik menunjukkan sebaliknya.

Kandungan Rokok Elektronik Dan Vape

Secara umumnya, rokok elektronik dan vape merupakan peranti yang menghasilkan wap dengan penggunaan bateri. Cecair di dalam rokok elektronik dan vape yang dikenali sebagai e-liquid akan dipanaskan hingga menjadi wap yang kemudiannya disedut oleh penggunanya.

Sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa rokok elektronik dan vape merupakan peranti yang sama. Malah, istilah vape digunakan dengan lebih meluas untuk merujuk peranti tersebut. Namun sebenarnya, menurut takrifan Kementerian Kesihatan Malaysia, rokok elektronik ialah peranti yang mengandungi nikotin sementara vape pula tidak mengandungi nikotin.

Nikotin merupakan antara kandungan utama e-liquid yang terdapat dalam rokok elektronik. Selain nikotin, e-liquid bagi rokok elektronik dan vape turut mengandungi perisa, pewarna, gliserin sayuran dan propilena glikol, iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menghasilkan wap.

Kandungan Nikotin Dalam Rokok Elektronik

Nikotin dalam cecair rokok elektronik mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding nikotin dalam rokok biasa. Nikotin bertindak dengan merangsang otak untuk menghasilkan dopamin iaitu hormon yang berfungsi untuk memberi kepuasan serta membantu untuk fokus, pergerakan, memori dan pembelajaran.

Nikotin merupakan bahan yang sangat mudah memberi kesan ketagihan. Kandungan nikotin yang tinggi mempermudah proses ketagihan, terutamanya dalam kalangan remaja.

Kesan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape

Rokok elektronik dan vape yang popular dalam kalangan remaja lazimnya dipasarkan dengan pelbagai jenis reka bentuk dan perisa yang menarik. Namun, amalan ini juga menimbulkan kebimbangan tentang risiko ketagihan nikotin dan impak negatif kepada kesihatan awam.

Apatah lagi terdapat dakwaan bahawa cecair e-liquid yang dijual untuk vape berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. E-liquid bagi rokok elektronik pula turut dilaporkan telah ditambah dengan bahan-bahan terlarang yang tidak sepatutnya.

Persepsi bahawa rokok elektronik dan vape merupakan alternatif selamat berbanding rokok adalah salah. Kajian menunjukkan bahawa trend penggunaan rokok elektronik dan vape bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal tetapi juga dapat menjejaskan kesejahteraan mental dan sosial remaja. Antara kesan sampingan rokok elektronik dan vape termasuklah selesema, pening, kesukaran tidur dan kemurungan.

Penggunaan rokok elektronik dan vape sering dikaitkan dengan kerosakan paru-paru yang serius. Bahan kimia yang terkandung dalam cecair rokok elektronik dan vape, seperti nikotin dan bahan toksik lain, boleh merosakkan tisu paru-paru, menyebabkan radang dan mengurangkan fungsi pernafasan. Penyakit e-cigarette or vaping product use-associated lung injury (EVALI) merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku akibat penggunaan rokok elektronik dan vape. Selain itu, risiko pneumotoraks (paru-paru bocor) juga turut meningkat.

Kesan rokok elektronik dan vape tidak hanya terhad kepada masalah paru-paru. Penggunaan rokok elektronik dan vape yang berpanjangan juga meningkatkan risiko pelbagai penyakit serius lain termasuk penyakit jantung dan kanser. Kandungan bahan kimia berbahaya dalam cecair rokok elektronik dan vape seperti formaldehid serta logam berat memberikan ancaman besar kepada kesihatan manusia secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, pendedahan kepada nikotin tanpa kawalan turut menjejaskan perkembangan fisiologi tubuh dan fungsi otak remaja yang belum matang sepenuhnya. Nikotin dapat mengganggu fungsi kognitif, ingatan dan kemampuan pembelajaran mereka. Nikotin juga memberi kesan kepada bahagian otak yang berfungsi untuk mengawal tingkah laku dan membuat keputusan.

Remaja yang terdedah kepada nikotin sukar untuk fokus dan lebih cenderung menunjukkan perubahan tingkah laku yang impulsif (cepat bertindak secara tiba-tiba dan menurut gerak hati). Semua ini bukan sahaja menjejaskan prestasi akademik, bahkan mengganggu hubungan sosial mereka dengan ahli keluarga dan orang lain di sekeliling.

Kegagalan untuk berfikir secara rasional akibat ketagihan nikotin secara tidak langsung menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, termasuk penyalahgunaan dadah dan kes keganasan. Contohnya, terdapat remaja yang dilaporkan bertindak ganas hingga mengancam untuk membunuh ibu bapa sendiri kerana melarang atau menyekat mereka daripada menggunakan rokok elektronik dan vape.

Tindakan Untuk Menangani Isu Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja

Tabiat menggunakan rokok elektronik dan vape dalam kalangan remaja adalah masalah serius yang perlu ditangani segera. Remaja perlu diberi kesedaran tentang bahaya penggunaan nikotin tanpa kawalan terhadap kesihatan, perkembangan mental dan kehidupan sosial mereka. Remaja tidak seharusnya mendekati rokok elektronik dan vape serta mencubanya.

Ibu bapa, guru dan pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk mendidik serta melindungi remaja daripada bahaya penggunaan rokok elektronik dan vape. Langkah-langkah pencegahan seperti kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan sokongan kaunseling perlu dipergiat. Masa depan generasi muda bergantung kepada tindakan yang diambil hari ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang penggunaan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-6722. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Bahaya Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja appeared first on SOLIDARITAS.

Sekularisme: Ketika Agama Berpaling Daripada Dunia
Agama pada hakikatnya bukan sekadar pelita yang menyuluh kegelapan, tetapi panduan agung yang menata seluruh perjalanan hidup manusia. Ironinya, polemik hari ini bukan lagi digerakkan oleh golongan sekular yang terang-terangan menolak agama tetapi oleh segelintir agamawan sendiri yang menyingkirkan dunia daripada ruang lingkup agama. Mereka memandang urusan ekonomi, politik, pendidikan, dan teknologi seolah-olah hal duniawi yang melalaikan sedangkan hakikatnya ia sebahagian daripada amanah agama yang wajar dipikul dan terang-terangan menjadi sebahagian daripada kisah-kisah para Nabi dan Rasul.

Fenomena yang berlaku ini mengingatkan kita kepada sejarah Barat. Sekularisme di Eropah bukan lahir daripada kebencian membuta tuli terhadap agama tetapi daripada luka sejarah yang Panjang tatkala gereja Katolik pada Zaman Pertengahan telah mengikat akal dengan dogma, menindas ilmuwan dengan propaganda agama, membungkam kreativiti dan mengekang ilmu pengetahuan menerusi fatwa hukum hakam dan pelabelan sesat (herectic) terhadap yang bercanggah dengan arus perdana agama pada waktu itu. Trauma inilah yang melahirkan sekularisme yang realitinya bukan sekadar ideologi pada asalnya tetapi reaksi terhadap kuasa agama yang menolak dunia. Ketika itu, Barat akhirnya memilih jalan pemisahan agama daripada sains, politik, dan ekonomi demi mengejar kemajuan lain tidak lain kerana ingin menikmati cahaya seperti dunia Islam yang ketika itu sedang meniti ambang kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Hari ini, ironinya, ada agamawan Islam yang tanpa sedar mengulangi pola serupa. Mereka menekankan agama hanya pada ritual iaitu sekadar membaca dan menghafal al-Quran, melaksanakan solat dan berpuasa seterusnya membiarkan urusan dunia dibangunkan oleh tangan lain. Lalu, tugas agama mengecil tanpa disedari sekadar menjadi menempel fatwa halal atau haram. Akibatnya, bukan sahaja umat Islam ketinggalan, malah ruang kosong itu diisi oleh sekularisme, kerana agama tidak lagi hadir dalam denyut kehidupan bahkan dilihat seolah-olah mengikat mati mereka yang ingin mengejar kemajuan.

Sejarah Islam sendiri sebenarnya membuktikan sebaliknya. Rasulullah SAW bukan hanya imam di mihrab, tetapi pedagang yang amanah, pemimpin yang adil sesuai sebagai seorang negarawan yang membangunkan Madinah. Saidina Ali bukan hanya pahlawan di medan perang tetapi pentadbir baitulmal yang menjaga hak rakyat. Ketegasan Umar al-Khattab bukan semata-mata membela dan menegakkan syiar agama tetapi melawan kebejatan dan ketirisan yang menghasilkan penindasan. Agama yang tidak dipisahkan daripada dunia sebenarnya telah melahirkan tamadun seimbang di mana ilmu berkembang, ekonomi teguh, dan keadilan tertegak.

Namun, ada agamawan yang masih beranggapan urusan dunia kotor dan tidak suci. Mereka meminggirkan sains, teknologi, ekonomi, dan politik lalu menutup pintu interaksi agama dengan realiti. Hasilnya, lahir pendidikan sempit, ekonomi rapuh, dan politik pincang. Pendidikannya sekadar melahirkan mereka yang tahu hukum hakam tetapi tidak mampu menjadi tonggak hadapan dalam mana-mana bidang yang dikuasai oleh bukan Islam dan mereka yang dianggap “liberal dan sekular” pada masa ini. Ekonominya rapuh kerana kebergantungan tinggi kepada pihak luar bahkan tidak berdaya untuk membantu sesama saudara Islam sendiri. Politiknya pincang kerana diakhirnya politiknya hanyalah politik berteraskan fatwa parti bukan pula penzahiran nilai Islam mahupun kepimpinan berteraskan kenabian (kepimpinan profetik)

Realitinya, Barat sudah pun pernah melalui jalan ini, ketika agama menolak dunia yang menyaksikan masyarakat jatuh dalam stagnasi. Akhirnya, sekularisme pun hadir sebagai penawar pahit dan perit itu. Hari ini, bahaya itu kembali tetapi untuk menghantui umat Islam, bukan kerana musuh luar, tetapi kerana agamawan sendiri yang menjemputnya ke mari.

Sasterawan dan pemikir Islam moden telah lama mengingatkan perkara ini. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) misalnya kerap menyeru agar agama meresap ke seluruh urusan masyarakat, membumi dan tidak semata-mata memandang ke langit. Di Indonesia pula, karya Kuntowijoyo seperti Muslim Tanpa Masjid dan A.A. Navis menerusi Robohnya Surau Kami menjadi amaran getir tentang bahaya meminggirkan dunia dan menawarkan Tindakan yang boleh dilakukan dalam menghadapi isu ini.

Maka timbul pertanyaan yang menggugat, siapakah sebenarnya lebih sekular? Apakah mereka yang lantang menolak agama, atau mereka yang berkopiah dan berjubah tetapi membiarkan dunia tanpa panduan agama? Sekularisme harus kita sedar bahawa ia bukan hanya wujud pada pihak yang menolak, tetapi juga pada mereka yang mengosongkan dunia daripada roh agama.

Dalam pendidikan, jika anak-anak hanya diajar membaca al-Quran tanpa memahami ekonomi, politik, sains, dan teknologi, mereka mungkin taat beribadah tetapi tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat yang memahami nilai agama dalam pada masa yang sama mmenjadi masyarakat yang maju. Dalam politik dan ekonomi, apabila agama hanya menjadi simbol tanpa pengurusan adil, lahirlah kemiskinan dan korupsi. Dalam teknologi, apabila umat leka, ruang itu akhirnya diisi oleh mereka yang melihat agama sebagai penghalang. Akhirnya, agama tinggal nama, tetapi jiwa masyarakat sudah pun tidak ada nilai agama.

Lalu, apakah makna pengasingan agama daripada dunia? Jika hasilnya membiarkan kemunduran, apakah itu selari dengan tuntutan agama?

Kesimpulannya, agama yang hidup mesti menyentuh seluruh sendi manusia iaitu dunia dan akhirat. Agama yang hanya terkurung di mimbar dan kitab hanyalah bayang yang lesu, tidak mampu membebaskan umat daripada kemunduran. Merdeka sebenar bukan sekadar tunduk di ruangan surau dan masjid, tetapi juga berdiri adil di pentas dunia. Sedarlah, sekularisme bukan lagi ancaman dariad luar, tetapi cerminan kegagalan kita sendiri dan mengakui kelemahan ini adalah langkah pertama menuju pembebasan yang hakiki dalam menjadi manusia Islam yang lebih baik sesuai kita yang menyambung perjuangan kenabian itu sendiri.

(Artikel ini adalah hasil tulisan saudara Nur Hisyam dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Sekularisme: Ketika Agama Berpaling Daripada Dunia appeared first on SOLIDARITAS.

Transformasi Sosial Dalam Masyarakat Desa Akibat Pengaruh Urbanisasi
Secara umumnya, urbanisasi merupakan proses perubahan sesebuah kawasan daripada luar bandar menjadi bandar akibat penghijrahan penduduk dari desa ke bandar. Sejak era pra-merdeka, Malaysia telah mengalami gelombang urbanisasi yang besar dengan dasar pembangunan ekonomi dan pelaburan asing yang menarik penduduk menuju bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar urbanisasi negara dianggarkan 75.5% pada tahun 2022 lalu meningkat lagi kepada 79.2% pada tahun 2024 menjadikan Malaysia sebuah negara yang semakin pesat membangun dari segi struktur penempatan. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai perubahan dalam gaya hidup masyarakat, termasuk dalam aspek sosial, politik dan ekonomi.

Urbanisasi membawa transformasi sosial yang ketara dalam struktur keluarga dan nilai masyarakat desa. Proses perbandaran telah menyebabkan perubahan dalam fungsi dan jalinan kekeluargaan sehingga melemahkan institusi keluarga. Peningkatan migrasi ke bandar mengurangkan masa bersama ahli keluarga dan mengubah bentuk keluarga besar kepada keluarga nuklear. Perubahan ini turut dikaitkan dengan peningkatan kadar penceraian dan tekanan mental dalam kalangan masyarakat. Pertukaran daripada keluarga besar kepada keluarga nuklear menyebabkan beban penjagaan tertumpu kepada bilangan individu kecil dan mewujudkan fenomena generasi “sandwich”.

Selain itu, nilai kolektivisme seperti gotong-royong semakin berkurangan dan digantikan dengan nilai individualistik dan materialistik akibat gaya hidup moden di bandar. Sejurus proses urbanisasi berlaku, hubungan masyarakat desa yang dahulunya rapat dan saling bergantung kini berubah menjadi hubungan yang lebih longgar dan berorientasikan kepentingan sendiri seperti yang dijelaskan oleh Durkheim. Oleh itu, amalan gotong-royong perlu terus dibudayakan bagi mengeratkan hubungan sosial dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Transformasi sosial ini turut jelas dalam sektor pendidikan dan teknologi komunikasi. Peningkatan tahap pendidikan dan kemajuan teknologi telah memperluas mobiliti sosial dan peluang pekerjaan. Perkembangan teknologi maklumat seperti internet dan telefon pintar membolehkan masyarakat luar bandar berhubung dengan dunia luar dan meningkatkan aspirasi pendidikan. Contohnya, urbanisasi di Pulau Pinang mendorong pertumbuhan industri teknologi tinggi di Bayan Lepas berhasil mempercepatkan penyediaan kemudahan pendidikan digital seperti penggunaan meluas smartboard di sekolah-sekolah. Namun begitu, kemajuan ini turut membesarkan jurang generasi dan menjejaskan identiti budaya masyarakat desa.

Dari sudut sosial, urbanisasi juga membawa kepada perubahan yang besar dalam kesedaran, bentuk interaksi dan penglibatan masyarakat desa dalam kehidupan sosial. Buktinya, golongan muda bersifat lebih terbuka dan berani menyuarakan pandangan berkaitan dengan pendidikan secara lebih menyeluruh. Perubahan sosioekonomi seperti peningkatan tahap pendidikan dan akses kepada teknologi telah membentuk masyarakar yang lebih cakna tentang hak, tanggungjawab dan peranan mereka dalam komuniti.

Dapat kita lihat di Malaysia, struktur kepimpinan tradisional seperti ketua kampung masih wujud. Hal ini dikatakan demikian kerana ia jelas menunjukkan bahawa hubungan antara pemimpin dan masyarakat lebih bersifat terbuka dan tidak bergantung kepada sistem lama semata-mata. Laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar literasi statistik dalam kalangan masyarakat mencatatkan peningkatan sebanyak 96% pada tahun 2022 yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran sosial masyarakat desa dalam memahami isu semasa yang mempengaruhi kehidupan mereka.

Selanjutnya, pembentukan identiti sosial dan rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat desa juga terkesan ekoran daripada urbanisasi. Perubahan persekitaran sosial dan pendedahan kepada budaya bandar menyebabkan generasi muda dalam masyarakat desa mengalami kekeliruan identiti antara nilai tradisional dan gaya hidup moden di bandar.

Oleh sebab yang demikian, hubungan antara komuniti semakin longgar yang menjurus kepada kelemahan semangat kekitaan dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat. Buktinya, aktiviti kemasyarakatan yang sebelum ini menjadi medium pembentukan identiti masyarakat seperti kenduri, perayaan dan aktiviti sukarela semakin kurang disertai. Kesannya, hubungan sosial dalam komuniti desa akan menjadi semakin renggang dan bersifat sementara. Fenomena ini menunjukkan bahawa unbanisasi mengubah struktur sosial dan mencabar pembinaaan identiti masyarakat sosial dalam masa jangka panjang.

Kesimpulannya, urbanisasi merupakan pemangkin utama kepada transformasi sosial dalam masyarakat desa. Transformasi sosial membawa kepada perubahan gaya hidup dan struktur keluarga menuntut penyesuaian masyarakat terhadap nilai baharu. Proses ini mengubah cara masyarakat berinteraksi, membina hubungan dan juga mempengaruhi identiti sosial serta peranan individu dalam komuniti. Oleh itu, kejayaan urbanisasi tidak hanya diukur melalui kemajuan fizikal tetapi juga keupayaan masyarakat desa menyesuaikan diri dan menikmati pembangunan secara adil dan saksama sambil mengekalkan identiti dan kesejahteraan sosial.

(Artikel ini tulis oleh Nur Alya Sofiya Binti Ahmad Nasir Kun dan Dr. Velan Kunjuraman dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Transformasi Sosial Dalam Masyarakat Desa Akibat Pengaruh Urbanisasi appeared first on SOLIDARITAS.

Adaptasi Teknologi Di Desa: Jurang Digital yang Menghambat Kemajuan
Penggunaan teknologi digital kini menjadi nadi utama pembangunan ekonomi negara. Namun, bagi masyarakat desa, kemampuan untuk mengejar arus pendigitalan tidak semudah yang disangka kerana masyarakat desa masih berdepan kekangan asas seperti akses internet tidak stabil, infrastruktur lemah dan tahap literasi digital yang rendah.

Transformasi digital Malaysia seharusnya menjadi pemangkin perubahan ekonomi luar bandar, namun jurang antara dasar yang diumumkan dan kesannya di lapangan masih terlalu besar. Walaupun pelbagai strategi seperti MyDigital, Dasar 4IR Negara dan program e-dagang desa diperkenalkan, pembangunan digital di desa masih bergerak perlahan dan tidak konsisten. Hakikatnya, capaian internet luar bandar yang kini mencecah lebih 90 peratus tidak membawa makna besar jika liputan itu hanya cukup untuk penggunaan asas seperti WhatsApp dan penstriman rendah, tetapi tidak menyokong aktiviti ekonomi bernilai tinggi seperti e-dagang, automasi pertanian, pembelajaran digital mahupun transaksi kewangan berasaskan aplikasi. Infrastruktur jalur lebar yang tidak stabil, pusat internet desa yang tidak disenggara, kekurangan tenaga mahir, dan kebergantungan kepada projek jangka pendek menjadikan pendigitalan luar bandar sekadar penanda aras angka bukan penanda aras hasil.

Teknologi di desa bukan kekurangan potensi tetapi kekurangan dari segi ekosistem yang membolehkan teknologi diterjemah menjadi peningkatan pendapatan. Misalnya, apabila internet menjadi lambat setiap kali hujan, talian terputus setiap kali perlu memuat naik produk e-dagang, dan apabila Pusat Internet Desa hanya berfungsi sebagai bangunan kosong tanpa fasiliti, pendigitalan yang diuar-uarkan akhirnya gagal menyentuh akar ekonomi desa. Fokus perlulah terlebih dahulu menyelesaikan isu fundamental seperti kestabilan capaian, kebolehgunaan perkhidmatan, dan kemampanan fasiliti teknologi di desa.

Selain itu, segelintir usahawan luar bandar kurang menyedari kepentingan teknologi digital akibat tahap pendidikan dan pendedahan yang terhad. Jurang ini akhirnya mewujudkan ketidaksamaan sosial antara masyarakat bandar dan desa. Masyarakat bandar dapat bergerak pantas dalam ekonomi digital, manakala masyarakat desa terus bergelut dengan cabaran asas. Keadaan ini menjejaskan peluang ekonomi dan memberi kesan kepada kehidupan sosial komuniti desa. Mereka yang tidak berpeluang menguasai teknologi mungkin berisiko terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Isu literasi digital yang masih berada pada tahap membimbangkan ini menyebabkan masyarakat desa pada hari ini mungkin memiliki telefon pintar dan lain-lain peranti moden tetapi tidak mampu menguasai teknologi sepenuhnya. Generasi muda yang dianggap “celik digital” sebenarnya hanya celik hiburan kerana mereka mahir dalam game, media sosial dan fungsi asas, tetapi tidak terlatih untuk mengasah kemahiran digital bercorakkan ekonomi seperti pemasaran dalam talian, pengurusan data, dan penjenamaan digital.

Kebanyakan usahawan desa yang telah lama menceburi bidang ekonomi desa pula memandang teknologi sebagai beban kos dan bukannya pelaburan strategik, disebabkan faktor kurang keyakinan, kekangan pendidikan dan ketiadaan latihan berterusan yang berkualiti. Program latihan digital kerajaan kebanyakannya sekali lalu, tanpa sistem sokongan jangka panjang. Apabila tiada bimbingan selepas latihan dilaksanakan, tiada pemantauan, tiada komuniti pembelajaran digital, dan tiada tokoh tempatan yang berperanan sebagai mentor, maka majoriti peserta kembali kepada cara lama.

Akhirnya, hanya segelintir sahaja yang benar-benar meneruskan penggunaan platform digital dalam perniagaan, selebihnya kekal dalam perniagaan tradisional yang sukar berkembang. Ketika bandar bergerak maju dengan kemodenanan seperti fintech, automasi, kecerdasan buatan dan inovasi industri dalam bidang ekonomi, desa masih bergelut untuk melaksanakan transformasi ekonomi. Keadaan ini bukan sahaja mengekalkan desa dalam “kelas ekonomi rendah”, malah mula membentuk “kelas digital bawahan” di mana komuniti desa semakin tercicir daripada peluang pasaran moden. Tanpa literasi digital yang kukuh, teknologi hanyalah objek, bukan alat pembangunan untuk memajukan pembangunan ekonomi yang seimbang antara desa dan bandar.

Desa sebenarnya memiliki modal sosial yang kuat seperti jaringan komuniti rapat, saling kepercayaan, dan budaya kerjasama yang sepatutnya menjadikan adaptasi teknologi lebih mudah. Namun kekuatan ini tidak dimanfaatkan melalui model pelaksanaan yang sistematik. Pusat internet wajar dijadikan hab latihan berterusan, bukan sekadar projek perasmian. Bagi memastikan masyarakat desa tidak ketinggalan, tumpuan perlu diberikan dalam meningkatkan literasi digital, memperkukuh infrastruktur teknologi serta memanfaatkan modal sosial komuniti sebagai kekuatan.

Apabila penduduk desa mendapat latihan, peralatan dan peluang yang setara, barulah ekonomi digital dapat dinikmati secara keseluruhan. Golongan muda yang mahir digital wajar dilantik sebagai “penggerak teknologi desa”, bukan meletakkan kebergantungan terlalu tinggi terhadap institusi. Demi kemajuan bersama, masyarakat desa perlu diperkasa agar mereka bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga peneraju dalam pembangunan digital masa depan. Pengusaha kecil wajar dibimbing dengan menyediakan latihan berfokus, sokongan logistik, dan akses digital yang stabil.

Selagi projek pendigitalan desa masih mengalami kelembapan dari segi fungsi dan keberkesanan serta infrastruktur masih tidak mencapai tahap yang mendorong transformasi ekonomi pada nilai tambah ekonomi, maka Malaysia akan terus membangunkan ekonomi digital yang tidak seimbang dan gagal mengangkat desa sebagai rakan strategik pembangunan ke arah ekonomi lestari. Realiti kegagalan sistem yang sepatutnya menyokong perubahan boleh membantutkan perkembangan teknologi khususnya dalam membina ekonomi yang maju di desa.

Masa depan ekonomi digital Malaysia bergantung kepada kemampuan negara membina ekosistem digital desa yang benar-benar berfungsi dan memastikan setiap isi rumah desa mampu mengubah teknologi menjadi peluang ekonomi yang nyata bukan sekadar melaporkan peratusan liputan internet.

(Artikel ini adalah hasil tulisan Khaulah Azwar Syahar Alam dengan bimbingan oleh Prof Madya Dr Velan Kunjuraman dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Adaptasi Teknologi Di Desa: Jurang Digital yang Menghambat Kemajuan appeared first on SOLIDARITAS.