Noor Suhana, Author at SOLIDARITAS

Marina Ibrahim Dan Persoalan Yang Perlu Dijawab DAP
Dalam dunia politik, kita sering mendengar kisah ahli politik yang sanggup mengorbankan prinsip demi jawatan. Tetapi jarang sekali kita melihat seseorang yang sanggup melepaskan jawatan demi mempertahankan prinsip.

Marina Ibrahim memilih jalan yang kedua.

Di antara politik baharu dan politik lapuk, Marina memilih untuk berdiri teguh dengan pendiriannya. Di saat ramai rakan-rakan dan pemimpin hanyut dek kuasa, kedudukan dan kemewahan, Marina memilih untuk terus berpaut pada agenda asal perjuangan – membantu rakyat, bukan mengisi poket sendiri.

Bagi mereka yang mengenali Marina, keputusan beliau untuk menolak tawaran bertanding di Tiram dan akhirnya mengundurkan diri daripada politik bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia mungkin mengecewakan ramai, tetapi ia selari dengan watak yang telah beliau tunjukkan sejak awal penglibatannya dalam politik.

Marina yang aku kenali adalah seorang wanita yang penuh tenaga dan kekuatan. Sebelum beliau menjadi seorang ADUN, beliau telah pun mencipta pengaruh dan menarik minat masyarakat melalui pandangan-pandangannya yang tegas dan berani. Ketika ramai memilih untuk mengikut arus, Marina memilih untuk bercakap tentang perkara yang diyakininya, walaupun tidak semestinya popular.

Beliau tidak menunggu jawatan untuk menjadi relevan.

Beliau membina kepercayaan masyarakat terlebih dahulu.

Itulah yang membezakan seorang aktivis dengan seorang ahli politik yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.

Di sebalik imej seorang pemimpin politik, Marina juga seorang yang rajin bekerja dan tidak pernah berhenti mencari ilmu. Aku masih ingat bagaimana beliau belajar membuat sabun dan kuih bulan semata-mata untuk mengajarkannya kepada masyarakat.

Bagi sesetengah orang, ia mungkin sekadar aktiviti komuniti.

Tetapi bagi Marina, kemahiran adalah peluang ekonomi.

Beliau melihat bagaimana ilmu boleh membantu seorang suri rumah menjana pendapatan tambahan. Beliau melihat bagaimana pembuatan kuih bulan boleh menjadi jambatan untuk memperkenalkan budaya yang berbeza dan membina persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum.

Dalam politik yang sering dipenuhi slogan besar, Marina sentiasa memahami bahawa perubahan sebenar kadangkala bermula daripada perkara-perkara kecil.

Empat tahun lalu, Marina datang ke Skudai bukan sebagai nama besar politik.

Beliau tidak datang dengan jentera yang besar. Beliau tidak datang dengan pengaruh yang diwarisi. Beliau tidak datang dengan kemewahan sumber yang sering dimiliki oleh sesetengah pemimpin.

Beliau datang dengan kerja keras.

Hari ini, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di Skudai melalui khidmat yang konsisten kepada masyarakat.

Sebab itu, ramai yang sukar memahami mengapa seorang wakil rakyat yang telah membina kepercayaan rakyat dari bawah perlu menjadi pihak yang berkorban.

Aku memahami hasrat dan strategi parti.

Aku juga tidak pernah meragui keupayaan Marina untuk menang di mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya.

Namun persoalannya mudah.

Jika selama empat tahun beliau membina hubungan dengan masyarakat Skudai tanpa jentera yang besar, mengapa beliau yang perlu dipindahkan?

Mengapa bukan calon lain yang diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka di kawasan baharu seperti Tiram?

Bukankah lebih wajar sekiranya parti melakukan penilaian yang lebih menyeluruh dan menghantar calon lain untuk mengukur tahap sokongan di kawasan tersebut?

Lebih menyedihkan, kontroversi yang timbul selepas itu membuka satu persoalan yang lebih besar daripada sekadar soal pemilihan kerusi.

Ia adalah persoalan tentang arah tuju perjuangan parti itu sendiri.

Bagi aku, DAP sepatutnya malu apabila memperlakukan permata seperti bola yang mudah ditendang ke sana dan ke sini.

Lebih daripada itu, DAP perlu mengambil masa untuk bermuhasabah.

Parti ini dibina atas asas perjuangan demokrasi sosial. Ia lahir daripada cita-cita untuk memperjuangkan keadilan sosial, kesaksamaan peluang, integriti dalam pentadbiran dan keberpihakan kepada rakyat biasa.

Ramai yang menyertai DAP suatu ketika dahulu bukan kerana mahu menjadi kaya.

Bukan kerana mahu jawatan.

Bukan kerana mahu kedudukan.

Mereka menyertai parti kerana percaya bahawa politik boleh menjadi alat untuk memperjuangkan masyarakat yang lebih adil.

Mereka percaya bahawa pemimpin harus dinilai berdasarkan khidmat dan integriti, bukan berdasarkan kedudukan yang ditawarkan kepada mereka.

Sebab itu, apabila muncul dakwaan bahawa jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan boleh menjadi sebahagian daripada perbincangan politik, ramai yang berasa tidak selesa.

Bukan kerana jawatan itu salah.

Tetapi kerana ia mengingatkan rakyat kepada jenis politik yang selama ini ditentang oleh DAP sendiri.

Politik yang meletakkan habuan sebagai alat penyelesaian.

Politik yang mengukur kesetiaan dengan jawatan.

Politik yang menilai manusia berdasarkan kedudukan yang boleh diberikan kepada mereka.

Bukankah politik seperti inilah yang pernah dikritik oleh DAP selama berdekad-dekad?

Jika benar DAP mahu terus menjadi parti yang berbeza, maka inilah masanya untuk kembali kepada perjuangan asal.

Kembali kepada prinsip demokrasi sosial yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Kembali kepada budaya politik yang menghargai integriti.

Kembali kepada semangat yang meyakinkan ramai rakyat Malaysia suatu ketika dahulu bahawa politik boleh menjadi sesuatu yang lebih mulia.

Marina mungkin memilih untuk meninggalkan politik pilihan raya.

Tetapi persoalan yang ditinggalkannya akan terus kekal.

Adakah parti masih menghargai mereka yang berjuang kerana idealisme?

Adakah masih ada ruang untuk mereka yang memilih prinsip berbanding jawatan?

Atau adakah politik yang suatu ketika dahulu ditentang kini semakin diterima sebagai kebiasaan?

Bagi aku, kehilangan Marina bukan sekadar kehilangan seorang ADUN.

Ia adalah kehilangan seorang pemimpin yang membuktikan bahawa politik masih boleh dilakukan dengan hati yang tulus.

Dan jika kehilangan seperti ini tidak menjadi sebab untuk parti bermuhasabah, maka mungkin yang sedang hilang bukan sekadar seorang pemimpin.

Mungkin yang semakin hilang ialah roh perjuangan yang pernah menjadikan parti ini berbeza daripada yang lain.

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Marina Ibrahim Dan Persoalan Yang Perlu Dijawab DAP appeared first on SOLIDARITAS.

Kalau Kartini Ada di Malaysia Hari Ini
Kalau Kartini ada di Malaysia hari ini, beliau mungkin akan kagum melihat sejauh mana wanita di negara ini telah melangkah — dari menjadi pelajar cemerlang ke pemimpin negara, dari suara minoriti ke barisan penggubal dasar, dan dari ruang domestik ke pentas antarabangsa.

Namun, dalam kekaguman itu, mungkin Kartini juga akan bertanya:

“Mengapa wanita masih perlu membuktikan nilai mereka dalam dunia yang mendakwa sudah moden ini?”

Kita sudah di tahun 2025, tetapi sesetengah mentaliti terhadap wanita masih ketinggalan zaman. Baru-baru ini, tular kenyataan seorang influencer lelaki yang mendakwa wanita yang mengambil epidural semasa bersalin menggunakan ‘cheat code’ untuk mengelak kesakitan. Kenyataan ini bukan sekadar cetek, tetapi mengguris maruah wanita yang telah lama memikul beban kesakitan, tanggungjawab dan pengorbanan demi kehidupan baru.

Kenyataan seperti ini menunjukkan bahawa penghargaan terhadap wanita bukan hanya perlu dibuktikan di atas kertas atau di pentas rasmi, tetapi juga dalam ruang-ruang sosial harian — sama ada dalam perbualan, media, mahupun dalam rumah tangga.

Namun begitu, dalam kabus mentaliti patriarki ini, tetap ada sinar.

Malaysia baru sahaja melakar sejarah apabila Parlimen meluluskan pindaan kepada RUU Kewarganegaraan yang membenarkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara — satu hak yang selama ini hanya dinikmati oleh lelaki.

Ini bukan sekadar pindaan undang-undang, tetapi manifestasi kemenangan suara wanita yang tidak pernah berputus asa. Ia membuktikan bahawa apabila wanita bersatu, berdiri dan bersuara — perubahan boleh berlaku, walaupun setelah berdekad lamanya.

Kalau Kartini ada di sini hari ini, pasti beliau akan memeluk semua ibu yang selama ini bertarung dalam senyap, berjuang demi masa depan anak-anak mereka yang terperangkap dalam status kewarganegaraan yang tidak adil. Pelukan itu bukan sekadar empati, tetapi pengiktirafan terhadap keberanian yang tidak didendangkan — ibu-ibu yang selama ini berjuang dengan air mata dan kesabaran demi mendapatkan hak yang sepatutnya tidak pernah dinafikan.

Semangat Kartini hidup dalam perjuangan ini. Kartini pernah menulis dalam suratnya, “Habis gelap, terbitlah terang” — dan kita sedang menyaksikan terang itu perlahan-lahan muncul dalam dasar dan kesedaran masyarakat.

Walaupun Kartini berasal dari Indonesia, semangatnya membakar obor perjuangan wanita di seluruh Asia Tenggara — termasuk di Malaysia. Obor itu telah menginspirasi generasi demi generasi wanita untuk bangkit melawan ketidakadilan, menuntut pendidikan, memperjuangkan hak tubuh, serta mengubah sistem dari dalam. Kartini menjadi simbol bahawa perjuangan seorang wanita mampu memberi cahaya kepada ribuan yang lain.

Namun, perjuangan belum selesai.

Wanita Malaysia hari ini masih berdepan cabaran ketidaksamarataan gaji, representasi politik yang rendah, stigma terhadap ibu tunggal, dan norma sosial yang membataskan kebebasan wanita membuat pilihan terhadap tubuh, kerjaya dan kehidupan mereka.

Masih wujud jurang gaji yang ketara antara lelaki dan wanita, walaupun mereka memegang jawatan yang sama atau memiliki kelayakan yang setara. Wanita sering dilihat sebagai “pekerja kedua” dalam organisasi, terutama apabila mereka menjadi ibu. Dalam arena politik pula, representasi wanita masih jauh dari memuaskan. Meskipun wanita membentuk separuh daripada populasi negara, suara mereka dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masih belum mencerminkan realiti tersebut.

Stigma terhadap ibu tunggal pula mencerminkan kegagalan masyarakat untuk memahami bahawa kekuatan seorang wanita bukan ditentukan oleh status perkahwinannya. Ramai ibu tunggal bukan sahaja memainkan peranan sebagai penjaga tunggal, malah menjadi tonggak ekonomi keluarga mereka.

Dan lebih menyedihkan, masih ramai wanita yang perlu “minta izin” daripada norma sosial untuk memilih kerjaya mereka, untuk menentukan arah hidup mereka — atau bahkan untuk membuat keputusan terhadap tubuh sendiri. Isu seperti kesihatan seksual dan reproduktif masih dianggap tabu, sedangkan ia adalah hak asasi yang sepatutnya dihormati dan dilindungi.

Jika Kartini ada di Malaysia hari ini, mungkin beliau akan berkata:

“Perjuangan kamu tidak sia-sia, tapi jangan pernah berhenti.”

Dan kepada lelaki Malaysia, mungkin Kartini akan mengingatkan:

“Pemerkasaan wanita bukan ancaman kepada lelaki — ia adalah asas kepada masyarakat yang adil dan maju.”

Mengangkat nama Kartini bukan sekadar mengenang sejarah. Ia adalah isyarat bahawa kita menghargai keberanian, prinsip dan cita-cita wanita. Dan ia adalah komitmen untuk terus memperjuangkan masyarakat yang meletakkan wanita dan lelaki di tempat yang sama tinggi, sama bermaruah.

Bersempena dengan Hari Kartini tahun ini, harapan saya adalah agar perjuangan wanita tidak lagi dilihat sebagai isu ‘wanita semata-mata’, tetapi sebagai perjuangan kemanusiaan — yang patut disokong oleh semua, tanpa mengira jantina.

Saya berharap agar suara wanita terus didengar dan dihormati, bukan hanya apabila ia lantang, tetapi juga ketika ia berbisik — kerana dalam bisikan itulah sering tersimpan beban hidup yang paling berat. Saya juga berharap agar dasar-dasar yang diperjuangkan benar-benar menyentuh kehidupan wanita di akar umbi — yang bekerja tanpa cuti, yang membesarkan anak sendirian, yang kehilangan kerjaya kerana memilih keluarga, dan yang tidak pernah berhenti berjuang meskipun di sebalik tabir.

Dan kalau Kartini ada di sini hari ini, saya ingin katakan:

Kami belum selesai, tapi kami sedang terus melangkah. Dengan berani, dengan harapan, dan dengan cinta.

**Selamat Hari Kartini untuk sahabat saya yang dinamakan sempena Raden Adjeng Kartini – Shahira Kartini. Beliau juga sedang membesarkan seorang anak gadis berlandaskan semangat dan visi Raden Adjeng Kartini.

(Nota editor: Artikel tulisan saudari Noor Suhana ini asalnya ditulis pada tahun 2025 tetapi tidak dapat diterbitkan pada masa tersebut. Bersempena Hari Kartini pada hari ini, 21 April 2026 ia akhirnya diterbitkan. Walaupun terlewat setahun, isu dan pandangan yang dibangkitkan masih kekal relevan kini)

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Kalau Kartini Ada di Malaysia Hari Ini appeared first on SOLIDARITAS.

Solidariti Untuk Bangsa Malaysia
Tahun ini Malaysia yang kita cintai akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 tahun. Imbas kembali sewaktu rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk perundingan kemerdekaan, beliau mendapat restu dan doa daripada pelbagai kaum di Malaya pada waktu itu. Matlamatnya hanya satu – semoga Malaya mencapai kemerdekaan yang membolehkan ia ditadbir oleh bangsanya sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bahkan rombongan Tunku Abdul Rahman juga disertai wakil-wakil dari parti-parti gabungan Parti Perikatan yang pada masa itu mewakili kaum-kaum di dalam Malaya.

Wakil-wakil tersebut termasuklah Tun V.T Sambanthan yang merupakan Presiden MIC pada ketika itu.

Selepas hampir 67 tahun peristiwa kemerdekaan negara ini, sepatutnya rakyat di dalam negara ini semakin harmoni, bersama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk memajukan negara ini. Saling sayang menyayangi dan mendukung aspirasi antara satu sama lain demi Malaysia yang harmoni. Saya percaya sebenarnya rakyat di dalam negara ini boleh hidup tanpa melihat warna kulit dan perbezaan tradisi. Bahkan tradisi yang berbeza antara satu sama lain sepatutnya memupuk lebih rasa empati dan hormat menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan persefahaman yang utuh.

Namun sayang sekali buat rakyat di negara ini kerana ahli-ahli politik di dalam negara ini suka menggunakan sentimen perkauman dan sentimen agama untuk meraih kuasa. Ini sekaligus telah meranapkan keharmonian bahkan menyemai kebencian di kalangan rakyat negara ini. Saya suka mengulangi kata-kata Saudara Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia pada ketika ini yang acap kali mengulangi frasa ini ketika beliau berucap atau memberikan komentar mengenai perpaduan dalam negara ; “orang politik sepatutnya menjadi jambatan yang menghubungkan keharmonian antara rakyat”.

Namun amat menyedihkan apabila baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang bukan sahaja sekali menjadi perdana menteri bahkan sudah dua kali menjadi perdana menteri mengeluarkan satu kenyataan yang biadab terhadap masyarakat India di dalam negara kita.

Saya ingin bertanya kepada semua, apakah lagi bukti yang perlu ditunjukkan oleh kaum bukan Bumiputera di dalam negara ini untuk membuktikan ketaatan dan kasih sayang mereka kepada ibu pertiwi ini?

Kita mungkin terlupa akan jasa mendiang Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM pada tahun 2000. Mendiang antara pahlawan negara yang gugur ketika menjalankan tugas sewaktu kemerdekaan negara diancam oleh kumpulan pelampau Al Maunah di Bukit Jenalik, Perak. Kita juga mungkin terlupa bagaimana Datuk Nicol Ann David mengharumkan nama negara di persada dunia dengan pencapaian beliau dalam sukan skuasy. Mungkin ada antara kita juga lupa atau tidak tahu mengenai kisah Cikgu Samuel Isaiah, rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah TRT World Citizen Educator Award dan juga pernah menjadi 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Figura-figura ini adalah contoh daripada puluhan lagi rakyat Malaysia dari keturunan India yang cemerlang di dalam bidang yang mereka ceburi dan mengharumkan nama negara di mata dunia. Adakah ini masih tidak membuktikan ketaatan kaum India terhadap negara ini? Jika bahasa yang dituturkan di rumah mereka menjadi pengukur kepada ketaatan mereka seperti yang disebutkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, maaf terlalu ramai Melayu elit kini yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kehidupan mereka bahkan ada yang tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu. Dan saya kira cucu-cucu kepada bekas perdana menteri ini juga kebanyakannya lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan memetik perkara-perkara remeh untuk dijadikan peluru menyerang kaum India di dalam negara ini tidak melambangkan sifat seorang negarawan yang ada dalam diri beliau. Bahkan saya juga tertanya-tanya, apakah motif beliau yang tidak sudah mengapikan sentimen perkauman di dalam negara ini? Melayu, Cina dan India – semua tidak elok di mata beliau. Jadi kaum apa yang molek yang sempurna di mata beliau di dalam negara ini?

Jika niat beliau adalah untuk memberikan nasihat dan pandangan, ya saya yakin masyarakat kini terbuka dengan kritikan yang membina. Akan tetapi apa yang dinyatakan beliau bukanlah satu kritikan membina bahkan ia adalah satu serangan yang tidak sepatutnya dilancarkan oleh seorang yang pernah menjadi perdana menteri kepada negara ini.

Seakan tidak percaya kita pernah dipimpin oleh pemimpin ini satu masa dahulu.

Kata-kata seperti ini secara tidak langsung mencambah dan melahirkan pemikiran dan ideologi ekstremis di kalangan rakyat negara kita. Ia akan menyemai pemikiran dan sikap “superior” dengan idea bahawa kamu adalah kaum hina, aku dari kaum yang tertinggi. Ini akan meningkatkan jurang antara setiap kaum dalam negara dan menyuburkan rasisme di dalam negara ini.

Rasisme ini adalah barah yang membunuh keharmonian negara bahkan ia bakal menghancurkan negara. Kekacauan dan ketidakstabilan dalam negara mungkin tidak akan dirasai oleh mereka yang sudah berusia dinosaur ini kerana lumrah hidup mereka akan meninggalkan kita, namun kekacauan ini akan diwarisi oleh generasi seterusnya dan jika pemikiran generasi akan datang ini masih mempercayai dakyah sesat ini, maka keharmonian akan pupus dalam negara ini. Keharmonian hanyalah satu cerita dongeng yang akan diceritakan kepada anak cucu kita.

Jadi sebagai generasi baru yang bakal mewarisi apa sahaja yang ditinggalkan di dalam negara ini oleh si tua kutuk, adakah kita semua akan membenarkan anasir-anasir dan dakyah ini mengganggu gugat keharmonian dan rasa kasih sayang antara kita, bangsa Malaysia?

Dan saya suka merujuk kita semua sebagai satu bangsa Malaysia kerana kita semua adalah Malaysia. Saya bangsa Malaysia dari kaum Melayu. Anda mungkin bangsa Malaysia dari kaum India. Dia mungkin bangsa Malaysia dari kaum Cina. Kita semua bangsa Malaysia. Serangan perkauman adalah serangan kepada bangsa Malaysia.

Maka saya bersolidariti dengan bangsa Malaysia, bangsa saya.

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Solidariti Untuk Bangsa Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.

Melayu Mahu Apa?
Kita acap kali mendengar ungkapan Melayu malas yang diucapkan oleh ramai orang sebagai satu stereotaip kepada bangsa Melayu. Bukan sahaja ungkapan itu menjadi “peluru” bangsa lain ketika ingin mencemuh, bahkan bekas Perdana Menteri kita adalah pelopor kepada ungkapan itu.

Baru-baru ini gempar pula dengan kenyataan khabarnya ibu bapa golongan berada menghantar anak mereka masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana mahu anak mereka belajar hidup susah. Pandangan ini telah menyebabkan “perebutan” tempat antara anak golongan B40 dengan anak golongan kaya raya yang akhirnya menyebabkan anak golongan B40 ini keciciran kerana perlumbaan ini sama sekali perlumbaan yang tidak adil.

MRSM adalah tempat yang ditubuhkan bagi membantu anak-anak melayu cemerlang dari B40 untuk mendapatkan pelajaran yang lebih baik di bawah kawalan seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sememangnya ditubuhkan khusus untuk membantu orang Melayu.

Akan tetapi ada orang Melayu yang kaya sanggup menipu dan mencuri tempat ini daripada anak-anak Melayu miskin demi kepentingan mereka.

Pemimpin politik terutamanya yang berpegang pada ideologi nasionalisme sering kali melaungkan ungkapan “Melayu Bangkit” dan sering berhujah dengan kata-kata semangat untuk mengajak golongan Melayu bangkit seakan-akan Melayu di negara ini ditindas teruk. Ideologi “Melayu” dan “Islam” ini adalah idea yang paling laku dijual oleh politikus untuk mendapatkan sokongan dari orang ramai.

Malaysia majoritinya terdiri dari bangsa Melayu. Agama rasmi negara ini adalah Islam yang dianuti oleh orang Melayu. Raja-raja yang bersemayam di atas takhta juga Melayu. Perdana Menteri kita juga Melayu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub hak-hak keistimewaan Melayu dan martabat kedudukan raja-raja Melayu serta agama Islam yang tidak boleh disanggah lagi.

Pendek kata kiri dan kanan, hak dan keistimewaan Melayu ini telah dipasakkan ke bumi Malaysia ini. Namun mengapa masih ada yang berkata-kata seolah-olah Melayu ini ditindas?

Melayu Pemalas?

Mari kita kembali ke kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan Melayu itu bangsa yang malas. Ramai yang tersinggung bahkan ramai pula yang menyerang beliau dengan mengungkit kisah anak pinak beliau yang kaya raya.

Di Malaysia ramai Melayu yang berstatus elitis. Saya selalu tertanya adakah mereka ini Melayu dan mengaku mereka Melayu? Sebab ada antara mereka tidak pandai berbahasa Melayu. Status elitis ada yang diwarisi dan ada juga yang hadir kerana hasil usaha titik peluh ketua keluarga.

Yang mewarisi status elitis itu saya tak mahu bahaskan, tapi yang menjadi elitis kerana kerja keras ini, adakah masih tidak cukup menggambarkan bahawa Melayu itu tidak malas? Berapa ramai usahawan jutawan kosmetik khusunya dari sebuah negeri di Pantai Timur berjaya menjadi elitis hasil dari kerja keras mereka; ya walaupun menjual kosmetik timbang kilo namun ia pasti bermula dari satu titik yang bawah, bukan?

Berapa ramai anak muda kota yang bekerja dua atau tiga kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga di ibu kota ini? Mereka bukan elitis tapi adakah itu tidak cukup menghapuskan stereotaip Melayu pemalas?

Melayu Bangkit?

Sekali lagi persoalan yang selalu bermain di minda saya ialah adakah Melayu ini bangsa yang tertindas? Jika benar apakah buktinya? Adakah dengan meruntuhkan rumah di kawasan-kawasan setinggan itu bukti Melayu ditindas? Atau ditipu oleh ejen skim cepat kaya dan scammer bukti Melayu ditindas?

Ungkapan Melayu ditindas ini sering meletakkan sang penguasa di dalam dilema – sama ada ingin menjalankan amanah yang telah diberi atau empati dengan nasib bangsa sendiri.

Cuba kita lihat kalau ada gerai-gerai tepi jalan yang disita oleh PBT, pasti akan ada suara-suara kecil “inilah dia kalau Melayu nak berniaga mesti kena kacau”. Tapi itulah, Melayu berniaga tanpa lesen. Melayu berniaga di kawasan tidak boleh berniaga.

Kembali kita ke kisah MRSM tadi, Melayu juga yang mencuri hak Melayu lain. Jadi adalah Melayu ditindas. Ya ditindas. Tapi oleh bangsa sendiri dan keegoaan sendiri bagi saya.

Melayu di Malaysia ini datangnya dari pelbagai susur galur. Ada yang dari Sulawesi. Ada yang dari Palembang dan Tanah Jawa. Ada yang dari Riau. Ada yang dari Patani. Ada juga dari Champa. Keturunan kita yang terdahulu hadir sebagai peneroka di tanah ini. Tanah ini bukan tidak bertuan. Namun tuan tanah ini, pada zaman kini seperti melukut di tepian gantang. Berapa banyak tanah masyarakat Orang Asli yang masih gagal diwartakan bahkan saban hari ukurannya semakin mengecil akibat kerakusan pihak yang taksub dengan pembangunan. Berapa banyak hutan dan sumber asli alam yang menjadi nadi masyarakat Orang Asli musnah akibat ketamakan kita?

Jika ingin kita bahaskan ditindas, ya apa yang dialami oleh masyarakat Orang Asli ini adalah penindasan.

Perjuangan Melayu Dan Islam Di Malaysia

Pada zaman dahulu saya akui bahawa pejuangan-pejuangan perwira kita demi menegakkan hak bangsa dan memelihara maruah agama adalah perjuangan yang suci yang membawa kita kini ke sebuah negara yang merdeka. Namun kini, dalam suasana yang muhibah, dengan seperti yang saya katakan tadi terpasaknya hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam melalui Perlembagaan Persekutuan di tanah ini, apakah lagi yang perlu diperjuangkan oleh kita, bangsa Melayu moden?

Saya rasa tidak keterlaluan laungan perjuangan Melayu dan agama Islam ini hanya retorik dan sembang orang lelaki Melayu Alfa sahaja, yang merasa hebat dan gagah seperti jalak lenteng kita berdebat dan berbahas tapi akhirnya meletakkan tugas mendidik anak-anak, pewaris generasi mereka di bahu kaum Hawa yang tinggal di rumah. Berapa ramai lelaki Melayu jalak lenteng ini yang setiap malam solat berjemaah bersama keluarga dan duduk mengajar anak-anak mengenali alif ba ta? Jauh sekali mengajar anak-anak membaca al Quran.

Bahkan saya jamin ada di antara lelaki ini yang sebenarnya tidak pasti dan tidak peka dengan perkembangan anak-anak mereka. Mereka seakan-akan lupa anak-anak ini adalah anak bangsa juga. Mendidik anak-anak ini juga adalah satu perjuangan untuk memastikan kesaktian dan kecemerlangan bangsa Melayu dan kesucian Islam terjaga.

Kelangsungan Melayu

Melayu walaupun adalah majoriti di dalam negara ini, dengan dakyah-dakyah seperti yang saya katakan tadi secara halusnya menampakkan seolah-olah Melayu ini bangsanya lemah. Sudahlah Melayu di dalam negara ini peroleh pelbagai keistimewaan dari lahir sehingga tamat usia, masih lagi kita mahu menjerit-jerit seperti kitalah yang tertindas? Adakah bangsa kita ini tidak mampu bersaing dengan bangsa lain? Bukankah kita bangsa nusantara terhebat?

Oleh yang demikian saya rasa sudahlah kita menilai seseorang itu melalui bangsa dan sudah tiba kita menilai mereka sebagai satu insan. Adakah insan ini mampu bersaing bersama-sama insan lain di dalam negara ini? Kerana apabila kita tetap menilai diri kita melalui bangsa maka sentiasalah kita akan terperuk dalam kepompong stereotaip Melayu seperti yang saya bahaskan tadi.

Saya bukan ahli pengkaji bangsa apa lagi ahli pemikir, namun apa yang saya lontarkan ini adalah melalui pengamatan saya. Dunia semakin maju dan moden. Apabila kita terikat dengan stereotaip begini, maka ia memberi peluang kepada orang lain untuk mempergunakan kita dan mengambil kesempatan ke atas kita. Itulah yang terjadi di dalam negara ini apabila Melayu dan Islam menjadi bahan tunggangan politikus untuk mendapatkan kuasa. Jika kita tidak ada sedikit perasaan bahawasanya kita ini bangsa yang tercorot dan tercicir, maka kita pastinya boleh bersifat rasional dan boleh melangkah maju lagi menjadi bangsa yang gagah.

Cuba kita lihat bangsa Cina dan India di dalam negara ini. Berpijaknya mereka di tanah ini tanpa sebarang keistimewaan namun tetap melangkah maju bahkan kemajuan mereka dicemburui pula oleh kita, bangsa Melayu.

Melayu boleh pergi jauh jika kita ketepikan sentimen retorik ini. Melayu juga boleh maju dah gagah di mata dunia jika kita berhenti mencuri hak sesama kita dan bersaing dengan sihat dengan seteru yang setara.

Tak kan Melayu hilang di dunia. Begitu yakinnya Hang Tuah pada bangsa dia sendiri. Namun adakah sekelumit rasa bangga di dalam dirinya bila dia tahu bangsa Melayu kini bersikap manja dan retorik?

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Melayu Mahu Apa? appeared first on SOLIDARITAS.

Salahkah Hannah Beragama Kristian?
KECOH beberapa hari ini berkaitan dengan program Artikel 11 Jom Ziarah anjuran Impact Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Program yang dirangka untuk mendedahkan kepada belia mengenai perbezaan agama yang terdapat dalam negara kita seterusnya diharap dapat menyemai rasa toleransi dan hidup harmoni dan sekali gus membentuk dan menyemarakkan lagi semangat kemajmukan dalam masyarakat kita.

Program murni sebegini telah disalah tafsir oleh segelintirnya hingga ada yang mengatakan bahawa ini adalah agenda untuk “mengkristiankan” belia yang menyertai program ini.

Agak bias buat saya untuk membuat komen, kerana Hannah Yeoh adalah satu figura yang paling saya hormati dan kagumi dalam bidang politik dan saya juga seorang ahli DAP. Namun saya berpendapat bahawa saudara seagama saya yang lain harus bertenang dan berfikiran rasional.

Suhu politik dalam negara kita pasti melonjak naik jika ada isu-isu berkaitan dengan agama dan kaum dimainkan. Tidak hairanlah jika ini senjata kepada sesetengah ahli politik untuk meraih sokongan. Saya tidak risau dengan masyarakat bandar – kerana mereka lebih terbuka untuk menilai. Namun isu begini sangat memberikan kesan kepada masyarakat luar bandar.

Perlembagaan Malaysia telah menjamin kedudukan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tidak ada satu unsur pun yang boleh menggugat jaminan ini kerana untuk mengubah apa sahaja perkara dan fasal berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam, pentadbir negara kita memerlukan perkenan daripada Majlis Raja-raja. Kepada yang acap kali bermain dengan isu ini dengan menyatakan ada sesetengah pihak (baca: DAP) ingin menukar perlembagaan negara kita yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam, soalan saya adakah anda memandang rendah dan menghina kebijaksanaan Raja-raja Melayu dan Majlis Raja-raja? Atau anda sebenarnya kurang cerdik dan tidak tahu mengenai syarat ini?

Hannah Yeoh adalah satu figura yang sangat digeruni oleh setiap musuhnya. Wanita kecil molek ini telah beberapa kali memecah rekod kebiasaan dalam negara kita. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi Speaker Dewan Negeri – satu pencapaian yang sangat besar dalam negara kita. Saya mengagumi Hannah kerana keikhlasan beliau dalam menjalankan tanggungjawab beliau. Saya ambil Hannah sebagai idola dan contoh untuk saya di dalam dunia politik ini.

Namun, seperti menjadi satu dosa buat Hannah dan satu kesalahan kerana beliau beragama (dan juga taat kepada ajaran) Kristian. Saya masih tidak mengerti mengapa agama Hannah dijadikan senjata untuk menyerang Hannah.

Tahun lalu, isu tudung berwarna ungu beliau menjadi hangat. Tahun ini, program anjuran bersama kementerian yang beliau terajui pula menjadi hangat. Ya. Hannah bagaikan punching bag.

Persoalannya kenapa Hannah? Kenapa sesetengah pihak beria menyerang agama dan pegangan hidup beliau? Adakah menjadi satu dosa buat Hannah yang dilahirkan dan dibesarkan dengan ajaran Kristian? Adakah membenarkan penganut Kristian menjadi sebahagian dari negara ini sebenarnya satu kesalahan? Jika persoalan terakhir saya membuatkan anda bersetuju, maka tiada beza antara anda dan rejim Israel.

Sebagai seorang yang beragama Islam, saya malu dengan tindakan segelintir saudara seagama saya. Menyerang peribadi (ya, bagi saya agama seseorang adalah peribadi mereka) bukan ajaran agama kita. Agama kita adalah agama yang penuh dengan kelembutan, hikmah dan kasih sayang. Agama kita juga menyeru kita agar berfikiran rasional. Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan kita juga menyebut “Bacalah” – yang sedikit sebanyak membawa maksud tersirat untuk menyeru umat Islam agar belajar.

Maka tidak salah pada pandangan saya untuk kita belajar mengenali agama dan bangsa lain. Untuk mendalami cara hidup mereka agar kita boleh mencari satu titik kesamaan yang boleh kita jadikan pedoman untuk kita hidup bersama-sama dalam negara ini.

Saya terbuka dalam meraikan perbezaan dan pada masa yang sama mencari titik persamaan untuk kita hidup lebih sentosa. Sepatutnya kepelbagaian agama dan bangsa ini menjadi kekuatan dan keunikan buat negara kita. Raikan sahaja sahabat-sahabat kita yang berlainan agama dan bangsa – asal saja kita tidak menggadaikan keimanan kita dan kepercayaan tauhid kita kepada Allah swt.

Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah yang mana perkataan jahiliyyah itu sahaja sudah melambangkan betapa sempit dan kolotnya pemikiran mereka. Kita kini hidup di zaman teknologi dan zaman yang penuh dengan infomasi.

Satu lagi persoalan saya, adakah iman kita ini sebetulnya senipis kulit bawang sehingga kita terpaksa memerangi agama lain demi kesejagatan agama kita? Adakah kita tidak mempercayai keampuhan ajaran dan pegangan agama kita sehingga kita harus memusuhi setiap manusia yang berlainan agama dengan kita? Saudara ku, sikap begini secara tidak langsung mencerminkan bahawa agama Islam ini adalah agama yang keras sedangkan Islam adalah agama yang praktikal. Allah itu Ar Rahman saudara ku.

Janganlah kita membuat musuh dan memecahbelahkan keharmonian negara ini dengan tuduhan dan sikap acuh tidak acuh kita terhadap bangsa dan agama lain. Perlembagaan Persekutuan telah memberikan jaminan kebebasan beragama kepada setiap rakyatnya namun ia juga ada menyatakan larangan untuk mempengaruhi rakyat beragama Islam untuk menganuti agama lain.

Saya bersolidariti dengan Hannah Yeoh dan pengelola program Artikel 11 Jom Ziarah. Saya menyelar setiap tindakan dan hasutan yang berniat jahat terhadap individu dan kumpulan demi untuk mendapatkan sokongan politik. Sanggup anda menggadaikan keharmonian negara demi matlamat anda. Itulah sebenarnya dosa besar kepada pertiwi ini.

Noor Suhana

Pernah berkhidmat sebagai pegawai khas parlimen dan dasar kini menceburi bidang korporat. Extrovert. Memasak adalah terapi dan masih single.

<svg aria-hidden="true" class="sab-twitter" role="img" xmlns="http://www.w3.org/2000/svg" viewBox="0 0 512 512"><path fill="currentColor" d="M459.37 151.716c.325 4.548.325 9.097.325 13.645 0 138.72-105.583 298.558-298.558 298.558-59.452 0-114.68-17.219-161.137-47.106 8.447.974 16.568 1.299 25.34 1.299 49.055 0 94.213-16.568 130.274-44.832-46.132-.975-84.792-31.188-98.112-72.772 6.498.974 12.995 1.624 19.818 1.624 9.421 0 18.843-1.3 27.614-3.573-48.081-9.747-84.143-51.98-84.143-102.985v-1.299c13.969 7.797 30.214 12.67 47.431 13.319-28.264-18.843-46.781-51.005-46.781-87.391 0-19.492 5.197-37.36 14.294-52.954 51.655 63.675 129.3 105.258 216.365 109.807-1.624-7.797-2.599-15.918-2.599-24.04 0-57.828 46.782-104.934 104.934-104.934 30.213 0 57.502 12.67 76.67 33.137 23.715-4.548 46.456-13.32 66.599-25.34-7.798 24.366-24.366 44.833-46.132 57.827 21.117-2.273 41.584-8.122 60.426-16.243-14.292 20.791-32.161 39.308-52.628 54.253z"></path></svg>

The post Salahkah Hannah Beragama Kristian? appeared first on SOLIDARITAS.