Ada Yang Mahu Kembali Ke Pejabat, Ada Yang Tidak – II

Oleh kerana bilangan yang akan hadir bekerja di pejabat adalah sedikit pada hari tertentu, akan terasa seperti sesuatu suasana yang sedikit berlainan lagi menggembirakan, sesekali dalam satu generasi.

Hubungan persahabatan yang erat akan berkembang. Mereka yang berada di pejabat akan mengetahui apa yang telah mereka lakukan sejak tahun lalu.

Mereka akan memperbaharui hubungan lama, menjalin hubungan baru, mengadakan pertemuan secara langsung, dan setelah diberi vaksin, akan bersama melakukan aktiviti secara santai seperti ke acara akyiviti sukan dan restoran bersama.

Memasuki kawasan kerja pejabat seseorang tidak akan dianggap sebagai gangguan. Ia akan menjadi perubahan yang baik daripada bersendirian sejak sekian lama.

Pihak pengurusan dan pentadbiran mungkin merasakan bahawa mereka yang memilih untuk kembali ke pejabat lebih berdedikasi dalam pekerjaan mereka.

Sebilangan pengurus atau pentadbir mungkin merasakan pekerja yang enggan hadir bekerja tidak mempunyai semangat yang sama dengan kakitangan yang hadir bekerja di pejabat.

Anda boleh bayangkan betapa mudahnya kepimpinan memberi tumpuan kepada pekerja yang berada di sekitar fizikal dan melupakan pekerja yang bekerja secara jarak jauh.

Ketua Jabatan mungkin mula merasakan bahawa mereka tidak selesa untuk menguruskan sekumpulan besar orang yang berada di luar pejabat, tinggal di zon waktu yang berbeza atau mempunyai jadual hibrid.

Mereka akan merasa terkilan kerana mereka harus mengetahui di mana semua orang berada ketika diperlukan tindak balas segera untuk mengatasi situasi krisis.

Mereka akan merasa kesal kerana terpaksa meluangkan masa untuk menelusuri telekomunikasi untuk pertemuan atau perjumpaan yang timbul secara berkala di pejabat.

Anda dapat dengan mudah membayangkan sistem dua kelas yang timbul di kalangan pekerja.

Bagi yang berada dan hadir bekerja dipejabat akan dianggap menjadi kelas pertama dan mereka yang berada di rumah menjadi warga korporat kelas kedua.

Kakitangan di pejabat mungkin melihat lebih banyak peluang promosi, kenaikan dan bonus.

Ketua jabatan akan cenderung merumuskan andaian palsu mengenai etika kerja dan komitmen pekerja dari rumah terhadap organisasi.

Sekiranya kakitangan jarak jauh atau dari rumah tiba terlambat atau terlepas mesyuarat maya, mereka boleh dianggap sebagai mereka yang gagal memberi komitmen.

Pengurusan dan pentadbiran akan mempersoalkan mengapa pekerja berada di pejabat hanya pada hari Selasa hingga Khamis, dan beroperasi dari dari rumah pada hari Isnin dan Jumaat.

Mungkin mereka akan merasakan bahawa mereka memanfaatkan sistem ini dengan hujung minggu yang panjang.

Pengurusan dan pentabiran yang skeptikal mungkin mulai menggunakan teknologi pengawasan invasif pada komputer pekerja dari rumah untuk memastikan bahawa mereka benar-benar bekerja.

Satu tinjauan terkini terhadap kakitangan yang bekerja dari rumah (BDR) menemui beberapa hasil yang mengganggu

• Kurang dari separuh (kemungkinan) mereka yang bekerja dari rumah berpeluang untuk dinaikkan pangkat.

• Mereka yang berulangalik ke pejabat menghabiskan purata lebihan masa enam jam tanpa gaji setiap minggu pada tahun 2020 berbanding mereka yang bekerja dari rumah bekerja dengan baik hingga ke petang.

• Kadar ketiadaan penyakit di rumah adalah 0.9% secara purata pada tahun 2020.

• Sekitar 38% pekerja yang bekerja dari rumah tidak mendapat bonus.

• Tinjauan ini dengan sedihnya menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja dari rumah merasakan tekanan dan tertekanuntuk menghabiskan lebih banyak jam tanpa meraih penghargaan.

Ini bukan bermaksud tekanan yang mendorong bagi mereka untuk kembali ke pejabat.

Apabila membuat keputusan penting dalam kerjaya, kita harus mempertimbangkan semua pilihan yang diberikan, sungguh pun kita terpaksa akur dengan arahan dari pihak kerajaan (atasan).

Luangkan masa untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk anda.

Kemudian, lakukan perbincangan terbuka dan jujur dengan pengurus pentadbiran anda mengenai gaya kerja pilihan anda yang akan membuat anda bahagia dan produktif.

(Artikel ini adalah tulisan saudara Azizi Ahmad dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Komen