Ancaman COVID-19 Kepada Demokrasi

“In this time of crisis, we face two particularly important choices. The first is between totalitarian surveillance and citizen empowerment. The second is between nationalist isolation and global solidarity”.

Pada awalnya, penularan virus Covid-19 dikenal pasti di Wuhan, China. Para doktor di Wuhan telah memberi amaran kepada pihak berkuasa mengenai penularan Covid-19 namun pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menyekat penyebaran maklumat berkenaan virus itu dan mengambil tindakan ke atas doktor tersebut. Kerajaan China pada ketika itu masih dalam fasa ‘denial’ dan menganggapnya ianya sekadar pneumonia. Setelah keadaan menjadi semakin buruk, Kerajaan China terpaksa mengambil pendekatan dengan memperkenalkan perintah berkurung kepada beberapa wilayahnya namun ia dikritik hebat oleh media Barat yang mengecam tindakan Kerajaan China.

Ketika kerajaan Bolivia mengimplimentasi sistem pengawasan biometrik dengan
memasang 600 kamera dengan fungsi pengecaman wajah, mereka menerima kritikan
yang besar dari oposisi.

“The goal of these systems is to have control, even if people feel harassed and observed. That’s what it’s all about, being in control.”

Begitu kata Cesar Ortiz Anderson, pengerusi pertubuhan badan bukan kerajaan Peruvian Pro-Citizen Security Association. Menurut beliau lagi.

“The authorities can use these tools for repression, just like they do in China and other authoritarian countries.”

Di Guangzhou, sistem pengecaman wajah dan suhu dipasang di setiap bas. Setiap penumpang yang masuk, akan meletakkan dahi mereka pada tablet yang dipasang. Kaedah ini memberikan pihak autoriti maklumat awal dengan mengesan kondisi kesihatan secara langsung.

Bukan itu sahaja, pemasangan alatan transaksi biometrik dipasang kepada lebih 1000 kedai serbaneka 7-Eleven di selatan China di mana pengguna hanya perlu mengimbas wajahnya untuk melakukan transaksi produk. Semaju itu teknologi ini berkembang.

Akan tetapi, Yuval di dalam artikelnya yang terbaru memberi satu perspektif baharu tentang kerisauan terhadap sistem pengawasan biometrik ini di mana pencerobohan ke atas ruang privasi akan dinormalisasikan atas alasan kesihatan.

“.. this would give legitimacy to a terrifying new surveillance system…. but if you can monitor what happens to my body temperature, blood pressure and heart-rate as I watch the video clip, you can learn what makes me laugh, what makes me cry, and what makes me really, really angry. It is crucial to remember that anger, joy, boredom and love are biological phenomena just like fever and a cough. The same technology that identifies coughs could also identify laughs. If corporations and governments start harvesting our biometric data en masse, they can get to know us far better than we know ourselves, and they can then not just predict our feelings but also manipulate our feelings and sell us anything they want.”

Kerisauan Yuval ini mempunyai asas yang masuk akal. Under-the-skin surveillance boleh dijadikan satu aparatus yang efektif untuk mana-mana autoriti untuk mengekang mana-mana pihak yang dilihat memberi ancaman, seterusnya mengukuhkan kuasa mereka secara tidak langsung.

Kini, hampir seluruh dunia sedang dalam proses ‘lockdown’ sebagai satu usaha yang dijalankan untuk mengatasi penyebaran virus Covid-19. Penyebaran coronavirus (Covid-19) telah mengubah cara bagaimana kita menjalani kehidupan serta bagaimana pemimpin seluruh dunia membuat pertimbangan bagi mengatasi penyebaran coronavirus. Pandemik ini bukan sahaja menyerang manusia tetapi ia turut menyerang demokrasi secara langsung. Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dicadangkan oleh WHO supaya rantaian penyebaran Covid-19 dapat ditamatkan secara tidak langsung mengancam kebebasan hak asasi rakyat dan ada pemimpin yang memanipulasi situasi krisis pandemik ini untuk mengukuhkan kekuasaan mereka.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban menggunakan pandemik Covid-19 untuk memperkenalkan undang-undang pada 30 Mac yang membenarkan memiliki kuasa tanpa had dalam usaha menangani penyebaran Covid-19. Selain itu, kerajaan pimpinan Viktor Orban turut memperkenalkan undang-undang bagi mengekang penularan maklumat yang tidak tepat mengenai Covid-19 yang bertujuan untuk menakut-nakutkan wartawan daripada melaporkan berita berkenaan kekurangan kemudahan di hospital seluruh Hungary. Di samping itu, peranan parlimen turut digantung sehingga tamatnya krisis Covid-19 telah memberi ruang kepada Viktor Orban untuk memanipulasi pandemik ini untuk mengukuhkan kuasanya.

Melihat kepada Malaysia, mungkin kita belum berkemampuan untuk memiliki teknologi secanggih itu. Namun, melihat kepada apa yang berlaku di Hungary, bibit-bibit itu ada. Meskipun, Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan namun demokrasi negara ini tidak boleh dibiarkan tertutup. Saranan pimpinan pembangkang untuk diadakan Sidang Dewan Khas bagi membincangkan isu COVID-19 ini seharusnya tidak dilihat sebagai langkah politik, tetapi lebih sebagai satu komitmen mana-mana kerajaan untuk mengukuhkan demokrasi serta bukti transparensi kerajaan.

Perbincangan harus telus dan kepentingan politik harus diketepikan buat sementara waktu. Oleh itu, tunjang demokrasi di Malaysia harus digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan berlakunya proses semak imbang dijalankan bagi membahaskan tentang isu terkait dengan Covid-19. Sekiranya, sidang DUN boleh dilaksanakan di beberapa negeri seperti di Sabah, Kedah dan Kelantan di Malaysia maka tiada masalah bagi sidang khas Parlimen untuk dilaksanakan bagi membolehkan ruang demokrasi digunakan serta penyelesaian bipartisan dapat dicapai bagi menewaskan virus Covid-19.

Tidak dinafikan bahawa kita sedang berhadapan dengan keadaan luar biasa. Undang-undang membenarkan sebarang hak untuk menyekat kebebasan yang perlu dan bersesuaian ketika berhadapan dengan situasi cemas seperti yang berlaku ketika ini.

Oleh itu, dalam masa kita mengekang virus COVID-19 ini dengan polisi-polisi yang dicadangkan oleh kerajaan, kita juga harus melihat dari sudut yang lain iaitu kerisauan terhadap kemungkinan-kemungkinan wujud pihak yang cuba memanipulasi situasi untuk kepentingan politik yang mana menjadi ancaman terhadap kesihatan demokrasi.

Tentang Penulis

Mohamad Nurhakim adalah siswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sains Politik. Beliau adalah penulis yang terpilih dalam Liga Penulisan Artikel Pengajian Tinggi.

Komen